Selamat pagi sayang-sayang semua!!!
Pagi-pagi ni,nak share satu lagi koleksi resepi biskut raya,iaitu biskut Nestum.Ade teman karib,Anty Dina minta resepi ni.Alang-alang tu,share kat belog je la tros boleh share nga semua.2 in 1 action!
Bahan-bahan:
180 gm mentega
80 gm gula ising
Sebiji telur putih
200 gm tepung
120 gm tepung jagung
30 gm nestum-utk dicampur ke dalam campuran bahan
30 gm nestum-utk hiasan
100 ml coklat putih
Sedikit susu cair-utk memasak coklat putih
Cara-cara:
1.Pukul mentega dan gula ising sehingga kembang
2. Masukkan putih telur,tepung,tepung jagung dan nestum.Gaulkan sehingga sebati dan menjadi doh.
3.Bentuk adunan bulat dan bakar selama 15 minit pada 160 degree celsius
4.Sambil itu,masakkan coklat cair bersama susu cair dan sesudu besar mentega dengan api yang perlahan.Kemudian sejukkan.
5.Biskut yang sudah masak disejukkan dan kemudian dicelup ke dalam coklat putih dan digolekkan di atas nestum.
Dan inilah hasilnya
Biskut Nestum
Nampak cam sedap kan?
Kalu nak tau sedap ke tak,bolehlah cube resepi ini yer!
2 comments:
bila la nak start buat biskut raya....
Yes2...tq mas.. Nk tryla weeknd ni... Hehe
Post a Comment