Hitam Putih Kehidupanku

Hitam Putih Kehidupanku

AdikBijak.com

AdikBijak.com
Pendidikan Awal Si Manja anda bermula di sini!

Sunday, August 29, 2010

Perginya di Bulan Ramadhan~Alangkah bertuahnya arwah

Salam,


Selamat pagi Ahad,19 Ramadhan 1431M..


Dah dua hari x bukak blog,sedikit berhabuk.Banyak citer-citer terbaru kat bloglist yang belom di'terjah',ambik sedikit masa nak buat blogwalking.


Tepat jam 6 ptg,16 Ramadhan 1431M..
Satu-satunya nenek saudara Ummi yang ada [yang lain sudah dijemput Illahi],telah menyahut panggilan Illahi.Arwah memang dah sakit lama,hampir 10 tahun.Ingatkan sempatlah jumpa arwah raya nanti,kerana arwah masih lagi boleh bangun dan bercakap sebelom ni.
Takdir Allah,siapa yang tahu.


Arwah pergi juga,pada bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini.Memang arwah pernah duk sebut2,katanya Ramadhan tahun ni dia takkan dapat puasa dan berterawih penuh.Jadinya,pada tahun lepas arwah memang dah siap-siap tunaikan terawih 30 hari full!Rupa-rupanya ini Ramadhan terakhirnya.Sebelum arwah pejamkan mata,dia juga ada bertanya tentang adik arwah sedangkan adik arwah sudah lama meninggal dunia.Memang arwah sudah menunjukkan tanda-tanda yang pelik sebelum kematiannya.


Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan aman di sana.Arwah sangat bertuah kerana dijemput Allah swt dalam bulan yang penuh pengampunan ini.


Al-Fatihah buat arwah.

2 comments:

ummi nia said...

al-fatihah..moga2 arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..ameen

Masrina binti Alim said...

Insyallah..untungkn arwah,meninggal dlm bulan ni..dijauhkan seksaan kubur..