AdikBijak.com

AdikBijak.com
Pendidikan Awal Si Manja anda bermula di sini!

Wednesday, August 24, 2011

Lagi beberapa hari nak masuk 3 bulan usia Qiesya

Assalamualaikum

Pejam celik,pejam celik lagi 5 hari usia Qiesya akan masuk 3 bulan.how time flies so fast!
Rasa macam baru semalam kuar dari labour room.momen melahirkan pon maseh blom terpadam dari ingatan.rasa sakit juga masih terasa ketika melahirkan kamu sayang.

Malam tadi Qiesya tidur jam 4 pagi.Dah 2 malam tido lewat.Mungkin simptom nak beralih bulan agaknya.Baba dan Ummi bergilir-gilir menjaganya.Yang kesiannya Baba lah kan,pagi nk keja pulak.Ummi x pe,duk umah,ade peluang boleh lelap walo sekejap.

Hampir 3 bulan bersama kamu,x banyak karenah yg pelik-pelik dari kamu.cuma satu itulah,Qiesya suka tido lewat,kadang-kadang sampai ke subuh baru nak tido.tapi,ape nak dikata kasih ibu x memandang penat lelah melayan karenah dan keletah anak-anak,mau Qiesya ataupon Along.kamu berdua adalah obsesi Ummi+Baba yg no 1!

Till now,Qiesya dah boleh mengiring.Ringan tubuh dia.Sebulan dua lagi bolehlah meniarap agaknya.
 




Qiesya pon dah pandai main,siap kuar suara lagi.suara halus kamu itu buat Ummi sgt terhibur.
*Ummi cuba tuk upload video kat sini,tapi ade error pulak.laterla ai upload video yer


sejak ade anak 2 org nih,masa sgt terhad.nak handle 2 org anak yg masih kecil n perlukan perhatian sgt mencabar,kejap adik nak susu,kejap along nak nasi.itu n ini...dari pagi sampai ke malam terasa sekejap sgt masa berlalu.

hari ni Ummi lapang sket sbb tak masak.barang basah dlm freeze dah habis.malam ni makan lauk tunjuk jer la gayanya.oke,mau melayan tuan puteri yg baru bgn tido,bangun lambat gara-gara tak tido malam tadi.huhuhu


Kelahiran my adorable pwincess,Qiesya Nur Hanan bt Mohd Shapiza

Assalamualaikum...

Setelah berbulan-bulan lamanya menyepi dari mencoret di ruangan maya ini.Rindu sangat-sangat nka bercerita itu dan ini.namun apakan daya,masa serta ruang tidak mengizinkan.

Now 1 am already,tp still bersengkang mata gara-gara my little pwincess yg xmo tido lg.my pwincess ni memang begini,in one week mesti ade sehari atau dua hari yg dia buat onar x mo tido.habit nih sejak dr masa dlm pantang haritu lagi.later ai citer kisah gugu gaga yer...


Okey,back to the story....

28hb Mei 2011
2 minggu b4 ai dah dihantar blk kampung oleh my hubby.So,pagi 28hb tu ai ade appointment nga Dr Zanariah (Dr O&G yg same time beranakkn Adam dulu).Macam biasalah,dok check ape yg patut.ape yg mengejutkn adalh jalan dah bukak 2cm.dok tanya xder rase pape ke?ai ckp la xder.nk beranak pon steady jer lg.lucu btol :)

Finally dok suh datang lg esok n induce tros.sedikit terkejot mak.mana tak nyer tgh sehat2 x sakit ape,nk kena beranak tetiba kan.dok explained,ai dah ade history on my 1st gave birth jalan lambat bukak,so better induce jugak la dis time.lagi pon,expected due lagi 2 hari jer.nothing different if tunggu coz usia kandungan dah cukup.after diskus nga my hubby,dia pon stuju.tambah pula,cuti dia terhad.better semua selesai masa dia ade.ai pon setuju je la.actually masa tuh ai cam blur2 sket la,shocked mungkin.

Sebelom blk umah,kami ke HSZ II,melawat wife coursemate kami masa kt UTM dulu,Pejo.isteri n anak dia kena tahan wad sbb anak dia kuning.dah seminggu di wad.kesian sgt tgk baby dia.wife dia terkejot bila ai cakap esok nak kena beranak.ye la kan,tgh sehat2..siap bleh jenjalan lagi,tiba2 jer nak beranak.katanya untung mudah bersalin nk compare nga dia,2 hari menanggung sakit akibat jalan tak bukak even dah bg dos induce berkali-kali.boleh bayangkan lah,sakit yg ditanggung.Nauzubillah..and lastly,dok decided caeser jer sbb dah takder jln lain.dalam hati ai ni,bersyukur sgt2 sbb boleh dikira senang jugak la bersalin,sakit x lame.jalan memasing x sama kan,senang kt sini,susah kt tempat lain.

29hb Mei 2011
Seawal jam 830 pg kami dah kuar rumah menuju ke Hospital Pakar Perdana.Adam kami tinggalkan nga Tok Mek dia.terpaksa curi-curi kuar takut dia nk ngikut.Sampai di hospital,teros ke labour room spt yg diarahkn.masuk bilik buat CTG dan amik ubat buang air seme.after that,dok bagi pil induce.within 2 hours,contraction mula terasa.then pindah actual labour room.bila masuk jer labour room,perasaan takut mula dtg.mcm2 yg ade dlm kepala.but luckily ade my hubby yg calm me down.wpon ini adlh 2nd time nk give birth,tp perasaan takut n risau tu tetap ade.the feeling was the same as the 1st time.

jam 100 pm,contraction mulai kuat terasa.huh,sakit dowh...
pastu,dok dgt check bukaan jalan.dah 5cm.dok cakap nk pecahkan air ketuban.ai dah mula cuak time tuh.org cakap if pecahkan air ketuban,sakit dia lain macam sket.tapi masa tuh x dapat nak pikir pape,juz redha dan berdoa jer dalam ahati agar semuanya dipermudahkan.

jam  5 pm,dah nak bersalin dah!sakit yang maha hebat.bersalin kali ni menitis air mata sbb terlalu sakit.time Adam dulu tak rasa sesakit ini.dekat setengah jam bertarung nyawa,akhirnya tepat jam 530 pm,labour room Pakar Perdana menjadi saksi..lahirlah puteri yang dinanti2kan siang n malam selama 9 bulan 9 hari(x cukup sehari hokay,expected due on 30hb,esoknya)...Alhamdulillah,lega dan hilang segala kesakitan bila dok tunjuk baby.sekali lagi air mata menitis.kali ni bkn sbb sakit tp tangisan syukur..Alhamdulillahhh...

inilah dia my pweety princess
beberapa minute selepas dilahirkan


dan puteri kami ini dinamakan dengan nama yang cukup unik,dan baik maksudnya
iaitu
Qiesya Nur Hanan
yang bermaksud
"Hidup dalam keadaan yg baik Cahaya Keberkatan" 

doa Ummi agar puteri kami ini akan membesar sbg insan yg berguna pada agama,berjasa pd org tuanya,elok akhlaknya,tinggi ilmunya dan berkat hidupnya di dunia n akhirat.
ameen










Friday, April 22, 2011

Pendekatan Al-Furqan tingkatkan kebolehan sebutan


Apa yg Ummi perasan,since Adam dengar CD Al-Furqan percakapannya menjadi semakin jelas.malah dia lebih mudah menyebut perkataan baru berbanding seblomnya.Bila dia tgk CD Al-furqan,dia akn cube ikut setiap sebutan lagu dlm CD tersebut.

dan yg plg Ummi heppi sekali,dia boleh ikut sebutan huruf hijayyah spt dlm lagu Al-Furqan.pendekatan berbentuk lagu dlm siri Al-Furqan ini sgt bagus+menarik bg kanak-kanak,terutamanya yg jenis aktif+kurang fokus mcm Adam ni.

*mungkin ade anak-anak anda di luar sana yg jauh lbh bagus perkembangannya dr Adam.tp Ummi rase sgt2 kagum n puas hati nga ape yg telah Ummi usahakan selama hari ini.x mudah nak didik anak sebenarnya.ye,itulah kenyataan yg perlu saya terima stlh bergelar a fulltimehousewife and a mother. perlukan tahap kesabaran yg sgt2 tinggi*

Improvement yg Adam tunjukkan slps Ummi perkenalkan siri Al-Furqan sgt2 positif!boleh nampak dgn ketara perubahan.dan perkembangan terbaru,Adam dah blh ikut sikit2 bila dia dgr Baba bace Al-Fatihah time solat.dia akn follow hujung2 ayat.

contoh;
Baba:Bismillahirrahmanirrahim..
Adam:himmmmm..
Baba:Alhamdulillahi Rabbil A'lamin..
Adam:Minnnnnn..

Tak rugi rasanya beli siri Al-Furqan ni.worth it!sgt berbaloi-baloi.....


video

dia sgt enjoy bila tgk CD Al-Furqan.sepanjang hari duk ulang-ulang pon xpe.
memang dia byk belajar sebutan dari situ.

so,kpd momma poppa yg masih tercari-cari bahan utk pendidikan awal anak anda silalah jgn ragu-ragu lagi utk intoduce this series to your baby.x mahal pon regenya.
yg penting ianya suatu pelaburan yg sgt baik.demi anak anda juge kan?
kalo berminat sila klik SINI

Adam sudah pandai berzikir & counting numbers.well done my boy!

Alhamdulillah,diusianya 2 tahun Adam sudah boleh ikut sebutan zikir bila diajar.walopon masih tidak boleh bercakap 100%,sbg seorang ibu saya cukup kagum dgn kebolehan dia.memang diakui dia agak kurang fokus bila kita ajar sesuatu,tp dia cepat tangkap apa yg diajar.
kira ok la bg budak seusianya.
tengoklah sendiri video ini yea,


video

Monday, April 18, 2011

Preparing for EBF;harap-harap milk production meriah la kali ini

httAssalamualaikum,hi all!


Take five jap sblom sambung setelkan housecores yg masih berbaki :))

sambil duduk-duduk rehat nie,dapat idea pulak nak berceloteh kt ruangan blog yg dh berminggu-minggu tak ku jengah.Bukan sibuk mane pon,cume buat-buat sibuk.boleh pulak gitew yer?
tak delah...dh sarat-sarat memboyot macam ni,ai lebih suka rehat bersantai sambil melayan anak teruna ai yg sorang tu if takda keja nak buat.malas nak fening-feningkan kepalo,mengerah idea nk mencoret kat sini.


hah,sebut tentang anak bujang now dia dah pandai counting numbers in English.one to ten,tapi five tertinggal daaa..slow-slow kayuh la tue,lame-lame boleh pandai,kan?
apa yg mengejutkan ialah,dia boleh mengira in English tanpe diajar oleh me or my husband!last two days,tgh layan dia main tetiba dgr dia sebut "two,three,por,six,eben,eight,nine,teen"

terkesima jap dgr membilang.apa yg terlintas difikiran ialah dari mana dia belajar semua ni.adakah dari TV?maybe la,sbb dia suka tgk Dora the Explorer & Go Go Diego.
hati ibu ini very impressed wif his improvement,well done my boy!

oke,kita tinggalkan milestone Adam for a while.now back to the my entry's title.EBF,yes EBF.Exclusively Breasfeeding!

Rasanya belom terlambat utk Ummi memulakan semuanya dari awal utk kelahiran yg ke-2 ni.Ummi dah terlepas peluang masa membesarkan Adam dulu.membesarkan Adam dgn susu formula adalah sesuatu yg amat Ummi kesalkan,bkn ape kepuasan tu mungkin x sama sekiranya Ummi berjaya susukan Adam dgn susu badan sendiri,sesuatu yg lebih bernilai.

Untuk itu,kali ni Ummi dah bersiap sedia dr awal,menambahkan pengetahuan ttg EBF.byk bace n dpt info dr blog kawan-kawan.ilmu yg sgt2 berguna.from A to Z.
dan sebagai sokongan dr encik somi tercinta,dia hadiahkan breastpump buat Ummi.wah,sgt soke hati ini!eheeeee

 Spectra Dew 300,dual pumping
beli scr online kat laman web
 http://enjoybreastfeeding.com
harga lebih murah berbanding beli kat pasaran biasa,RM400++
tp kat laman web ni dpt nga harga jauh lebih murah,RM399+free postage.
very very affordable!


dan storage bottle juge disponsor oleh encik somi ku cayang
Bumble Bee Storage bottles

item ni beli kat laman web
http://duniasusuibu.com


*skang ni sume beli online jer
senang,mudah,cepat & murah!*

.
hope,dapatlah bagi EBF kat my new baby nanti.semoga Allah swt memakbulkan doa,murahkan rezeki dan meriahkan milk production.semua alatan nih hanya membantu,yg memberi adlh Allah swt.so,Ummi pon ade jugaklah cari ayat-ayat amalan yg boleh membanyakkan susu badan.yg tgh amalkan baca surah Al-Hujurat,di samping berdoa banyak2 spy dimurahkan rezeki my baby membesar dgn susu ibunya sendiri.Insyallah....semoga dipermudahkan segala urusan ku

Monday, April 11, 2011

Berita gempar buat mama papa seantero alam.Please read this!

Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012


PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA) berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.
"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini Isnin.
"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".
Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.
Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah,

Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.
Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.
"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.
Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.
Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.



nota kaki:Alhamdulillah,nasib baik mak nga en.somi dah tersedar dr awal-awal lagi ttg BPA ni.memang kami berdua cek betoi2 la kalo beli barangan plastik,especially kalo kod nya adalah 7.mmg out teros.berguna juge ilmu yg dituntut selama 5 tahun di UTM!

Okies,semua barang sudah dibeli!

Assalamualaikum darlings sekalian,
ini adalah my 1st entry for April.nape x pecaya ka?
inilah namanya ber belog adalah mengikut hati yg suke2..ihihihiiikkk
*suka hati mak je bebila rase nak ngepost entry,kan?*
Semenanya,mak ni dah tak larat nak duk congok depan lappy lelame sgt,mule la sakit pinggang.tambah pulak mane la nk dpt can duk sesaje bile ade anak teruna yg tgh manja yg amat sgt lately.tatau nape dia manje sgt,asek nk mentel2 aje.selalunya x macam ni.
Maybe dia dh dpt mengesan akan wujudnya 'pesaing' dlm hidup dia?hurmmm...hope dia behave jer la sepanjang tempoh berpantang seksok.Mak risau gak ni,takot2 dia buat hal.

ekcelli,mak nk citer nie...
last week balik kampong en.somi kat tengganu sane nun.ade hal jual beli
*jual beli ape,biarlah menajdi rahsia k..kang timbul isu len lak kt cni.no no no!*
So,sekalian itu pegilah soping barang baby siap-siap.pegi satu tempat je semo ado kat situ.sgt-sgt eksaited masuk babystore tu,namanya XIRi Kiddy House

Banyak pilihan,semua brg keperluan baby ade kt ctu dan yg paling besh harganya sgt2 berpatutan!
Tapi,sayangnya babystore ni hanya ade kat teganu jerk.So,kalo ade darlings kat teganu yg tgh mikir nak soping brg utk baby u all mak suggest la u all pegi sane.price sgt2 reasonable n selesa utk poket mamapapa yg pentingnya,kan?
So,for my newcoming princess mak soping ape yg perlu aje.pasal semua brg kebanyakan
dh ade.baju pon yg mane boleh pakai,guna je dulu.juz beli buat tambah-tambah sajork.
Mehla ape kite tgk ape yg mak dh rembat kat  XIRi Kiddy House last week








so cute & adorable dress n sleepsuit for my little princess
rase nk geget-geget aje
En.somi pon naik fening tgk mak milih baju-bajan ni semua.

*semua rege baju bajan ni,adalah below twenty ringgit.
murah kan?*


dan ade lagiiiiiiii


and this one i grabbed from kak yat,mama qies belogshop
banyak baju-bajan especially for gurl kat belog kak yat nie.
for those yg berminat,sila la klik klik yea,,
ade lagi selai sleepsuit pink karer,tunggu tokei kedai post.
soping sakan york.almaklumlah mudah n cepat,klik klik klik...sampai depan pintu.x ke sonang gitew?
ekekekkeeee


ni antara keperluan lain selain baju bajan.

da abesss daaaaaaa...

oke doke,till meet again.len citer,len entry eyh.rajin-rajin ai story mory lagi kat cni.
bubeyyyyyy







Tuesday, March 29, 2011

Imaginasi dan kreativiti anak berumur 2 tahun

wah wah wah wah kreatipnya anak Ummi neh.dah pandai rekabentuk lego nga sendirinya!
bravo my son.i'm proud of u.dah banyak hasil bentuk lego yg dia buat like pistol,keretapi dan kamera.
kreatip kan dia?

Ummi selalu la duk perhatikan waktu dia bermain.dia sgt suka tgk tayar toy car berpusing,"wondering how it work"... maybe.pemikiran dia sgt teknikal.boy la katakan.mmg suka la kapal terbang,lori,buldozer dan yg sewaktu dgn nya.

bila dia dah siap bentuk satu-satu benda,cepat2 tunjuk kat Ummi+Baba.kami pon buat2la kagum nga hasil ciptaan dia.pastuh bg puji-pujian sket tanda appreciate usaha dia kan.nampak la dr riak muke dia heppi bila kami buat mcm tuh.motivate kan dia spy lbh berusaha ;)) psikologi anak-anak ni kena belajar jugak kan?

sempatlah jugak record video neh malam tadi

layanzzzzzz

video 
 mulot bising duk bercakap.siap nga membilang lagi.

sewiusnya muka dia

nak tau shaye buat ape ni???

tadaaaaaaa

^^^^^
^^

senapang bamboo.
wakakakakka




Alhamdulillah,setakat neh Hemopati boleh dipercayai

Assalamualaikum

Selamat pagi semua...

sesambil melayan anak teruna yg sudah macam2 akalnya di pagi hari neh,take a few minutes la nak update belog kecayangan ai neh.eheeee

as i noticed before,anak teruna demam semalam.but today dah sihat,Alhamdulillah.kembali aktip mcm bese.mulotnya pon makin becok bercakap itu ini.ade yg Ummi paham,ade yg tak.kekadang dgr dia ckp semacam bunyi bahase korea pon ade.lucu ;P
musim demam+selsema skarang neh kan? nga cuaca yang tak menentu sekarang,skejap hujan skejap panas.terik lak tue.

Adam pon dh lame tak demam,since umur setahun setengah tak silap Ummi.masuk 2 tahun neh baru demam.mayB demam nak ringan mulot kot.becok semacam jerk Ummi tgk dia bercakap sehari dua neh. macam-macam benda dia nak citer.layankan ajer dan buat2 paham walopon tak paham kan.ekekekke..bagi moral support spy dia rajin bercakap (^___^)

 sian hero Ummi,bertepek kulpeber kat dahi

Ermmm..penah dgr perkataan 'hemopati' tak?rasanya mesti ibu-ibu penah dgr kan ttg perubatan hemopati neh.actually,since Adam kena demam panas+batuk kahak mase umur 8 bln dulu,Ummi stat bagi dia ubat-ubat hemopati.Alhamdulillah,serasi dgn dia.nak makan ubat pon dia suka sbb ubat-ubat hemopati neh dlm bentuk pil kecik-kecik.so,he like it.ingat gula2 agaknya.ketahanan badan dia pon makin kuat pastu.

 zzzzzzzzzzzz
tido nga tenangnya

ape yg Ummi tahu,hemopati neh sebahagian drpd perubatan herba jugak.bezanya hemopati hanya menggunakan unsur2 aktif dr ekstrak herba.takda drug like ubat-ubat moden.jadi,hemopati menggalakkan tubuh create its own antibodi utk melawan penyakit.

for more info,boleh bace SINI 



  ni la ubat yg Adam kena telan.hemopati neh murah jer kosnya.
dua jenis ubat baru kena charge RM25 hengget.

and today he was getting well,senyum+bergelak ketawa riang ria macam selalunya

moga kamu kekal sehat sentiase yea sayang.sunyum+ceria begini buat hati Ummi senang

Sunday, March 27, 2011

Jom ke dapur bersama chef Mas ;D

Assalamualaikum

keletung keletang!keletung keletang!
nampaknya semua ibu-ibu sdg bizi kat dapur tu.ye la,for working momma weekend mcm ni la baru dpt masakkan yg spesel punye tuk kuarga tercinta.asah bakat terpendam la kate kan.ekeeee..
btol tak?

cakap-cakap jugek,ape menu terbaek tuk lunch di hari Ahad ni?

jom masuk dapur Ummi,nak share satu resepi,tak tau la spesel ke tak tp yg pastinya sodapppp...
Sotong Masak Halia


Simple je menu ni.meh ai share-share resepinya nak tak?
sediakan pen & paper ok..
ehehhhhheee

Bahan-bahan
5 ulas bawang merah (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dimayang halus)
1 biji bawang besar (dipotong kasar)
3 hiris halia (dimayang halus)
Cili besar merah+hijau
serbuk kunyit,garam,dan semestinya pak aji.

Cara-cara nak masak;
Perap sotong bersama garam dan serbuk kunyit (agak2 la eh kuantitinya..jgn terlebeh garam kang masin pulak).
Panaskan minyak masak,tumiskan bawang merah,bawang putih serta halia hingga naik bau.kemudian masukkan sotong.goreng hingga masak (tp jgn terlalu lama sbb sotong akan jadi liat jikalau dimasak terlalu lama).
Tambahkan sedikit air.Masukkan cili merah+hijau serta bawang besar yg telah dipotong.Akhir sekali,bolehlah tambah gula or garam and pak aji mengikut selera masing2.

Sonang jer kan?chef mas nih suka masak ala-ala campur-campak nih.nak cepat...asal sedap mata memandang dan sedap tekak menelan,kira boley la kan.


atau pon u all nak masak daging??
ai syorkan masak kurma campur ubi kentang.very da marbeles!
Adam pon soke kalo Ummi masak lauk kurma neh.siap puji-puji lagi.
'ermmmm..dap er makannnnnnn...'
mmmg cheeky la ini budak.




^^^

^^^^

Resepi masak kurma nih ai tiru direct jer resepi kt belakang pembungkus rempah kurma Adabi tuh.cume kena pandai agak-agak dan oter sket la ikut kepandaian+kebijaksanaan sdirik.heee
tak remeh nak masak lauk neh compare nga kerutup,nak kena pakai kerisik bagai.
Dan inilah hasilnya
Jeng...jeng

^^
jeng

^^^


Amacam,terliuq tak???
Sesape yg dah tergoda,sila lah cube resepi lazat neh eyh.
Pasti anda x nyesal punye!


nota kaki;
anak teruna ai demam la pulak hari neh.tp suhu tak tinggi sgt.tunggu Baba blk keja la baru boleh pegi klinik.risaunyalah hati ibu neh kalo anak demam or sakit...cepat-cepat baik yer sayang.






Saturday, March 26, 2011

Tak pernah dibuat orang;Adam berenang kat daratan.wakakakaaa

Assalamualaikum,
Selamat tengahari semua.nyempat lagi Ummi nak membebel kat cni sementara tunggu waktu Zuhur.ekeeekekkekee

U all dah makan tengahari kew?Kami bertiga santap mee goreng sajork for lunch.dapur tak berasap hari ni coz dah kehabisan stok lauk pauk dlm freeze.petang lah baru turun ke Binjai cari stok.

Makan ringan2 je sbb Baba nak banje Ummi nga Adam kay ef chee petang nih.huh,mengidam k nak makan kay ef chee since minggu lepas lagi.Kebetolan Baba pon off hari nih,makanya dptlah menunaikan 'hajat'.dah menetes air liuq ni.terbayang-bayang ayam goreng yg lazat lagi crunchy.perghhhhh,nyum-nyum-yummmm..

Time ngandungkan Adam dolu,asek ngidam nk makan McD.Waktu opis tgh keja melambak2 pon buleh turun beli bubur ayam McD.almaklumlah opis kt CS,makanya macam2 ado.tak sopan hokey.tp nak buet macam mano,udahnye nama pon mengidam,lautan api sanggup ku redah (ceeewaaaahh..ayat x menahan gitew)

Lari tajuk sudahhhh aku nih bahhhh.Kalo dpt membebel,mesti melalut ke laut punye.k lah,back to the title......

Alkisahnya petang semalam bawa Adam ambik angin kat pantai,ke mana lagi kalo bkn ke Pantai Penunjuk destinasi pilihan kami.Dan tak sah lah kalo gi pantai,mesti la ade agenda mandi manda kan.
Macam biasalah,yg plg eksaited bila tgk air adlh my hero,Adam.pantang nampak laut,mesti nak terjun aje.Dats why kami suka bawak dia pergi Pantai Penunjuk nih coz ade alur cetek yg amat selamat utk budak2 kecik cam Adam ni.

Apalagi,kasik can la kat dia nk lepaskan hajat.Asek terperap je kt dlm umah,kesian juge nengok.Moh kite tengok segala kejadian petang semalam..



Main air or main pasir???


aaa...aaa...aaaa....aaa
dah dapat dah apa yg dia suke
;D


muncong mulot dpt main pasir.
haih la Adam

Baba la tukang layan karenah anak teruna sorang nih.Ummi dh x larat nak aktip cam dolu.
Cepat mengah..


Mak buyong tukang tengok ajer

splash-splash-splash


gelak sakan dpt main air-splash-splash nga Baba dia
terhibur tgk anak gelak-sunyum selalu
&

yang paling menggelikan hati,Adam buat aksi
^^^

^^^


video
berenang ker ape ntah,crawling kat atas darat.nak pecah perot Ummi gelak tgk dia buat mcm nih.
you are so funny my boy!

Cukuplah sesi membebel-bebel utk hari ini.esok hari,ade modal ai meniaga lg yea.

ta-ta-ta

Cantik tak ai make up kan belog suam-suam kuku ai ni????

Assalamualaikum

dan 

Selamat pagi Sabtu semua..

peaceeee!!!!!
gud morning kawan-kawa.kewl tak belog Ummi shaye ni?
 shaye la yg pilihkan templet tantek ni.cute kan,cam shaye jugak.
ekekekkekee


Wah wah wah,pagi-pagi buta dah nampak muke Ummi kt ruangan belog ni kan!
Apa kes???

Hahahahhahaa,
Angin tsunami 'rajen' sudah datang.Sesudah sarapan,teros bukak tenet cargass mau update belog.
(baba jeling jek tgk Ummi tercongok depan lappy..ekekekee..dia nak bace berita online x dpt.
grrrrrr..tunggu turn yea Baba :P)

Ade perasan peubahan tak pada belog Ummi nih?
tengok btol btol...

Template baru yg lebih ceria dan kalerful,font yg lebih santai dan funky.

Saje je nk menyedapkan mata sendiri bila bukak belog.Syiok sendiri org kate..
ihikhikhik
 Hokey,cukuplah merapu di pagi hari.Nak setelkan hal umahtangga yg tak pernah surut plak nih.Pastuh nak cuci stroller kasik bersih sket,recycle for our new comer princess!
*stroller baru lagik.still 90% in good condition.pas Adam dpt kaki,tros lipat dan sumbat dlm stor.xde la tembus poket Baba nk beli stroller baru lg sekali..heeee ;D*