Hitam Putih Kehidupanku

Hitam Putih Kehidupanku

AdikBijak.com

AdikBijak.com
Pendidikan Awal Si Manja anda bermula di sini!

Saturday, August 7, 2010

Ahlan Wa sahlan Ya Ramadhan!

Salam kepada muslim-muslimat semua..

Dah bersedia utk Ramadhan tahun ni?

Lagi 3 hari,kita akan menyambut dan menjalani bulan yang penuh keberkatan,iaitu Ramadhan Al-Mubarak.Bulan yang dinanti-nantikan sekalian umat Islam di seluruh dunia.Bulan yang menjanjikan seribu kebaikan+keberkatan  kepada semua.

BAgi kami sekeluarga,amat-amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana dapat menjalani ibadah puasa pada tahun ini bersama-sama,dalam penuh kesederhanaan.Harapannya,Ramadhan kali ini dapat kami lalui dgn penuh kesabaran,tingkatkan amalan+ibadah kepadaNya.

Di kesempatan ini juga saya ingin memohon kemaafan kepada semua teman,serta pembaca blog yang tidak seberapa saya ini,jika sekiranya ada di antara tulisan saya yang menyentuh/menyakitkan hati anda semua.Sesungguhnya,saya ini hanya insan biasa yangs ering melakukan kesilapan.

Semoga Ramadhan kali ini,mengembalikan kita kepada Pencipta,Allah Yang Esa.Bersama-samalah kita meningkatkan+menambahkan amalan di bulan yang penuh keberkatan ini.Ikhlaskan hati,agar amalan kita diterima+diberkati olehNYA.






Selamat Berpuasa Kepada Semua!


futnot:Harapnye,dapatla saye berpose pada 1 Ramadhan,dan bertarawikh krn pahala malam itu sgt besar-
"Bagi sesiapa yang menunaikan solat sunat tarawikh pada malam pertama Ramadhan,Allah akan menghapuskan dosa-dosanya,seperti bayi yang baru dilahirkan dari perut ibunya."
Nifas ni blom ada tanda-tanda mau habis...



No comments: