Hitam Putih Kehidupanku

Hitam Putih Kehidupanku

AdikBijak.com

AdikBijak.com
Pendidikan Awal Si Manja anda bermula di sini!

Saturday, March 9, 2013

Dugaan/musibah itu satu ujian,juga penghapus dosa.

Dah jam 12.15 am..

Tapi mata masih belum mau lelap.

Terfikir sejenak,akan ujian yg menimpa..

Kedua-dua anakku menghidap asthma.sakit yg kita semua tahu tidak punya ubat dan penawar utk menhilangkannya.jika ade pon ubat-ubatan moden/tradisional hanyalah sekadar penahan,bukan penawar. Hanya masa yg mampu mengubati bergantung kepada tahap kekuatan badan seseorang.

Hati seorang ibu ni sentiasa bimbang,risau.paling tak tahan bila lihat keadaan anak diserang asthma
Batuk yg teruk dan berpanjangan, selsema, sukar bernafas.dan sesekali air mata menitis melihat anak terpaksa menelan pelbagai jenis ubatan
Kesian si kecilku....
Sebulan sekali pasti kena serangan asthma..derita sungguh!

Namun siapa yg boleh menentang takdir dan ketetapan Allah.Dia yg memberi,maka kita harus terimanya dgn penuh keredhaan.Dia Yang Maha Mengetahui disebalik apa yg diktakdirkan.

Sesekali terlintas,mengapa aku diuji begini????

Jawapannya sgt mudah. Inilah ujian buat diriku,kerana Allah sayang padaku.
Dia ingin menguji sejauh mana keikhlasan dan kesabaran diriku dalam menempuhi ujian ini.ujian ini tidak sebesar mana jika dibandingkan dgn orang lain,punya anak yg cacat,sakit kronik dan mcm2 lg.namun, aku tetap berfikir. Ujian Allah ini byk mengubah dan mengajar diriku ttg erti sebuah pengorbanan ibu,keikhlasan serta kesabaran. Kesusahan dan kesukaran membesarkan anak2 asthma menjadikan aku lebih bersyukur atas rezeki serta nikmat lain kurniaanNya.

Ataupun,ada satu lagi sebab mengapa aku diuji begini. Iaitu kifarah di atas dosa2ku.

Dosa???

Ye,mana mungkin manusia yg punya iman senipis bawang ini tidak melakukan dosa?kerna aku tidak sempurna.setiap manusia itu pasti melakukan kesilapan.tinggal lg utk kita menyedari dan memperbetulkan atau tidak.
Ujian ini byk membantu aku memperbetulkan diriku...imanku dan akhlak ku.menjadikan aku insan yg sentiasa bergantung harap padaNya.

Setiap yg Allah swt tetapkan itu pasti ada manisnya disebalik kepahitan yg dirasai.bersyukurlah atas apa jua nikmat yg kita ade sekarang.Pandanglah orang lain yg lebih susah dan naif daripada kita supaya kite sentiasa sedar akan keberuntungan apa yg kita miliki sekarang.

Semoga Allah sentiasa melindungi putera dan puteriku.


Get well soon my baby.



Saturday, February 9, 2013

Arah tujuan kita


Assalamualaikum,

tergerak hati untuk menulis sesuatu yang berunsurkan dakwah hari ini.

Kepada sesiapa yang membaca dan terbaca entry ummi kali ni, just lapangkan dada anda.Entry ini tidak bertujuan mahu menyindir mana-mana pihak mahupun sesiapa. Ini adalah entry dari hati ummi. setiap umat Islam itukan seorang dai'e. Kita wajib tunaikan hak kita ini dengan cara kita sendiri.


Ini adalah keratan dari sebahagian bacaan kita dalam solat. Doa Iftitah.

Jika dihayati dengan sebaiknya, ini adalah ikrar kita kepada Allah..arah dan tujuan kita yang sebenarnya.
Lima waktu sehari...setiap hari kita baca ikrar ini.

Namun adakah kita benar-benar menghayati apa yg kita bacakan..apa yg kita katakan dihadapan Allah?
Membawa ikrar ini bersama-sama dalam menjalanai kehidupan seharian kita?atau hayalah sekadar bacaan di dalam solat semata?

Betapa malunya dan hinanya diri kita sekiranya kita hanya menyebut ikrar ini di dalam solat, sedangkan dlm kehidupan seharian kita, langsung tidak kita melakukan seperti apa yg kita janjikan di hadapan Allah.
Cuba ketuk pintu hati kita ini, kepada siapa kita mahu menipu?Kepada siapa kita mahu menyembunyikan hakikat sebenarnya?Sedangkan kita semua tahu Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengetahui meskipun apa yang terdetik dan terlintas di dalam hati kita.

Allahuakbar!!!

Marilah kita memperbetulkan semula niat dan arah tuju hidup kita. Ummi juga begitu, sedang berusaha membawa hidup ini pada landasan yang sebenarnya.

Hidupku dan matiku kerana Allah.

Ya, itulah yang sepatutnya menjadi pegangan kita.

Bukan wang ringgit, harta benda, kemewahan dunia semata. Ya, memang tidak dinafikan, semua itu juga penting buat kita meneruskan hidup di dunia ini. Namun, jangan kita jadikan ia sebagai suatu matlamat yang memandu kita. Sebaliknya letakkan agama dihadapan sebagai panduan dalam kita menmcapai matlamat dunia. Jangan sesekali meletakkan agama di belakang. Sanggup ketepikan agama, sanggup pejamkan mata demi hanya mengejar kemewahan dan keseronokan dunia. Walhal kebenaran berada di depan mata.

Ummi nak bawa satu pendapat/kata-kata yang Ummi peroleh dari seorang sahabat..

" Belum tentu kebiasaan yang dilakukan oleh ramai orang itu adalah sesuatu yang baik buat agama kita. Beranilah menentang arus dunia jika ianya bertentangan dengan agama."

 Bawalah agama itu bersama-sama dengan kita sepanjang masa. Jangan dipisahkan antara dunia dan akhirat. Kerana dunia inilah jambatan bagi kita untuk menuju akhirat.
Kita janganlah berfikiran begini 'Alah, aku bukan orang warak, bukan orang belajar agama'..

Jangan jadikan itu alasan yang menahan kita dari menjalani hidup selari dengan agama. Ilmu yang banyak tidak menjamin akhirat yang cemerlang sekiranya kita tidak mengamalkannya.

" Ilmu tanpa amal, bagai pohon yang tak berbuah"

Bawa ini bersama kita sentiasa. Ilmu yang sedikit pon jika diamalkan, pasti dipandang Allah.

Astaghfirullahal A'zim...

Semoga entry ini mampu membawa sesuatu kebaikan buat kita semua. Ummi menulis entry ini juga dengan niat lillahi Ta'ala.Dia yang memberikan hidayah, dan bila-bila masa juga Dia boleh menarik kembali hidayah itu. Berdoalah semoga kita sentiasa berada dalam hidayahNya. Ameen.








Thursday, February 7, 2013

He is almost 4 years...Adam Khalish

Assalamualaikum,

Lama tidak bercerita tentang anak teruna ummi sorang ni. Next week, 14th Feb 2013 he will turns to 4 years old. Big boy already!

**big boy ke?kalo tidur tu nak kena berpeluk dgn ummi dulu baru leh lena kan... :)

Cepat masa berlalu. Peja celik, pejam celik anak-anak dah besar.

Since one month ago, Adam dah mula ke school.i mean kindergarden school. Saja hantar dia ke sekolah awal, nak expose dia dengan dunia luar. Supaya dia pandai membawa diri dan bersosial.

Dia ni jenis yang suka duduk dalam rumah je. Tak gemar sangat keluar main2 nga kawan2 kat area rumah tu. Tak tau kenapa. Tapi tu la attitude dia yang dapat Ummi tengok.Dia lebih suka main dalam rumah. Menonton cartoon at Disney Jr channel. Then, suka layan youtube. Video yg dia suka tgk adlh yg related to lorry, truck and bulldozer, Saya obses dgn 3 jenis kenderaan tu. Mainan pon sama, asek mintak beli lorry, truck bulldozer. balik-balik itula kejanya. Bermacam-macam koleksi dia ade.
Jenuh nak layan, sampaikan ummi dan baba terpaksa stop belikan dia mainan. ahahhaa

Dah nak masuk usia 4 tahun ni, Ummi dan baba dah mula ajar dia solat. At least kena solat satu waktu sehari. Biasanya waktu Maghrib or Isyak la.itu la waktu yg ade je pon nak ajar dia on weekdays. Alhamdulillah, perbuatan dan bacaan Al-Fatihah dalam solat yg asas tu dia dah boleh buat. Walaupon ade pelat2..tp dia boleh baca sampai habis. Alhamdulillah..bukan senang nk train dia dr awal. Siap kena rotan dengan Baba lagi. Kesian memang kesian.Even dia masih kecik, tapi kami rasa inilah masa yg sesuai tuk kami mulakan. Better we start before we late!

**Semoga kamu menjadi anak kami yg soleh wahai Adam Khalish. inilah doa Ummi setiap masa. Ameen.

Dari segi education pulak, dia ni jenis yg cepat pick up. Especially if the material is in English. Dia sgt senang faham+ingat+belajar bila sesuatu yang dilihat atau didengari dalam bahasa Inggeris. ummi pon tak tahu dari mana datangnya minat dia tu. Tapi itulah hakikatnya.
Apa saja yang keluar dari mulut dia mesti dalam bahasa Inggeris.

Walau ape pon , ummi sgt bersyukurla. ada jugak kepandaian pada dia. Cikgu kat sekolah pon terpaksa speaking dengan dia sbb bila cikgu tanya dia dalam bahasa melayu,dia diam je. Tapi bila cikgu tanya dalam bahasa Inggeris, baru dia bagi respon. huhuuuu..confius pulak mak ni haaa...

budak comel Ummi
he is an apple of my heart.
Always
 
 
Biar apa pon yang terjadi, doa Ummi sentiasa bersama kamu. Ke mana pon jua kamu pergi, ketahuilah kamulah yag Ummi sayangi. 





Monday, January 7, 2013

Bebelanku di petang hari...



Assalamualaikum all,
 Bersiaran secara langsung from our home sweet home.

Tak keja ke che mas kiter??

Memang ai tak keja harini.dari semalam lg.menjaga diri sendiri yg sakit sakit org ada 'isi'
Plus lg penat sbb dah dua kali weekend x xcukup rehat.last week sbb sibuk kemas rumah  slps rumah dinaiki air.minggu pulak sbb kena keja jumaat sabtu direct.huhhh..penat sgt badan ni rasa.

Semalam pulak,anak2 kena attack asthma
Phewww..mcm2 yg jd dlm satu masa.tak apa lah,rezeki Allah nk bg kan.kite terima je dgn hati yg redha.Pasti ade kebaikan disebalik yg berlaku.Itu janji Yang Maha Pencipta.

Esok dah boleh masuk kerja.Anak2 dh semakin baik.active as usual.tenang sket hati nk pergi keja tgk anak2 sihat.

Kerja melambak kat ofis.awal2 tahun ni kerjanya menyetelkan project yg x close lg.rumit bila ade project yg sangkut2 ni.lambat close nga mcm2 karenah client.

Cukupla membebel tuk harini ye..nanti sambung lg.solat Asar then masuk dapur.teringin sgt nk makan gulai kari terung campur bendi...bestnya makan nga ikan kering..fuhhhh..

Jumpa lg deh lenkali...