Hitam Putih Kehidupanku

Hitam Putih Kehidupanku

AdikBijak.com

AdikBijak.com
Pendidikan Awal Si Manja anda bermula di sini!

Monday, December 28, 2009

Yeayyy!!!Sonoknye dapat jalan-jalan dengan Ummi+Baba lagi

Wohooo!!! Sungguh hilang kesabaran di hati ini.. Mau ikut Ummi+Baba jalan-jalan ke Melaka.. Bukan jalan-jalan cari makan or saje-saje makan angin tau.. Tapi Baba nak pegi anto Acik Nana.. Acik Nana dapat dapat jadi jururawat.. Congrates Acik Nana! Dah jadi 'misi' nanti, jangan cucuk Adam tau!! Nanti Adam tak nak kawan la ngan Acik Nana..ngheeeee Last Saturday, Baba bawa Adam+Ummi balik kampung Baba kat Padang Nenas.. Tok Ma buat kenduri kesyukuran cket tuk Acik Nana.. Iya la kan..sebagai tanda bersyukur Acik Nana dapat sambung belajar jadi 'cik cucuk'..hehehe Ummi cakap,kita kena sentiasa bersyukur kepada Allah atas setiap kurniaanNya.. Biar buruk mana pun sesuatu yang kita dapat,kita haruslah bersyukur kepada Nya.. Ewaaaahh..macam Pak Ustaz la pulak Adam nie kannn..kuikuikui.. (memang la kan,itulah impian Ummi+Baba sejak Adam dalam womb Ummi lagi tuk didik Adam jadi Doktor berpangkat Hafizz suatu hari nanti..Ameeeennn..Insyallah..) Sewonok sangatt dapat balek kampung aritu.. Dah lama tak jumpa Tok Ma.. Tok Ma cakap dia winduuu sangat-sangat kat Adam.. Almaklumla kan..cucu sulong merangkap cucu kesayangan Tok Ma..ngeheehee Balek aritu semua adik beradik Baba ada sama..Pak Uteh ajer yang tak ada..Pak Uteh belayar kat lawutt..Baba cakap Pak Uteh keja Navy..hmmm..jaga lawutt..Heybat la Pak Uteh nie..kannn?? Syokkk maen ngan Pak Ngah,Acik Nor,Acik Nana,Pak Ude + Pak Su Kecik.. Tak puas jumpa diorang.. Maen kejap ajer.. TAk boleh duk lama-lama.. Baba kena balek keja semula esoknya.. Ummi cakap, Baba kena kerja keras untuk masa depan familee kiter.. Baba keja..Ummi jaga Adam kat umah.. Syian Ummi..sanggup berenti keja kat JB dulu semata-mata tak nak kasi Adam winduu lama-lama kat Baba..duk jauh-jauh JB-Kemaman.. Ummi kata nanti Baba susah hati selalu bila tinggalkan Adam+Ummi kat cna berdua.. Ummi cakap lagi.. Baba sayang sangat mangat kat Adam.. Adam belum lahir lagik.. Baba dah mimpi-mimpikan Adam.. Betapa Baba mendambakan kehadiran Adam dalam hidup Baba+Ummi.. Mesra Baba+Adam Baba selalu cakap-cakap ngan Adam.. Gomol-gomol Adam..Maen ball ngan Adam.. Layan Adam time Ummi tgh cbuk masak kat dapur.. Belikan Adam baju bawuu..toys bawuu..Baba belikan Adam susu..biskut,Nestum..mcm2 agi laa.. Syemua yang Baba lakukan nie sebab Baba shayangkan Adam. Ummi pulak tak sanggup lepas tanggungjawab dia pada Baba.. Besar sungguh pengorbanan Ummi.. Adam takkan lupa pengorbanan Ummi.. Patutla Adam tengok, Baba shayang sangat mangat kat Ummi.. Tak per..mesti Ummi dapat keja yang lagi beshhh nanti.. Rezeki ada di mana-mana..Asalkan berusaha pasti ada.. Itu yang Baba selalu sebut.. Untung Adam ada Ummi+Baba yang begitu ambil berat tentang agama.. Insyallah..Adam akan shayang dan jaga Ummi+Baba baek-baek bila besar nanti.. Ameeeennn.. ************************************************* Time on the way balek Kemaman..singgah makan kat Kerteh Baba+Ummi order nasi minyak..syedappp woooooo!!! Adam melopong ajer laaaa...isk..isk.. Aksi golek-golek sambil maen ngan patung Acik Nor punyerrr.. Gumbira rasanya hati Adam ^_^ Petang tadi pulak.. Baba bawa Adam jalan-jalan kat Kerteh.. Kali nie baru betuiii.. Jalan-Jalan Cari Makan.. At McD.. Heeeeheee.. Ummi yang mengidam sangat nak makan PROSPERITY BURGER.. 'PROSPERITY BURGER'? Apa ker bendanya tueee? OOOwwhh...ruper-rupaan burger yang ada dalam iklan TV tu haaa.. Baru Adam ingat..masa dalam pewutt Ummi dulu Adam penah rasa burger syedappp nie.. Hmmmm..nampak macammmm....Nyummeeeyyyy Slurrrrppp...skali meleleh air liur daaa... TAPI.. Ummi cakap Adam tak boleh makan.. PEDASSSS.. Alamak..tak dapat can la nak rasa the real one kali niee...sob..sob.. Dan TAPI lagiiii.. Ummi ngan baek hatinya bagi Adam makan TWISTER FRIES... Nyummmmeeyyy.. Yang ini pun syedapppp jugeeee... Sambil-sambil makan..sambil-sambil posing Ummi tersenyum simpul amek gambar.. Jangan tak tau..Ummi Adam ni pemalu orangnya..ngeheehhe Balek dari Kerteh.. Baba ajak Ummi soping barang dapur pulak.. Setiap kali kuar soping.. Mesti ada bahagian Adam gak.. Ummi belikan Adam botol susu bawuuuu.. Cantekk.. Comellll.. Pasnie Adam akan lebih syukerr minum susu..^_^ Dua botol sekaligus Ummi beli botol Fiffy Premium BPA Free + Anti-colic Satu untuk isi susu..satu lagi untuk isi air masak.. Adam adalah antu air masak. Kadang2 Adam minumair masak lebih banyak dari susu... Seb baek Adam dah makan makanan pejal yang lain... Kalu tak kurus tak cukup nutrien la gayanya.. Yang paling Adam gemar sekarang ialah telur masak separuh..beshhhh sangat laaaa.. Tiap-tiap pagi.. Lepas mandi,mesti mintak telur masak separuh dari Ummi.. Sebiji setiap pagi.. Ummi cakap Adam dah maken berisi berbanding bulan lepass.. Hmmm..moke dah booolattt..ngeheeee.. ***Dari kul 8 mlm tadi sampai jam 1230..Adam sudah habesh kan 14 oz susu.Sungguh memberangsangkan!!! Okiesss la kawan-kawan.. Kita jumpa next entry yappp!!! Selamat Malam.. Sweet Dreammmm..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Friday, December 25, 2009

Cadar Toto Ekin..beli..jangan tak beli..

Bismillahirrahmanirrahim.. Salam.. Kali nie Ummi nak try berniaga plak.. alih hobby.. sebagai permulaan dan percubaannya, Ummi nak try niaga cadar:Cadar Toto Ekin 1. Cadar Toto Ekin -saiz Queen -1 bedsheet:getah di setiap bucu -1 Toto/Comforter -4 sarung bantal -1 sarung bantal peluk *Dijual dengan harga RM 70/set *Penghantaran percuma sebagai promosi!!! *Cepat!Cepat!Dapatkannya sekarang!!! For display only (contoh yang diguna) Cantik dan material yang selesa Buat masa ini, saya hanya ada 2 corak (gambar di atas) sebagai stok semasa Jika anda berminat sila hubungi Ummu Adam di talian 012-9837734 #Jika bisnes ini mendapat sambutan,Ummu Adam akan meluaskan lagi bisnes dengan menjual tudung bawal dan juga kain pasang. "Berniaga untuk rezeki yang halal,Barakah Yang berpanjangan"

Tuesday, December 22, 2009

Sharing:Perkembangan Awal Emosi (bayi 0-15 bulan)

this entry is not relate to our story directly.. just want to share to all mommy & daddy out there.. in order to realize our baby improvement.. mentally,physically and physicologyly.. so, please enjoy this info k!!! Emosi asas (positif dan negatif) berkembang secara ‘gradual’ terutama dalam tempoh enam bulan pertama dan selalunya ditonjolkan menerusi memek muka dan ‘eye contact’: - gembira/seronok - senyum, pipi terangkat, mata berbentuk bulan sabit. Contoh - bila diagah. - terkejut - angkat kening, mulut terbuka luas, bulatkan mata. Contoh - berhenti menangis bila dengar bunyi muzik atau suara jeritan - minat - merenung, mengerutkan kening dan bibir. Contoh - merenung wajah ibu, melihat persekitaran - marah - mengerut dan memasamkan muka, kening turun naik, mata tajam. Contoh ‘mengamuk’ bila mengantuk atau lapar, bila objek ‘dirampas’ daripada tangan. - Sedih - muka masam dan layu, dagu tertolak ke hadapan. Contoh - ditinggalkan ibu - Geli- berkerut kening, jelir lidah. Contoh - ‘menolak’ jenis makanan tertentu, menangis bila buang air. Bayi antara 3 - 8 minggu sudah boleh tersenyum- perkembangan awal emosi positif Bayi 12- 20 minggu - senyum pada wajah dan suara dikenali; senyum bila merasakan persekitaran ‘dikuasai’, mula ketawa. - Enam bulan pertama bayi masih belum mempunyai rasa sayang/ kasih pada sesuatu/seseorang. - Perasaan kasih mula terbentuk ketika usia antara 7 hingga 9 bulan - melalui hubungan ikatan kasih sayang, sentuhan, belaian dengan orang yang paling hampir seperti ibu dan ayah, menunjukkan rasa tidak senang/takut dengan kehadiran ‘orang asing’.

Saturday, December 19, 2009

Renung Renung kan...

Sekadar Renungan : Sayyed Umar Al-Khattab Salam alaik, Pada Awwal Muharram 24 Hijri, Sayyed Umar Al-Khattab telah ditikam semasa solat di Masjid oleh Abu Lo'lo', seorang Majusi dari Iran. Kecederaannya amat serius sehingga darah mengalir tidak henti. Sayyed Umar meninggal pada hari yang sama dan telah ditanam bersebelahan Sayyed Abu Bakar Al-Siddiq. Ia adalah hari yang sedih bagi Umat Islam setelah 10 tahun beliau memerintah. Sayyed Umar diangkat sebagai khalifah oleh Sayyed Abu Bakar dengan persetujuan dikalangan sahabat. Apabila Sayyed Umar tidak mahu menerima perlantikannya, Sayyed Abu Bakar terpaksa gertak, " Kau berani membantah Khalifah Rasulullah. Bawa pedang pada aku.". Barulah beliau terima lantikan. Nyata penduduk Madinah takut padanya. Hari-hari yang berikutnya, kebanyakannya penduduk Madinah bersembunyi di dalam rumah kerana takutkan Umar. Namun ketakutan mereka berubah menjadi aman dan nyaman setelah beberapa hari berikutnya, bulan dan tahun. Malahan menjadi zaman paling aman dan paling sejahtera untuk Umat Islam. Sebelum Islamnya, Sayyed Umar dikenali sebagai orang yang sangat bengis dan ditakuti oleh semua lapisan di Makkah. Setelah Islamnya, Sayyed Umar adalah di antara orang paling tawaddu' dan rendah diri. Beliau berkata, " Aku adalah orang yang bengis tapi menjadi lembut hati dengan berkat asuhan Nabi Muhammad dan Sayyed Abu Bakar". Namun beliau tetap mendidik hatinya berterusan sehingga ke akhir hayat. Di waktu beliau nazak, anaknya memangku kepala. Sayyed Umar berkata, " Biarkan kepala ku ditanah. Biarkan kepalaku ditanah. Aku takut pada hukuman Allah.". Walhal beliau telah dijamin syurga. Sayyed Umar, semasa hidupnya adalah Khalifah dari Rom sehingga ke Parsi dan sedang maju berkembang besar segenap arah. Namun pemakaiannya tidak pernah berubah sejak menjadi Khalifah. Beliau hanya memakai pakaian dari kain yang kasar dan bertampal-tampal tempat yang koyak sehingga berbelas tampalan. Setiap tahun, Sayyed Umar hanya mengambil 2 pasang pakaian baru dari Baitul Mal. Sehelai untuk dipakai, dan sehelai lagi dibasuh untuk dipakai esok. Begitulah berterusan memakai yang sama sehinggalah ke tahun hadapan. Jika koyak tampal lagi. Puas sahabat-sahabat dan ahlul bait memujuknya untuk memakai pakaian lebih baik, namun Sayyed Umar enggan. Dia memperingatkan mereka bahawa Rasulullah dan Sayyed Abu Bakar juga hidup dalam zuhud dan miskin semasa memerintah. Semasa hidup Sayyed Umar, dia dan ahli keluarganya tidak pernah menjamah lebih dari 2 hidangan. Roti cicah minyak zaitun atau roti cicah mentega. Jika beliau ingin makan daging, beliau akan tangguhkan sehingga setahun. Di zaman itu, orang miskinpun tidak larat nak makan makanan seperti Sayyed Umar. Apabila menemui delegasi kenamaan dari luar dan dalam, mereka diberi makanan yang sesuai tetapi Sayyed Umar tetap dengan makanan 2 hidangnya. Beberapa tahun sebelum beliau meninggal, Sayyed Umar berpuasa sepanjang tahun kecuali hari haram berpuasa. Sayyed Umar melakukan Haji setiap tahun semasa pemerintahannya. Beliau tidak akan berlindung dari matahari di dalam keadaan paling panas sekalipun. Jika perlu berihat, beliau akan ikat sekeping kulit kambing pada pokok sebagai pelindung dan tidur di atas tanah. Kadang-kadang, orang akan melihatnya memikul kantung air besar dan berat yang dibuat dari kulit kambing. Apabila ditanya, " Aku menghukum nafsu ku apabila ia inginkan sesuatu yang lebih ". Setiap malam, Sayyed Umar akan berjalan-jalan seorang diri di merata tempat di Madinah. Beliau meninjau keadaan masyarakat dan mendengar perbualan-perbualan yang langsung dari rakyat. Beliau sentiasa mencari-cari yang perlukan bantuan. Siang hari, beliau biasa melawat pasar-pasar dan menegur sesiapa yang beli daging, " Ingat pada orang miskin. Kurangkan makan daging. Ingat pada orang miskin. " Jika beliau berceramah di masjid, yang juga dihadiri wanita, beliau akan mengistihar, " Jika aku terpesong dari jalan Rasulullah dan Sayyed Abu Bakar, tegorlah aku. ". Respon yang paling beliau suka dan menyebabkan senyuman berpuashati ialah, " Ya Umar, kalau engkau terpesong, aku akan penggal kepala engkau. ". Beliau telahpun dijamin syurga oleh Rasulullah tapi tetap takut melakukan kesilapan dan sangat suka ditegor. Satu kali seorang wanita tua menegur beliau, " Sedangkan Rasulullah kata mas kahwin dan apa saja kepunyaan wanita tidak boleh diambil sewenang-wenangnya oleh kaum lelaki, kau jangan pandai-pandai, Ya Umar. " Sayyed Umar respon, " Telah terbukti bahawa wanita ini dan tuan-tuan yang hadir adalah lebih bijak dari saya." Sempena Awwal Muharram ini, kita berniatlah untuk berhijrah sikap. Untuk berhijrah sikap, ubatnya ialah usaha kearah bertaqwa kepada Allah . Sayyed Umar telah membuktikan kepada kita semua, beliau telah behijrah. Jika bengis, berubahlah untuk menjadi sopan dan santun Jika gopoh, berubahlah untuk menjadi penyabar. Jika angkuh, berubahlah menjadi rendah diri Jika malas, berubahlah untuk menjadi rajin Jika lokek, berkongsilah dengan orang lain Jika ada hasad, ubahnya menjadi ghibtah Jika kurang pandai, tuntutlah ilmu sehingga pandai dan seterusnya tukarlah apasaja sikap negatif kepada positif. Semoga sahabat semua mendapat barakah dalam hidup, kefahaman dalam ilmu, dan dikurnia kebijaksanaan memilih akhlak yang terbaik sehingga akhir hayat. Kullu Am Antum Bikhair. Selamat beramal...

Thursday, December 17, 2009

The best thing happened in my life is on date of 14th

Yayyy!!!Finally, i've got it!!!Congrates to myself..... Agak-agak u all la kan, apa yang Ummi dah dapat tueee???? Jeng...jeng..Jeng.. ************ Ianya adalah sesuatu yang agak penting... Agak leceh untuk mendapatkannya... Sesetengah orang begitu teruja bila mendapatkannya.. Ianya suatu keperluan di kala ini... *********** Jawapannya ialah...Driving License!!!! Hohohoho..apa yang paling besh sekali adalah..Ummi LULUS driving test pada 14th..genap umur Adam 10 months. Berkat agaknya..hihihi.. Act,Ummi dah buat LESEN MEMANDU after habes pantang dulu lagi..but i'd only one month to practice at those time. Dah ler memang tak da pengalaman bawa keta manual. tau bawa Auto car jer.. Ngan gigihnya Ummi pegi belajar keta. Pantang pun tak sampai habes 40 hari. Cepat-cepat gi amek lesen. TAwakal jer masa tu walaupun takut ada effect lain..maklumla badan baru pas bersalin..sana sini kena jaga. Tapi syedih sgt2 time test Ummi FAIL!!!uwaaaaa... After berbulan-bulan tertangguh..dan selama itu lah juge Ummi drive keta ulang alik gi skool tanpa LESEN..(seb baik tak kantoi ngan JPJ,lalu depan POLIS buat muke innocent ajer..) then Ummi decide settle kan lesen masa skool holiday nie.. By hook or by crook, kena LULUS sebelum bukak sekolah.. Baba pulak balik anta Ummi kat kampung. Tak kesahla berapa lama pun, janji LULUS!!!Tanggal 14th Dec 2009, Ummi LULUS akhirnya..Alhamdulillah To Baba: Thanks coz sanggup tunggu Ummi LULUS. Pas nie, VIOS Baba tue Ummi yang punyer!!! Gila stereng????hahahha To Adam: Ummi dah dapat lesen sayang. Sama ngan date Adam dilahirkan..the second best thing after you were born.14th!!!! Nanti Ummi bleh bawa Adam jenjalan time Baba BZ keje yer. ########## Hush.. Diam tak diam... Pejam celik..pejam celik... My hero Adam dah cecah umur 10 bulan 2 hari.. Meniti hari..sentiasa di sisinya.. Ummi berjaya ikuti setiap perkembangan Adam.. Dari tapak kaki sebesar dua jari.. Sekarang sudah maju merangkak dan memanjat.. Sebulan dua lagi bakal berjalan dan berlari.. Tak sabar rasanya menanti saat itu.. Mulut semakin becok, Cepat belajar apa yang diajar, Sudah pandai lambai tangan, Keletahnya sungguh mencuit hati sesiapa saja yang memandang.. You are my PRIDE, you are my SOUL, You are fruit of Ummi & Baba's LOVE.. Gambar yang tak berapa rajen tuk di edit. I'm not feel to good today..like getting fever ajer.. See u all next entry.. Adios amigossssss

Tuesday, December 8, 2009

Dia dan ragamnya yang mencuit hati semua!!!!

Salam semua.. Hati Ummi begitu tercuit dek ragam dan keletah si manja. Makin hari semakin nakal dan manja. Sudah pandai menarik perhatian semua orang di sekelilingnya. Tawa dan gelaknya menceriakan suasana. Tok Mek dan Tok Ayah asyik tergelak sepanjang masa. Melayan keletah cucu tersayang. Suka tersenyum. Sangat ramah dengan sesiapa sahaja. Sungguh indah tatkala memandang wajah riang si manja. Ingin sentiasa berada di sampingnya. Ingin sentiasa Ummi kongsikan saat dan detik indah ini. Betapa Ummi bertuah memiliki Si Comel Adam.

Monday, November 30, 2009

!!!!Adam makin lasak & makin branie!!!!

Huh, setelah sekian lama Ummi menyepikan diri dari menulis dan mencoret kat ruangan blog nih..malas pun ada..sibuk pun ada.heeee..Maklum la kan musim raya..so, bznya berlebey-lebey. Owwwwhh..sebut ttg raya, Aidiladha kali nih, Ummi dan Adam beraya kat umah Tok Ayah, Kota Bharu. Baba tak raya bersama Adam, coz dia kena keja tawun nie. Yerla kan, keja Shift Supervisor nie mcm tue la..Raya Pose dah cuti, so Raya Haji turn dia keja lak la.Nak buet mcm mano, trimo jo la ehhh..Cian kat Baba..We miss u so much!!! Raya kat cni tak la meriah mana. Biasa2 saja!!!Sambut secara sederhana jer. Tapi bagi Ummi dan Adam, Aidiladha kali ni agak besh. Adam dapat duk lama umah Tok Ayah sbb time nie kan cuti skolah. Besh woooo, dapat main lama2 ngan Kakak Piqah sama Annas. .(dua2 anak K Long ummi..nakal bukan main dua owang budak tue nak ckp kat smua. Tapi Adam shuker la..ada kawan nak main n gelak2) Adam dah makin lasak skrang nie tau kawan2... Si Comey nie dah pandai panjat tangga..dia punyer shukerla panjat tangga. Stereng dia asyik ke arah tangga jer. Ada sekali tuh sampai jatuh. Meraung la dia..Syakittt.. Tapi, still lagik duk naik turun tangga tue..mmg lasak la anak Ummi nie...nampak jer cam ala2 jambu, tapi lasaknya bleh tahan laaaa..baba ckp tak bleh beli umah yg ada tangga, bahaya nanti ngan keadaan Adam yg tgh lasak tue. Seb baik umah sewa skang x da tangga, so selamat sket la. Tue citer Adam..Skang ummi nak syer citer anak buah Ummi yang dua org tue..Kakak Piqah, almost 4 yrs old dan Anns,1 yr ++. Kakak suker usik adik dia. Diam2, dia cubit Annas..pastu dua2 gaduh. Dia nie banyak ckp. Berceloteh jer keja dia. Tak reti duk diam. Dia jadi cucu kesayangan Tok Ayah & Tok Mek. Coz, dia membesar kat kampung nie. At that time, mama dia sambung belajar. Abah plak keja kat N9. So, manjenya bukan maen lagik ngan kitowang. Annas pulak, suker wat lawak yang menghiburkan hati smue orang. Muka ala2 anak Palestin..hahahaha..tak tau ikut muke sapa. Selalu jadi mangsa Kakak yg nakal tue. Memang gamatlah umah kat kampung nie ngan 3 orang cucu Tok Ayah. Tak sunyi..ada jer citer 3 orang budak tue. Hmmm..tak sah la kan bila update blog mesti ada gambo2 menarik yang ummi nak share ngan kawan2 seme. Jom..layanzzzz jer laaa.. Agaknya sunyi la Adam pas balik Kemaman nanti. Mana taknya, Ummi & Adam kat cni for 3 weeks. Lama kan??? heee..Ummi nak kena settlekan lesen keta ummi yang tertangguh tue..(slama nie naik keta gi skool x da lesen..ahaksss. kantoi. Maaf Pak!!!> Baba lak ada kursus seme. So, better Ummi n Adam kat cni dulu lah. Tak bosan sangat kat cna time Baba g kursus. So, lets enjoyyy this time!!!!LOOOOOONGEST HOLIDAY!!!!

Saturday, November 14, 2009

9 months old..He's growing n growing up..

Salam again... What's up now? Mmmm...tak ada cerita terbaru pun, tapi saja je. Tiba-tiba weekend kali nie umi terlebey2 rajin lak. Dari pas subuh tadi lagi, tak brenti-renti lagik wat itu dan ini.Adam pulak tido lena pagi nih..senang umi nak wat keja. Kalau si cumey ada, jgn harap la bleh wat keja. Biasa la kan mood rajin nih tak selalu datang. So, time datang skali skala nih, umi gunakan la sebaik mungkin. Macam2 umi wat hari ni. Kemas umah, bagi si cumey makan, pas makan nak tido plak,kemas dapur n wat sket new arrangement bagi perabot kat ruang dapur..bab-bab ubah perabot ni memangla umi suka. Baba pun wat pengakuan berani mati ttg hal ni. Balik2 dari keja, perabot umah dah ubah posisi.Surprise!!!!! Then, basuh n jemur baju, lipat baju yg dah lama berkurun kat dlm bilik tue.Akhirnya, berlipat gak la smua baju2 yg berlonggok. HAbit umi, rajin basuh baju, tapi agak malas nak melipatnya, kena cari mood btul2 ok baru bleh lipat..dua bakul skaligus pun bleh habis umi kerjakan. Tengahari umi tak payah masak, pasai Baba keja siang arinie. So, juz layan si cumeyy makan, main n tgk TV..melopong tgk kartun, lebey2 lagi Wonderpet. bising mulut dia duk ikut lagu Wonderpet.. ...'Kami datang, membantu anak kambing dalam kesusahan,kami tak besar, dan kami tak kuat,dengan kerjasama, semua jadi mudah..oooooo..waonderpet'.. Heeeee,umi pun dah hafal la lagu nie. Dah penat main n kekenyangan, si cumee itu tido lagi..zzzzzzz Okeyyy, jom tgk apa perkembangan si cumeyyy Adam setelah usianya mencecah 9 bulan 3 hari>>>>> *Dah boleh duduk dengan kompidennya. Semua aktiviti, samada main, makan dan mandi pun dalam posisi duduk *Mulut makin becok.Antara perkataan yg dah 'butir' or jelas: 'ba-ba-ba'..'na-na-na'(for 'nak', especially time mintak makanan).. *Dah jadi 'hydrofilic'..suka sgt ngan air..pantang lepa, laju jer masuk bilik air *Tengak giat training merangkak.Suka mencuba..Moga cepat2 merangkak dgn lajuuunya.. *Dah pandai bangun sdiri sambil tangan pegang kat kabinet or kerusi.Nak berjalan agaknya tuh.Kaki pun dah rajin bertatih dgn lajunya bila umi dirikan. *Gigi kedua baru tumbuh..semua benda sedap utk digigit..termasukla tangan kaki umi baba..bila umi baba jerit sakit, dia bleh gelak..mmg notti boy!!! *Pandai minum air dari gelas. Berebut ngan baba nak minum air. sifat inkuiri yang tinggi. *takmo makan nasi yg diblend, nak makan nasi biasa jer. Suka kunyah2,jadi umi beli biskut Babybites..dua bungkus skali makan..dashyat tul Adam nie..badan kurus kering jer. *suka main aktiviti yang lasak2..nama pun boy kan. *Ramai lagi yg ingat dia baby gurl..ingatkan masa umur 2-3 bulan dulu jer, tapi sampai skang pun still org cakap dia gurl gak..jambu sgt ker anak aku nih ha..??? 'I'M NOT A GIRL LAAAAAA...' Okies la, Adam dah ngek ngek ajak umi main ngan dia tue. Ataupun dia jeles tgk umi blogging nie..alahai,anak manja buchuk intan payung kuuuuu.. Bubeyyyyyyy...

Friday, November 13, 2009

Mini Holiday at Bukit Gambang City Resort

Salam windu kat smua frenz... Kali nih biar Adam lak yang corat coret kat blog. Asyik2 umi jer kann..kasik can lak la kat Adam nak ekspresi kan story bes kali nih.. Apa yg bes?haaaa..ni la Adam nak citer nih.. Last two days, Umi Baba bawa Adam pi main ayer kat Bukit Gambang City Resort taww. Tempat tu baru lagi beroperasi. Agak dekat aje la ngan umah kami. Umi la yang sugges kitowang gi cna. Nama pun mini holiday kan. Dek kekangan masa,jadi mmg tepat la Umi Baba pilih tempat tu. Jimat pun jimat..heeee Baba ckp dekat jer, tapi 2.5 jam gak la travel. Adam sampai tertido2..bangun dari tdo,tapi tak jugak sampai2. Adam dah x sabar lagi nih nak main air. Nak main puas-puas. Klau kat umah Umi x kasik can nak main air lama2... Sampai-sampai jer kat cna, Baba trus check in kat kaunter. Orang x ramai sgt pasai bukan time holiday season kan...so, last minute bookin bilik pun still bleh dapat. Smentara tunggu Baba check in kat counter, Umi plak cbuk duk capture gambar kiter. 'Cantek kan kusi ni umi..bleh beli letak kat umah kiter ni..Adam suka laaa..' Then kami lepak2 kat bilik sampaila waktu Asar. Bilek cni pun cantek gak. Adam nak selongkar sume barang kat cni..jeng..jeng.. Pas Umi Baba solat Asar, kami turun jenjalan kat swimming pool. Mak ai..canteknya air dia. Biwuuuu..Dah meleleh air liur Adam nih haaa..x sabar dah nieee.. Umi Baba kasik can habesh la tuk Adam kali nih. Sambil main air, sambil posing. Main air x hengat punya la Adam. Tup2 dah kul 6 lebey. Tak puas rasanya main air. Ikutkan hati Adam, nak maen sampai lencun. Nak brendam. Tak per la, sambung esok laks kat waterpark. Malam maseh muda, tapi mata Adam dah mcm kena gam dah niee..penat + ngantuk yang amat sangat. Gud nite Umi..Gyd nite Baba..see u tomorrow...uwarggghhhhh..sleepy beauty.. Esoknya, pagi2 lagi Adam dah bangun taww kengkawan. Tak sabar nak maen air. Malam tadi, siap termimpi-mimpi.Ooooo..bes sungguh!!!! Sebelum tuh, teman Umi Baba sarap lu. Adam jadi pemerhati protokol jer la. Buat muka monyok. Last-last, Umi bagi gak Adam makan roti..Roti pun boley la kan..Roti pun sodapppp..nyum..nyum.. Menu bekfast Baba Menu bekfast Umi Sempat lagi umi snap pix Adam Dalam kul 11 am, kami check out hotel then menuju ker waterpark. After Baba dapatkan tiket, kami pun masukla dalam waterpark dengan prasaan yg teruja. Memang cantek sangat kawan2. Mcm kat disney lak. Memang teruja sgtla. Maklumla ni first time Adam datang kat waterpark. Trus brendam x hengat la kitowang. Bukan Adam jer yang excited. Umi baba pun same. Umi main gelongsor:> Mcm2 budak2 la Umi ni. heeee...Kawan2 tengokla sdiri kecantekkan waterpark nie yer. Cantek kan kawan2????Bes bangat !!!!!! Pixas Adam after touched up by Umi. Thanks Umi cayang!!mmmuahhhh Tq Umi Baba coz bawa Adam datang waterpark nih. Cayang Umi..Cayang Baba.. Memang x leh lupa this experince. Baba dah siap ngan planing for next holiday tuuuu..kat mana agaknya ya?? TUNGGUUUUUUUU******

Sunday, November 8, 2009

....Dis Evening's Activities..

Salam 2 all ikhwah & akhawat semua.. Semacam biasa la..every week umi akan tercongok kat depan labtop nih tuk update blog. Walaupun bleh dikatakan tiap2 ari online, but only this time i got a chance to make some updating this space..bz memanjang.. Rutin harian umi mcm biasa gak la..xder yg luar biasa pun.. bangun pg..around 5.30 am..after solat, kemas umah cket apa2 yg patut. Sakit mata tgk umah berkecah...so, setiap pg menjadi kewajipan tuk kemas umah sblm g skool. then, tepat jam 6.30 am, adam akan bangun setiap ari. waktu nih, umi dah kena siap2..tinggal lg nak pakai tudung. x bleh pakai tudung awal2, nanti adam akan marah kalu lambat kuar umah. dia dah tau skang nih, kalu pakai tudung, mesti nak g jalan2..sama gak bila pegang kunci, mesti dia tau nak bukak pintu..pandai blake dak adam nih.. sharp at 6.50 am, panaskan enjin keta..letak adam kat carseat..anta g umah pengasuh..dia nih pagi2 x banyak songeh..behave jer..bangun pagi je dah bagi senyuman yg termanis tuk umi.. Around 7.20 am, sampai skool..bermula la tugas sbg guru..kuar kelas..masuk kelas.. tapi stat this week, students final exam. so, masuk kelas tuk jg pekse jer..means x penat sgt la tuk this week..but, there are paper exam to be marked..aaaarghhh.. bab nih la yg leceh cket..coz need to think more about their answer..mcm2 jawapan ada..huh..tapi, umi dah berjaya habiskan mark tiga kelas..soklan subjektif..objektif bleh stat esok...Umi join kelas Fardhu Ain lagik arini..ni adalah second class ngan Ustaz Soleh..tajuk minggu ni pasal "Nafsu"..esok ada lagi sambungan topik yg sama. Alhamdulillah, ada gak pengisian rohani kat sekolah ni. Bukan senang nak dapt pluang mcm nih. So, plz don't let da chances go!!! Habes jer skool, 3.00 pm, umi trus balik umah..no mrayap2..coz balik umah kena masak laks..uruskan adam yg semakin nakal.. Adam akan teman n 'tolong' umi masak kat dapur..setiap perbuatan umi dia akan tgk..n tiru..mesti nak wat apa yg umi wat..umi bukak kabinet, dia pun bukak kabinet..umi buka dapur gas, dia tolong umi besarkan api..huhuh..smua nak buatla...segala besen n tupperware kat ats rak, habes di'simpankan' kat bawah..rajin..rajin sungguh anak umi ni.. but petang tadi x sempat masak..we all gi melawat jiran nak berangkat ke tanah suci this thursday..so, g la bertentang mata ngan kak za..lama gak sembang2 ngan dia. kebetulan anak klah anak murid umi..lagi banyak la topik yang nak dibualkan. Adam plak mcm biasa la..umah org dibuatnya mcm umah dia la. Main cna cni. Aktif mcm biasa. Kak Za ckp, tgk air muka Adam dah tau yg dia ni mesti aktif sgt2..ermm..mmg pun kan..x menang tgn umi dbuatnya. Tgh2 sembang,Kak Za request kat umi spy wat kelas tuisyen kat umah. Jiran sebelah umah, Kak Ya pun ada gak cakap benda yg sama kat umi sebelum nih..errmmmm..idea yg bagus gak tuh.. Actually, umi dah wat tuisyen sblum nih tuk anak murid sekolah umi.. tp skejap jer..coz PMR dah habes..Insyallah..umi akan usahakan gak la..kena wat properly cket la kali nih..mana la tau kan..rezeki umi ada kat umah jer..Amin. Sembang punya sembang, dah 6.30 p.m..then we all minta diri dulu ngan tuan umah..nak g jenguk2 pasar malam lak. Cari makan apa yg patut psl baba keja malam nih. Umi pilih menu yg sama ngan baba, mee hoon sup daging..sodap jer gayanya..(perut dah lapar, apa pun sodappp!!!) B4 Maghrib, we all balik umah...baba bersiap2 nak g keja. Umi lak cbuk nguruskan Adam..bagi dia makan, mandikan dia..seb baik dia x meraung bila baba nak g keja. Coz kitorg pancing dia ngan program Indahnya Iman kat Astro Oasis. Selain kartun, tu la rancgn TV yg paling dia suka. Sambil dgr org zikir, mulut dia bising la duk nak ikut skali. Tak berganjak dari depan TV sampaila habes. Baba gi keja pun dia x sedar... Beginila Adam time tgk program Indahnya Iman Masyukkkk Then, habes jer program Indahnya Iman, dia pun stat garu2 kepala..itu tandanya 'Umi, nak tidoooo!!!'..hahaha.. Tak sampai 5 minit umi letak dalam buai, lena trus..skang tgh lena dibuai mimpi kat dalam bilik..tinggalla umi sowang2..xda teman..baba pun xda kol lagik..cbuk agaknya. Blog ni la teman umi. huhuhuhu.. Lets layan2 halwa mata tuk ikhwah & akhawat semua..layanzzzzz Sekian..Ummu Adam melaporkan...Salam

Saturday, October 31, 2009

Cheerish Memories

Salam all.. Alhamdulillah, dapat gak mencoret2 dlm blog ni..bukan apa, selain dari ke'bz'an yg sedia ada, actually umi baru dr sakit mata aritu..seminggu gak la baru ok..pas baik dari sakit mata, demam selsema pulak dah...mmmm, nak wat mcm mana kan..dahnya rezeki..sakit pun sakit la.. Seminggu berkampung kat umah, seb baik baba mmg off sepanjang umi MC..so, xda la boring sgt. Bleh gak dia tgk2 kan Adam. U all nak tau, wpun umi ni sakit mata, tp rajin gak la mengukur jalan ke bandar soping2 apa yg patut. Bleh dikatakan tiap2 ari gak la ulang alik ke bandar tuh..sendiri pun naik heran, pada hal x da beli paper pun. Barang yg diborong pun hanya pampers, susu n makanan Adam jer..then ada la cket barang2 dapur n kudap-kudap umi..baba pulak baik jer melayan itu n ini umi..mandikan Adam, tidokan Adam..pendek kata kalu Baba ada kat umah, Adam duk melekat kat dia la..umi tabik sama baba..baba mmg bagus la..Cayang baba!!! Tapi satu jer tugasan yg umi x kasi can kat baba..yaitu bab masak-memasak. Yang nih umi wajib buat..walaupun sakit, tapi umi tetap gagahkan diri gak masuk dapur.. Hari ni pagi2 lg Baba g pasar beli sayur-mayur, daging n ikan bawal..pening gak la nak masak apa..then surf tenet tgk2 apa resepi yg besh..hmmm..bawak masak stim pun bagus gak..Ini dia hasil air tangan umi..Baba cakap sedap..mcm kat restoran rasanya..heeee..(perasan lak umi) Nampak cam sedapppp..hehehehe Adam pulak, sehari dua nih asyik nak berkepit ngan org jer..nak manja2 slalu..dah pandai nak main air lak tuh. Pantang lepa sekejap, tup-tup dah ada kat depan bilik air..Skang dah x mandi meniarap lagik, psl baba dah belikan tab mandi tuk Adam. Beli masa g kuantan Last week..Skang nih, kalu mandi mesti kena brendam n main air dekat setengah jam dulu baru bleh kuar bilik air..kalu x, meraung la dia x puas main air..nakal tul anak umi nih!!!tuh yang selalu kena gigit ngan umi..hahahaaha Mmg x habes kalu nak berceloteh pasal anak ni kan..mcm2 ragam dia. Umi ada sesuatu yg menarik tuk dikongsikan ngan kawan2..umi ada beli tafsir Quran beserta Asbabun Nuzul..kira agak bagus gak la Tafsir mcm ni, coz kita bleh tau knp ayat2 Quran diturunkan. Saja umi beli, pasal Baba dah lama duk cari Tafsir yg ada Asbabun Nuzul nih, tuk wat rujukan usrah dia..sambil2 tuh umi pun bleh gak guna tuk sesi usrah umi kat sekolah..Umi tringin nak belajar Tarannum..tp x tau nak stat dari mana n ngan sapa..kena join kelas agaknya kan??mmm..ada rezeki lbh bleh gak la nak belajar..(cita2 nih..hheeee) Ini dia rupa cover depan Tafsir umi. Bagus, lengkap,mantap, padat n translation per patah perkataan. bleh balajar bahasa Arab skali..3 IN 1 eh, panjang lebar umi bercerita..lari tajuk daaa..sebenarnya umi nak cerita psl Album Adam yg baru jer umi siapkan..apa daaaa.. Album Adam nih umi simpan gambar2 Adam, termasukla copy scan dr usia kandungan 3 bulan sampai 9 bulan..ada gak yg umi scan 3D..sampai la koleksi pixas Adam yg terbaru..banyak gila..penuh satu album..seronok sgt coz dah lama umi n baba rancang nak g print gambar2 Adam tuh..tapi asyik tergendala jer..baru minggu ni umi sempat kuar ngan baba cuci gambar2 tuh..kami namakan Album tuh sbg 'CHEERISH MEMORIES OF ADAM'..nanti bila dia besar bleh la dia tgk ragam2 dia yg 'nakal' masa kecik...

Saturday, October 24, 2009

MC 4 2morrow and next 2morrow..

Salam.. Tadi g klinik, umi sakit mata lak..doktor kasik cuti 2 ari. Rasa hepi coz dpt main ngan Adam lagi.. Rasa x hepi coz x dpt jumpa my notti students at skool.. tak perla, lagipun Science silibus 4 all forms dah abes. Cuma perlu ulangkaji lagi sebelum Final Exam next month.. Weekend nih takder aktiviti luar pun pasal baba keja malam..walaupun siang dia ada, but separuh hari dia spend tuk tdo..penat keja malam nih mengalahkan keja siang wpun nampak cam x bz kan..x sempat pun nak gi Apa Khabar Orang Kampung kat Pantai Telok Kalong.. So, umi wat indoor aktiviti jer la..kemas umah yang agak 'berkecah' ngan mainan my hero..then ubah cket position furniture kat ruang tamu..cuci toilet n bahagian dapur..then sapu kat luar umah..penat..tp berbaloi..suka tgk umah kemas n bersih..puas ati ku!!! Minggu lepas we all went 4 a breakfast around Chukai Town..bes sgt Umi Baba dapt makan ngan aman..Adam x kacau kami makan lagi..Umi letak Adam kat bb chair..dia asyik la duk main..macam2 ragam dia wat semua org ka ctu perhatikan dia..ngan mulut becok nya..siap ada mcm2 bunyi lagik..

Thursday, October 15, 2009

Sweetheart umi n baba dah becau..dah 8 bulan usianya

Aktiviti Adam di staffroom. His face full of smiles.
Every seconds, every minutes, every hours,with everybodies Salam all, Dah lewat malam sebenarnya..11 pm already..but i'm still do not feel sleepy. Ini la waktunya tuk umi coret2 apa yg patut..tambahan plak, esok cuti..best dpt cuti pjg weekend ni.. Adam plak dari 7.30 pm td lagi tdo. Kebiasaannya sampai pg la dia akan tdo. Every one to two hour, he will have his milk..gtu la dia tiap2 malam. Jarang2 sgt dia akan tdo lewat. Itupun masa baba ada, asyik main jerla dia..tak ingat waktu tdo.. Today, Adam is eight months old already. Banyak perkembangan terbaru yang umi perhatikan pada Adam. Antaranya dia dah tumbuh gigi..baru nak 'pecah gusi'..sebatang. And one more thing dia dah bleh duduk tanpa sokongan lain..but still need to look after him..takut terbalik ke belakang..maklumla baru lagi dia dpt kemahiran ni. Makan pun makin byk..4 kali sehari, setiap hidangan 4-5 sudu nestum. Suka umi tgk when he got his appetite. He need a lot of energy coz he's really energetic everyday. Badan pun x sempat nak gemuk mcm bb lain.. Slim je..ikut umi kut..kurus sepanjang masa..ahahah..:) Actually, dah seminggu Adam ikut umi g sekolah..why??? His babysiter sakit mata..x sembuh2 lagi..then, terpaksa la umi bawa adam g sekolah. At first, umi ragu2 gak nak bawa Adam, takut dia meragam..but then, sangkaan umi meleset sama skali, Adam begitu convenience ngan keadaan di sekolah..x menangis sket pun sepanjang ada kat cna...semua kawan2 umi pun heran tgk Adam yg begitu baik n hepi jer wpun this is his first time see those guys at school..anak2 murid umi pun tumpang skaki la main ngan Adam... Adam plak nampak hepi sgt jumpa ramai org. Asyik senyum jer..sampaikan Pengetua says ' Baiknya dia..xyahla tinggal kat pengasuh..bw dtg sek jer tiap2 ari.' Terkesima gakla umi dgr Pengetua ckp mcm tuh.. Dan nama Adam jadi sebutan la kt sekolah umi..sket2 Adam..dari engetua sampaila kpd makcik tukang sapu, smua dah melekat ngan Adam..everybody will miss him after this.. Macam2 komen ttg Adam..n semuanya baik2 blaka..lets see people says about Adam: 'baiknya dia..x meragam pun' 'geramnya tgk Adam..cam nak gigit2' 'ish2..baik sungguh budak nih, senang nak jg..' 'Adam jd anak angkat mami la yer..' 'cerdiknya muka dia..mcm org besar..' 'eeii, hensemnya dia..besar2 nanti mesti macho..' 'acik cup adam jd menantu la yer..' Tu la antara komen2 yg sempat umi tangkap kat otak nih..banyak yg dah luper laa..x kesahla what people say about u, umi still love u ever..n forever..mmmuaahhh.. Adam pun dah dapat mak angkat. sepanjang sminggu kat sekolah, mak angkat dia tu la tuk dukung, layan main, tidokan dia n basuhkan poo poo dia skali..sayang btul dia kat Adam..heee Dah jadi feveret ramai la anak umi ni.. Thank 2 all my friends:izzah, ain, haslina, raihan.. coz sudi jg n tgk2 kan Adam when i'd got class.. Dah dekat 12 mlm..umi pun dah ngantuk nih..so, tutup tirai dulu tuk malam ni..see u guys next timee..jom tidoooooo.. Genap usia 8 bulan
Anak umi sayang dah pandai duduk sendiri. x payah umi pegang2 lagik.
Lepas nih Baba bleh beli bath tub la tuk Adam.Bleh main air puas2.
yihaaaaa!!!####