Hitam Putih Kehidupanku

Hitam Putih Kehidupanku

AdikBijak.com

AdikBijak.com
Pendidikan Awal Si Manja anda bermula di sini!

Sunday, August 1, 2010

Hanya 9 minggu Allah pinjamkan dia dalam rahimku..

Salam teman semua..


Hanya 9 minggu aku merasai nikmat itu...
Ada nyawa di dalam rahimku.Hati sangat2lah gembira saat mengetahui ia wujud dalam hidup kami.Bermacam-macam impian menunggu 9 bulan..
Namun,Allah punya kuasa..bukan 9 bulan..tapi hanya 9 minggu.Tersangat-sangat pilu hati ini.

Khamis,29 Julai 2010..
Pagi itu,kami ke Kuantan Specialist Hospital untuk 2nd appointment ngan  my gynae,Dr.Suraya.Dan sehingga ke hari itu,masih lagi alami bleeding sperti hari-hari yg sebelomnya.Tiada apa-apa perasaan pelik dan meragukan,cuma ada sedikit rasa semacam senggugut diperut.

Dan bila doktor scan...aku nampak janinku..'Alhamdulillah,dah makin besar dari yg last check up..'lega sangat2 masa tu..
Tapi,bila doktor bagitau heartbeat senyap jer..seakan2 jantung aku turut berhenti.Otak jadi blank sekejap.Tak ada perasaan tika itu.Dan bila doktor sudah sahkan,tersangat2 sayu aku rasakan.TAk menangis..dan tiada air mata yang mengalir.Aku pon tidak tahu apa yang aku pikirkan saat itu...BLANK


Then,nurse panggil suamiku masuk..khabarkan berita sedih itu.Kami redha dan pasrah.Allah dah tentukan segalanya buat kami.Doktor syorkan aku buat D&C,prosedur utk keluarkan janin tersebut.
Selepas discuss dan berfikir,kami setuju buat prosedur tersebut.Risau jugak kalau nak tunggu janin kuar sendiri,krn banyak juga kemungkinan yang -ve akan berlaku.Satunya,mungkin akan ambil masa yg lama dan keluar sikit-sikit.Akan menyebabkan bleeding yang banyak,and the worst case,ada serpihan-serpihan daging yang tertinggal dlm rahim dan boleh sebabkan jangkitan kuman pada rahim.

Keduanya,risau kiranya berlaku bleeding time suamiku kerja malam.Susah pulak nak ke hospital seme.Tak da sape nak uruskan aku dan Adam bila suami takda.Walopon ada sepupu kat cni,aku sebolehnya xnak la susahkan dia time tengah2 malam kan,lagi pulak dia pun ada anak kecik.Jiran-jiran pulak,memandangkan aku baruje  pindah cni dan blom lagi btol2 kenal ngan mereka,so susah sketlah nak mintak tolong kan.
JAdi,supaya tidak menimbulkan lebih banyak masalah,kami decide tuk buat petang tu jugak.

Dalam kol 3 ptg,aku admit ward dan dibawa ke Operation Room.Nebes habesla masa tu,maklumlah first time masuk dlm Operation Room.huhhhhhhh..gedebak gedebuk je dada aku masa tu.
Lepas siap smua prosedur tuk operation..aku diberi ubat bius.Dua-tiga kali sedut jer..tros aku lalalalalallalalllaaa..tak sedarkan diri.
Sedar-sedar balik je,bila aku termuntah (kesan ubat bius).Rasa sedikit pening-pening dan lemah.PAs rehat dekat 2 jam,aku pon dah rasa sehat sket..dah boleh makan dan minum tampa muntah..tros discharge ward.
(terpakse discharge cepat2 coz Adam dah mula mengaktifkan diri..habes satu hospital tu dia round,mengalahkan doktor.Seperti biasalah,dia beramah mesra nga semua orang yg ada kt situ..tak kiralah,nurse ke..pak cik2 ke..budak2 ke..seme dia tegur..aihhhhh,memang dasar budak mesra alam tak takut orang btollah..sian tgk Baba dia terkejar2kan dia ke cna ke mari.)


Pas maghrib baru dapat balik coz menunggukan bil.Lame giler nunggukan bil tu,dari 5 pm till 730 pm.huhhhhh..menapak kat spital sehari suntuk.Penat sakit lagi..penat menunggu lagi..penat melayankan karenah budak mesra alam lagi..

Bila dipikir-pikirkan semula..macam bermimpi jer.Tak sangka,aku alami keadaan ini.Sedih memang sedih..tapi kami terimalah takdir Allah swt ni.Mungkin ada hikmah atas kejadian ini.Apa yang kita nak,x semestinya kita dapat..Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat hamba Nya.Rancangan Allah itu adalah lebih baik dari apa yang kita rancangkan.Iman kami diuji lagi sekali...

***Kena berpantang seminggu dua ni.Makan ubat macam orang pas bersalin gak.Bab-bab makan,kena berpantang jugaklah like ais dan benda-benda bisa yang lain.Cume yg bezanya,aku berpantang sendiri je kali ni.TAk pat balik kampung.Memula tu mmg dah plan nak balik hari ni sama ngan my parent,tp last2 minute lawyer kol bitau,kena tandatangan surat pindah milik umah this week.So,cancel balik kampung...huhuhuuhu..harapnya berjayalah train diri sendiri..gud laq to my self!!!!!!Caiyyyokkkkk!!!

No comments: