Mesti kita semua penah dengar kenyataan ini,
"Fitrah kejadian manusia,semua manusia dijadikan dengan naluri baik"
Kenyataan ini memang benar,dan saya menulis ni bukan mau menafikannya..tetapi sebaliknya.
Sejak ada anak ni,semua benda yang dilakukannya,saya perhatikan..
Jikalau kita perhatikan anak-anak kecil ni,bila dia menangis atau meragam..dan kita dengarkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran or zikir,mesti dia senyap kan???Maknanya,memang roh mereka ni perlukan unsur-unsur yang baik untuk membesar.
Perkara yang sama jugak berlaku pada Adam.Rancangan feveret dia adalah Indahnya Iman@Oasis.Tiap-tiap waktu solat,biasanya saya akan tukar channel 106.Bila dengar je alunan zikir,terus dia tercongok depan TV sampailah habis rancangan tu.Memang dia akan fokus..lihat dan dengar.Kebiasaannya,kalau tengok rancangan kartun,5 min pertamanya fokus,pastu ntah ke mana-mana dia pergi.Nampak sangat bezanya kan???
Sama jugak kesnya kalau dalam kereta.Specially bila travel jauh,like balik kampung.Mula-mula tuh dia eksaited lah tengok lori seme.Bila dah lama sket mula lah nak mengganas kebosanan.Terus pasangkan dia CD zikir..senyap tros,tak jadi nak melasak lagi dah.DAh tuh,siap angguk kepala lagi,meratib same..
***Anak-anak anda sume pon,mesti macam tu jugak kan???
Dari situlah,saya dapat detect..pendekatan yang kita sebagai ibu bapa gunakan.Refer balik pada fitrah kejadian,semua manusia baik ketika dilahirkan.Yang menentukan corak hidup anak tu nanti adalah kita sebagai pelukisnya.Jika baik lakaran kita,maka cantiklah corak yang terbentuk.
Namun,doa dan usaha perlu diseiringkan,kerana Allah SWT telah tentukan semuanya..tapi sebagai ibubapa,kita semestinya mahu menjadikan anak kita sebagai zuriat yang soleh solehah.Jadi,kita lah yang perlu pilih jalan terbaik buat permata hati tercinta.
3 comments:
sama ngan qies sukeeeeeee sgt dengar zikir kat 106 tuuu...sejuk je hati tgk dia :)
budak2 mmg mcm tuh kan kak..jiwa dia bersih..suci..
sbb tu air muka diorang sentiasa comel jer kan..
Interesting rread
Post a Comment