Hitam Putih Kehidupanku

Hitam Putih Kehidupanku

AdikBijak.com

AdikBijak.com
Pendidikan Awal Si Manja anda bermula di sini!

Sunday, July 18, 2010

Impian dan harapan kami seterusnya..

Hidup ini mestilah ada planning atau rancangan untuk jangkamasa panjang.Planning penting supaya kita nampak apa matlamat hidup kita,bagaimana kita mahu mencapai matlamat,bagaimana kita mahu menguruskan sebarang masalah yang datang serta bila kita target utk capai matlamat tersebut..


Dan saya percaya hampir semua daripada kita punya planning tersendiri..
Tak kiralah family planning ker atau finance planning ker..yang penting ada 'PLANNING'..


Bercakap tentang planning ni,hampir semua planning saya bersama suami mencapai sasaran,100% berjaya.
Alhamdulillah..Allah permudahkan segalanya..
Selepas berhenti kerja setahun yang lepas,kami semak balik dan kemas kini planning kami tahun yang sebelumnya.Banyaklah perubahan yang terpaksa kami buat..almaklumlah,bila saya dah berenti keja,kewangan hanya bergantung pada suami aje lah.So,kena buat byk pengubahsuaian.
***Hidup ni kena banyak pilih jalan..supaya perjalanan kita lebih mudah dan cepat sampai ke destinasi.


Macam-macamlah yang kami planning..antaranya family planning.Alhamdulillah,hajat dan impian kami utk dapatkan adik bagi Adam dimakbulkan Allah.Kalau diikutkan tarikh lahir bakal adik Adam ni Mac 2011..btol2 bila usia Adam dah masuk 2 tahun.Insyallah...


Dan impian yang keduanya,impian punya rumah sendiri.Syukur,semua urusan dari jual beli hingga ke renovation telah hampir selesai.Insyallah,jika tiada aral melintang,we will move to Our Home Sweet Home by next week.Barang-barang pon dah angkut sebahagian.Tinggal lagi perabot,akan diangkut ngan lori.Memang x sabar nak duduk rumah sendiri.Walopon hanya sederhana,tapi itulah tempat yang bakal menyaksikan suka dan duka hidup kami sekeluarga.
***nanti bila dah siap hias cantik-cantik,saya uploadkan gambo umah kami yer..


Dalam masa yang sama,masih ada juga impian yang belum tertunai, iaitu pekerjaan.Dah lama mencari2 kerja yang sesuai,tapi belum ketemu ni!!!!hahahahhhaha..
Ntah bila masanya nak dpt kerja baru..mungkin kah ada peluang utk bekerja semula..atau akan terus menjadi surirumah.Hurmmm..dua-dua pon tak mengape.Kalo ada rezeki,kerja..kalo xda pon,i'm happy wif my life now..


Dan impian yang paling besar dalam hidup kami sekarang adalah mahu menunaikan Rukun Islam yang ke-5.Ingin sekali jejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.Inilah yang akan jadi matlamat utama kami sekarang.Dan jika diizinkan Allah,nak pergi sekali ngan orang tua kami.Kena usaha kuat,penuhkan Tabung Haji.
Moga-moga,seusia hidup di dunia ini,dapatlah ke cna.
***Sayu..


Walo apa pun,saya sentiasa ingat akan ayat ini;
'Manusia merancang..Allah jua merancang.Tetapi rancangan Allah itu adalah yang terbaik'


Apa jua yang Allah tetapkan itu adalah yang paling baik buat kami,samada baik atau buruk..terima dgn hati yang redha.

No comments: