Hitam Putih Kehidupanku

Hitam Putih Kehidupanku

AdikBijak.com

AdikBijak.com
Pendidikan Awal Si Manja anda bermula di sini!

Sunday, October 3, 2010

Sesiapa pon akan melakukan pengorbanan dlm hidup,cuma bentuknya mungkin berlainan

Salam,


Sudah menjadi asam garam kehidupan,sebati dengan pengorbanan.Setiap dari kita tidak terlepas dari melaluinya.Yang berbeza hanya bentuk pengorbanan itu sahaja.


Begitu juga aku,walopon semua yang telah aku lalui sudah lama berlalu tapi seakan semalam semuanya terjadi.Tidak mudah dan tidak kecil pengorbanan yang aku harus lakukan.Meninggalkan hasil usaha ku setelah bergelar graduan,menolak ke tepi impian dan cita ku selama ini.Bukan mudah utk membuat keputusan itu.Resign dari kerja yang agak bagus pada hemat aku.


Namun,apakan daya demi komitmen serta tanggungjawab yang tidak berbelah bahagi kepada insan-insan kesayangan,kugagahkan jua utk harungi rintangan yang mendatang.




Demi kamu berdua,aku senekad ini.

Biarlah apa jua pengorbanan yang kita lakukan,pastikan ia berlandaskan kepada suatu pegangan yang betul,atau lebih tepat lagi berlandaskan agama.Kerana sesuatu yang berpaksikan agama sahaja yang boleh menuntun kita ke arah membuat keputusan yang betul.
Yakinlah pada Janji Allah.Setiap yang berpaksikan pada Nya,Insyallah adalah yang paling+terbaik buat kita.

Jika berpandukan akal sahaja,kekadang kita akan terbabas oleh desakan hati kerana hati itu terlalu rapat dengan nafsu.

Semoga segala pengorbanan yang aku lakukan ini akan memberikan sesuatu yang indah dlm hidup aku.Kerana aku yakin,Janji Allah itu pastikan akan datang bila tiba saat+waktu nya.
Tak perlu aku menyesal,tak perlu jua aku sangsi dan ragu kerana semuanya datang dari Allah.Dia yang punya kuasa atas setiap makhluk ciptaanNya.









No comments: