Salam semua?
Rindu bangat pada belog ku ini,rindu juga mau membaca kisah2 terbaru kawan-kawan.Namun apa kan daya masa sgt terbatas dek kesibukan di rumah ni.Ini pon baru dapat ruang utk menepek cerita terbaru.*Sangat bz ini orang*
Okeh,now nak citer psl openhouse@kenduri kesyukuran yang kami buat Sabtu lepas.Huh,sangat penat ok bila handle majlis makan-makan macam ni.Tak menang tangan,nak layan tetamu lagi,nak tengok lauk lagi kut-kut kena tambah,nak melayan si anak teruna yang aktif bagai lipas kudung lagi.Hohohhooooo..penat siut!!!Seb baik my MIL datang membantu,sikit sebanyak dapat gaklah meringankan kerja.Tenkiu Mak :))
Kalo nak buat majlis macam ni lagi kena tambah 3 pasang tangan dan 3 pasang kaki lagi lah baru boleh melayan tetamu dgn first class.Baru seronok kan.
Untuk majlis makan-makan tu,ai masak soto sebagai menu utama dan juga nasi dagang yang hanya mampu ditempah.*tidak cukup kaki dan tangan*
This is my first time bikin soto,yerlah soto ni makanan belah selatan so jarang-jarang dijumpai di sebelah pantai timur ni.Saje jer nak buat sedikit kelainan sambil mengembangkan lagi bakat memasak yang suam-suam air ni.heeee
Dan sebagai pemanis ai buat Puding agar-agar jagung dan karamel gula hangus manakala air sirap sebagai pembasah tekak.
Dan utk kanak-kanak pula kami sediakan buah tangan berupa snek+jeli.
Kunjungan tetamu yang amat ramai adalah diluar jangkaan ai+Incik Suami.Secara kasarnya jumlah tetamu yang datang dalam 200 orang kot.Walopon kami hanya bajet dalam +/- 100 orang jer yang hadir.Sangat terkejut bila orang berpusu-pusu datang memenuhi rumah kami.
MAjlis mula jam 2 petang,dimulakan dengan solat hajat dan tahlil yang dilakukan oleh jemputan dari Sekolah Tahfiz Bukit Takal.Dan selepas tu,bermulalah majlis makan-makan.
Seawal jam 3.30 petang semua soto ku sudah habis!Laku btol!
Satu periuk besar,3 ekor ayam licin!Kesian kat tetamu yang terkemudian,x pat lah nak merasa soto.huhuhuhuhu..*terkilan gaklah rasanya*
Sangat meriah our first open house.Puas hati,sangat2 puas hati.Seronok dapat jumpa dan kenal ramai kawan ofis Incik Suami dan juga jiran tetangga.Kawan-kawan se 'kapal' masa kat UTM dulu pon ade gak yang datang..Kak Aisyah&Suami,Ajib dan Fazriq.
Terima kasih semua kerana sudi datang memeriahkan lagi majlis kami.Insyallah tahun depan jangan segan-segan datang lagi yer!
*jika diberi keizinan oleh Allah,nak buat kenduri doa selamat ulangtahun ke-2 my big boy plak next year.His first ulangtahun tak bersambut coz Baba tgh sibuk shutdown,so hopefully next year Baba free lah tanggal 14 Februari nanti*
Tapi sesuatu yang amat kami kesali semasa majlis berlangsung.Satu keping gamba pon x sempat nak ambik sebagai kenang-kenangan.Kamera pon x sempat nak pegang coz terlalu sibuk time tuh.Sedih sangat,kalo tak dapatlah tepek kat sini sekeping dua.huhuhuhuhu
2 comments:
takpe, katanya busy... jadi mmg fhm dan dpt imagine situasi masa tu, mmg tak mng tangan, pe taknya selaku tetamu yg asyik mkn ni pun tak dan nak bergambar. haaaa...
itulah..memang x menang tangan..next time kena tambah ahli dapur lah,baru tuan umah dpt beramah mesra+bergambo segala kan..kan..kan..
Post a Comment