Hitam Putih Kehidupanku

Hitam Putih Kehidupanku

AdikBijak.com

AdikBijak.com
Pendidikan Awal Si Manja anda bermula di sini!

Wednesday, September 1, 2010

Resepi Almond London Femes de Amos!



Salam,

Seperti yang Ummi dah janjikan petang tadi,nak share resepi Almond London Femes de Amos..
[tak menahan buh nama tuh..hahahhahhaaa]
Dan seperti selalunya jugalah,Ummi cilok resepi ni dari myresepi.com
Sangat ok resepi ni.Juz follow betul2 sukatan bahan dia,kompem menjadi!
Ummi yang buta buat cookies ni pon boleh buat ngan jayanya.Terima kasih kpd tuan punya resepi ini,iaitu Nizamadey kerana berkongsi resepi yang memang terbaek ini!


Bahan-bahan ( +/- 150 biji )

250 gm mentega

125 gm gula halus

  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung
  • 300 gm tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat masakan

Cara-cara

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang

  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.

  3. Masukkan serbuk badam, kacau

  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi

  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh

  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.

  7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega

  8. Bakar pada suhu 180'c.d selama 20 minit

  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"

  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan

  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.

Almond London Femes de Amos ku



Paper cup tu main hentam je ape yang ade..
kalo guna yang warna hitam tu nampak lagi mewah,
hitam itu menawan!

5 comments:

Pinky Pixie said...

woah, shanteknya kueh akk.. hehe.. sy blom sy buat lg taw..

Masrina Alim said...

ni first time tau akak buat..seb baik menjadi..kalo x,ke longkang lah jwb nyer..heee

I j a said...

Cam tringin nak buat.sedappnyee

Masrina Alim said...

bolehla ija cuba resepi yg saya bagi ni..mmg jadik..ija ikut je sukatan dia yg betol..Insyallah xda mslh..selamat mencuba yer ija!

.::NiK's WiFeY n MoMmY::. said...

rajin nya mas..dedicated nak buat biskut nih..jeles lin!hehehe