Salam sayang..
Hari ni nak kongsi new recipes yg sgt bes and very delicious tau.Rugi tak cuba.Kedua2 resipi ni i dapat dari my peberet page
www.resipi4u.com dan
www.resipi.mesra.net .Bila dah ketandusan idea nak masak,i mesti klik page ni tuk dapatkan resepi2 baru.Canggih uuuu..ngeheeee:P
Meh kita tgk menu yg bes tu.
{jgn ada yg meleleh air liur yer marbeles dishes ni.Sesape yg pose sunat ke hape tu,pejam mata yer sambil tangan skrol tru kat bawah.Baca resipinya aje.Gambo tu jgn tgk Kurus pose tu kang! ;)}
[Resepi masakan udang dari Sepanyol
](4 hidangan)
Bahan-bahan:
4 sudu makan minyak zaitun
2-3 ulas bawang putih,cincang halus
1 biji cili merah, buang biji dan cincang
16 udang besar – dikukus/rebus
1 sudu makan daun parsley cincang
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Cara penyediaan:
Panaskan minyak zaitun dalam kuali atas api sederhana panas.Tumis bawang putih dan cili selama seminit atau sehingga warna bawang putih bertukar perang.Masukkan udang dan goreng selama 3-4 minit, Gaul sehingga rata dan masak.Masukkan daun parsley cincang dan tutup api.
Ayam Bersos Tiram & Cili Kering
Bahan-Bahan:
½ ekor ayam
3 inci halia - seelok-eloknya halia muda
2 biji bawang putih ( di hiris bulat)
1 biji bawang besar ( di hiris bulat)
8-10 tangkai cili kering ( di potong 2 inci)
3 sudu besar sos tiramSedikit daun bawang
Sedikit garam dan serbuk perasa
Sedikit minyak Sedikit air
Sedikit tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
Cara:
Ayam di potong kecil-kecil. Basuh bersih ayam tersebut dan lumurkan sedikit sahaja garam. Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut selama 10 minit (agak-agak masak). Kemudian tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih (dengan minyak yg sedikit). Bila agak garing masukkan ayam tadi bersama-sama sos tiram dan cili kering. Kacau dengan api yang perlahan. Masukkan garam (agak-agak kerana sos tiram dan ayam tersebut telah masin) , serbuk perasa dan bancuhan tepung jagung tadi. Bolehlah di angkat dan taburkan daun bawang tadi.
SELAMAT MENCUBA!!!
No comments:
Post a Comment