Hitam Putih Kehidupanku

Hitam Putih Kehidupanku

AdikBijak.com

AdikBijak.com
Pendidikan Awal Si Manja anda bermula di sini!

Friday, April 23, 2010

Cara-Cara Mendidik Anak utk Melahirkan Anak yang Pintar

Salam semua.. Apa kabar semuanya kawan2 blogging i yer? Sori sbb asyik tenggelam timbul aje kan.Tak selalu dapat peluang mengadap lappy dan melayan blog dan FB.Sibuk ngan aktiviti rutin harian.Lagi pulak,anak teruna i tu makin lasak dan asek nak manja2 je.Kekadang boleh dia main sorang2,kekadang tu pulak asek nak berkepit minta dilayan dia nak main.Bila dia tengok i mengadap lappy nie,{mcm sekarang,tros la tarik2 ajak main}tak dapet la den nak nolong nye aihh..tros buat amukan casablanca! {adam jeles sebenarnya kan tgk Ummi layan blog or FB???nak rebut lappy la tue!memang x bagi pluang langsung kat Ummi kan..cubit pipi tu kang!..} Actually,i nak share satu topik menarik buat ibu2,bapak2 sekalian. "Tips2 Untuk Melahirkan Anak YAng Pintar". {I percaya semua ibu2 n bapa2 di luar sana tu punya cita2 dan impian yang bermacam2 utk permata hati mereka.Tetapi adakah kita sudah punyai ilmu yg mantap utk mencorak anak2 kita itu?Adakah kita sudah punya strategi jangkamasa panjang utk mendidik mereka?Kerana,saya percaya bahawasanya proses mendidik dan membina seoraang insan ni bukanla sesuatu yg mudah dan boleh diambil ringan.Dengan keadaan dunia sekarang,keruntuhan moral dan akhlak remaja kita btol2 membuatkan saya dan hubby begitu takut utk membiarkan permata hati kami membesar tanpa bimbingan.Takut sekiranya kami gagal membentuk dirinya.Tambahan pula,ini permata sulung kami,seharusnya menjadi contoh dan pembimbing kpd adik2nya kelak.Takut n bimbang,krn dosa pahala amalan setiap individu dlm keturunan kita akn kita pikul bersama di akhirat kelak..Nauzubillahiminzaalik..Sesungguhnya azab neraka itu sgt pedih..} So,pada entry kali nie i nak share la sedikit sebanyak ilmu yang i dpt dari rancangan "Semanis Kurma" bersama Ustazah Bahiyyah malam tadi.Amat2 menarik tips yg diberi oleh tetamu jemputannya iaitu Adik Muhammad n parentnya. {u all kenal tak?Ala,sesape yg rajin tonton rancangan Indahnya Iman dan Mari Bertarannum kat OASIS,mesti kenal adik ni..Adam suka sgt ngan rancangan2 tu.Dia mmg menunjukkan minat yg agak berbeza pd rancgn yg ada zikir2,org mengaji,azan..i pon tak tau knp.mcm paham2 jer la bila tgk rancangn tu seme.kushyuk kemain lagi.compare ngan kartun,5 min pertama jer concentrate..pastu ntah ke mana2 dia pegi.Paper pon,dlm hati ni syukur sgt la jika sudah ada benda2 baik mcm tu dlm jiwa dia.Moga2 sampai ke besar la,senang kami nak bentuk dia nanti..:))) } i btol2 kagum ngan adik Muhammad nie.Air muka dia tenang jer,asek tersenyum.Baik sungguh!Suara dia btol2 lunak n bercahay bila mengaji.PAndai bertarannum pulak tue.Sejuk perut ibunya yg mengandung agaknya.FYI,adik Muhammad ni khatam hafaz 30 juzuk Al-Quran masa umur 10 tahun lagi.3 tahun je amik masa nak hafaz semua ayat2 Quran tu.MasyaAllah..hebatnya!!!Kalu kita la kan..bertahun2,sampai habes nyawa pon blom tentu lagi berjaya buat mcm tu. {Timbul keinsafan di situ.Alangkah indahnya jika diri ini juga punya peluang sptnya..} Okeh,mari baca tips2 dan amalan2 yang berjaya dilakukan oleh insan cemerlang ini? 1}Dari kecik,tak penah didedahkan dgn cartoon.. 2}Semasa mengandung,ibu amalkan baca ayat2 Al-Quran.Bercakap perkara2 yg baik2..Contoh terbaik itu datangnya dari kita sbg parent selaku insan terdekat dgn anak2 3}Bapa mesti tegas dan sedikit garang dlm mendidik anak2..ibu juga perlu tegas tetapi masih ada belaian kasih sayang 4}bila memarahi anak,jgn guna perkataan kasar atau mencarut..jelaskan pada anak knp kita memarahi mereka 5}jangan beri gelaran kepada anak..panggil dgn nama mereka. 6}jangan guna perkataan nakal or notti or buas or yg sewaktu dgnnya..krn kata2 ibu itu adalah suatu doa buat anak2 wpun dlm keadaan bergurau.Seeloknya guna perkataan yg lebih baik spt aktif bagi menggantikan perkataan nakal itu. 7}dedahkan anak2 kpd masjid seawal usia 3-4 tahun spy jiwa mrk terdidik dari awal Itulah antara tips2 yg dapat i catched up dari rancangan malam tadi.Semoga kita semua berjaya mendidik anak2 yg bersih roh nya,kerana pintar akal fikiran sahaja tidak mencukupi utk menghadapi hidup yg penuh dugaan ini.Bersih rohnya,maka akn lahirlah kepintarannya..INSYALLAH ****Entry ini bukan utk kongsi shj,juga sbg peringatan kpd diri sendiri.Semoga ilmu yg bemanfaat ini dpt mencetus minda kita utk melahirkan anak2 yg soleh solehah.Ameeen..****

No comments: