Saturday, February 13, 2010
Pesanan Ummi+Baba untuk Adam Khalish
Yeayyyy..yeayyyy...
Today is Adam's birtday..
One more precious moment to be remembered in my life..
Happy burfday to u..
Happy burfday to u..
happy burfday to Adam..
Happy burfday to u..
You are my Love,
You are my Apple of Eye,
You are my Soul,
You are my Everything in my life,
Without you my life become incomplete,
WIthout you my life become lack of smile and laugh,
Becoz you make my life full of happiness..
Your cute face give me a thousand of calmness in my heart,
Every sickness in my mind will fly away when you are at my side,
Every minute and second thinking of you,
Like somebody fall in Love,
It's very beautiful feeling when you are in my arm,
I will love forever.
Tidak mampu digambarkan dengan kata-kata,
Betapa kasihnya Ummi+Baba kepada kamu sayang,
Kelahiranmu yang sangat-sangat dinantikan oleh kami,
Seribu kesyukuran tatkala suara halusmu yang pertama kami dengari,
Hanya Allah Ta'ala sahaja yang tahu perasaan kami tika itu,
Baba lah insan yang paling bahagia di saat itu,
Kerna wajah comelmu terlebih dahulu muncul dalam mimpinya,
Putera yang dinantikan,
Siang dan malam mendoakan kjahteraanmu di dalam rahim Ummi,
Betapa tingginya nilai kasih sayang seorang bapa.
Hari demi hari berlalu,
Setahun sudah usiamu wahai si kecilku,
dari tapak kakimu sekecil dua jari,
Kini kau sudah mampu berdiri sendiri,
Berbagai karenah & keletah yang mencuit hati kau tunjukkan pada kami,
Sentiasa buat kami tersenyum,
Hati ini tak pernah kering dari titisan kasih,
Kehadiranmu benar-benar berikan seribu rasa bahagia dlm hidup Ummi+Baba,
kau pelengkap kaseh sayang yang kami taburkan di usia perkahwinan ini,
Memekarkan lagi bunga-bunga cinta hiasan jiwa kami.
Biar sebesar mana kepayahan yang datang untuk membesarkanmu,
Biar seletih mana badan ini melayan keletahmu,
Biar semengantuk mana pun mata ini menjagamu di kala dikau diserang demam panas,
Itu semua bukanlah bermakna engkau menyusahkan kami,
Tidak sedikit pun terlintas di hati kecil kami,
Malah engkaulah permata yang menyinari hidup kami hari ini dan hari tua kami kelak,
Engkulah segala-galanya,
Semuanya tercurah padamu.
Di hari kelahiranmu yang pertama ini,
Ummi menadah tangan memohon doa pada Allah swt,
Memanjatkan rasa syukur kerana mengurniakan nikmat indah ini,
Kesempatan dan jua waktu usiamu untuk terus bersama kami,
Kerana inilah nikmat yang tidak mampu Ummi+Baba peroleh meskipun punya harta bergunung,
Melainkan hanya dengan izin-Nya,
Sesungguhnya dirimu hanyalah harta pinjaman dari Nya,
Namun,doa Ummi agar usiamu dipanjangkan,
Agar kami dapat malaksanakan tanggungjawab ini sehingga kau dewasa,
Melihatmu menjadi insan berguna.
Sayang,
Semoga Ummi diberi kekuatan untuk mendidik dan menjagamu,
Supaya kau menjadi insan yang berakhlak mulia,
Semulia akhlak Rasulullah saw,
Punyai akal sebijaksana Nabi Khaidir.
Sayang,
Membesarlah dikau sebagai anak yang soleh,
Dewasalah sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab,
Kerana kau kelak adalah ketua keluarga,
Yang seharusnya memimpin ahli-ahlimu ke jalan yang lurus.
Sayang,
Mungkin Ummi+Baba tidak mampu mamberikanmu kemewahan,
Melimpahkanmu hadiah semahal mana,
Memberikanmu kesenangan dunia,
Tapi kami akan pastikan kau peroleh bekalan hidup yang cukup sebelum kami menutup mata,
Kerana engkaulah nanti,
Menjadi penyuluh kepada kegelapan kami di alam kubur,
Menjadi pelapang kepada lahad yang menghimpit,
Menjadi penyejuk kepada panas yang membahang,
Menjadi penawar kepada bisa serangga yang menggigit.
Sayang,
Jika kesusahan yang kau rasai,
Maka kau segeralah bersyukur pada Nya,
Kerana kesusahan yang kita rasai ini tidaklah seberapa,
Jika dibandingkan dengan kesusahan insan lain,
Anggaplah setiap dugaan yang datang itu,
Sebagai tanda kasih Allah padamu,
Sebagai tanda ingatan kepadamu dari terus lalai.
Sesungguhnya,
Kami amat-amat menyayangimu,
Hingga nafas terakhir kami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hepi birthday adam.. semoga jadi anak soleh!
Mekaceh anty Zaza..
Tapi syedeh coz x tersenarai dlm Top 5 la contest tue...ingat dpt la hadiah bedey kan..hee
tp x pe,anty Zaza wat la contest lagi yer..
Adam kompem join..
Post a Comment