Hitam Putih Kehidupanku

Hitam Putih Kehidupanku

AdikBijak.com

AdikBijak.com
Pendidikan Awal Si Manja anda bermula di sini!

Saturday, February 9, 2013

Arah tujuan kita


Assalamualaikum,

tergerak hati untuk menulis sesuatu yang berunsurkan dakwah hari ini.

Kepada sesiapa yang membaca dan terbaca entry ummi kali ni, just lapangkan dada anda.Entry ini tidak bertujuan mahu menyindir mana-mana pihak mahupun sesiapa. Ini adalah entry dari hati ummi. setiap umat Islam itukan seorang dai'e. Kita wajib tunaikan hak kita ini dengan cara kita sendiri.


Ini adalah keratan dari sebahagian bacaan kita dalam solat. Doa Iftitah.

Jika dihayati dengan sebaiknya, ini adalah ikrar kita kepada Allah..arah dan tujuan kita yang sebenarnya.
Lima waktu sehari...setiap hari kita baca ikrar ini.

Namun adakah kita benar-benar menghayati apa yg kita bacakan..apa yg kita katakan dihadapan Allah?
Membawa ikrar ini bersama-sama dalam menjalanai kehidupan seharian kita?atau hayalah sekadar bacaan di dalam solat semata?

Betapa malunya dan hinanya diri kita sekiranya kita hanya menyebut ikrar ini di dalam solat, sedangkan dlm kehidupan seharian kita, langsung tidak kita melakukan seperti apa yg kita janjikan di hadapan Allah.
Cuba ketuk pintu hati kita ini, kepada siapa kita mahu menipu?Kepada siapa kita mahu menyembunyikan hakikat sebenarnya?Sedangkan kita semua tahu Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengetahui meskipun apa yang terdetik dan terlintas di dalam hati kita.

Allahuakbar!!!

Marilah kita memperbetulkan semula niat dan arah tuju hidup kita. Ummi juga begitu, sedang berusaha membawa hidup ini pada landasan yang sebenarnya.

Hidupku dan matiku kerana Allah.

Ya, itulah yang sepatutnya menjadi pegangan kita.

Bukan wang ringgit, harta benda, kemewahan dunia semata. Ya, memang tidak dinafikan, semua itu juga penting buat kita meneruskan hidup di dunia ini. Namun, jangan kita jadikan ia sebagai suatu matlamat yang memandu kita. Sebaliknya letakkan agama dihadapan sebagai panduan dalam kita menmcapai matlamat dunia. Jangan sesekali meletakkan agama di belakang. Sanggup ketepikan agama, sanggup pejamkan mata demi hanya mengejar kemewahan dan keseronokan dunia. Walhal kebenaran berada di depan mata.

Ummi nak bawa satu pendapat/kata-kata yang Ummi peroleh dari seorang sahabat..

" Belum tentu kebiasaan yang dilakukan oleh ramai orang itu adalah sesuatu yang baik buat agama kita. Beranilah menentang arus dunia jika ianya bertentangan dengan agama."

 Bawalah agama itu bersama-sama dengan kita sepanjang masa. Jangan dipisahkan antara dunia dan akhirat. Kerana dunia inilah jambatan bagi kita untuk menuju akhirat.
Kita janganlah berfikiran begini 'Alah, aku bukan orang warak, bukan orang belajar agama'..

Jangan jadikan itu alasan yang menahan kita dari menjalani hidup selari dengan agama. Ilmu yang banyak tidak menjamin akhirat yang cemerlang sekiranya kita tidak mengamalkannya.

" Ilmu tanpa amal, bagai pohon yang tak berbuah"

Bawa ini bersama kita sentiasa. Ilmu yang sedikit pon jika diamalkan, pasti dipandang Allah.

Astaghfirullahal A'zim...

Semoga entry ini mampu membawa sesuatu kebaikan buat kita semua. Ummi menulis entry ini juga dengan niat lillahi Ta'ala.Dia yang memberikan hidayah, dan bila-bila masa juga Dia boleh menarik kembali hidayah itu. Berdoalah semoga kita sentiasa berada dalam hidayahNya. Ameen.








1 comment:

Anonymous said...

teruskan menulis...aku suka membaca, tapi tak suka menulis. hehe. teruskan berkongsi. kadang2 benda yang ko rasa kecik je impak tulisan ko tu, tapi bawak makna yang besar kepada orang lain yang baca, esp orang yang tak penah tau pasal benda tu. and dont hate negative comments. there are everywhere, esp orang yang berlagak pandai sangat dalam hal2 agama.

your long lost fren-huda.. (hehe, kantoi baca blog kawan sendiri).