Hitam Putih Kehidupanku

Hitam Putih Kehidupanku

AdikBijak.com

AdikBijak.com
Pendidikan Awal Si Manja anda bermula di sini!

Monday, December 28, 2009

Yeayyy!!!Sonoknye dapat jalan-jalan dengan Ummi+Baba lagi

Wohooo!!! Sungguh hilang kesabaran di hati ini.. Mau ikut Ummi+Baba jalan-jalan ke Melaka.. Bukan jalan-jalan cari makan or saje-saje makan angin tau.. Tapi Baba nak pegi anto Acik Nana.. Acik Nana dapat dapat jadi jururawat.. Congrates Acik Nana! Dah jadi 'misi' nanti, jangan cucuk Adam tau!! Nanti Adam tak nak kawan la ngan Acik Nana..ngheeeee Last Saturday, Baba bawa Adam+Ummi balik kampung Baba kat Padang Nenas.. Tok Ma buat kenduri kesyukuran cket tuk Acik Nana.. Iya la kan..sebagai tanda bersyukur Acik Nana dapat sambung belajar jadi 'cik cucuk'..hehehe Ummi cakap,kita kena sentiasa bersyukur kepada Allah atas setiap kurniaanNya.. Biar buruk mana pun sesuatu yang kita dapat,kita haruslah bersyukur kepada Nya.. Ewaaaahh..macam Pak Ustaz la pulak Adam nie kannn..kuikuikui.. (memang la kan,itulah impian Ummi+Baba sejak Adam dalam womb Ummi lagi tuk didik Adam jadi Doktor berpangkat Hafizz suatu hari nanti..Ameeeennn..Insyallah..) Sewonok sangatt dapat balek kampung aritu.. Dah lama tak jumpa Tok Ma.. Tok Ma cakap dia winduuu sangat-sangat kat Adam.. Almaklumla kan..cucu sulong merangkap cucu kesayangan Tok Ma..ngeheehee Balek aritu semua adik beradik Baba ada sama..Pak Uteh ajer yang tak ada..Pak Uteh belayar kat lawutt..Baba cakap Pak Uteh keja Navy..hmmm..jaga lawutt..Heybat la Pak Uteh nie..kannn?? Syokkk maen ngan Pak Ngah,Acik Nor,Acik Nana,Pak Ude + Pak Su Kecik.. Tak puas jumpa diorang.. Maen kejap ajer.. TAk boleh duk lama-lama.. Baba kena balek keja semula esoknya.. Ummi cakap, Baba kena kerja keras untuk masa depan familee kiter.. Baba keja..Ummi jaga Adam kat umah.. Syian Ummi..sanggup berenti keja kat JB dulu semata-mata tak nak kasi Adam winduu lama-lama kat Baba..duk jauh-jauh JB-Kemaman.. Ummi kata nanti Baba susah hati selalu bila tinggalkan Adam+Ummi kat cna berdua.. Ummi cakap lagi.. Baba sayang sangat mangat kat Adam.. Adam belum lahir lagik.. Baba dah mimpi-mimpikan Adam.. Betapa Baba mendambakan kehadiran Adam dalam hidup Baba+Ummi.. Mesra Baba+Adam Baba selalu cakap-cakap ngan Adam.. Gomol-gomol Adam..Maen ball ngan Adam.. Layan Adam time Ummi tgh cbuk masak kat dapur.. Belikan Adam baju bawuu..toys bawuu..Baba belikan Adam susu..biskut,Nestum..mcm2 agi laa.. Syemua yang Baba lakukan nie sebab Baba shayangkan Adam. Ummi pulak tak sanggup lepas tanggungjawab dia pada Baba.. Besar sungguh pengorbanan Ummi.. Adam takkan lupa pengorbanan Ummi.. Patutla Adam tengok, Baba shayang sangat mangat kat Ummi.. Tak per..mesti Ummi dapat keja yang lagi beshhh nanti.. Rezeki ada di mana-mana..Asalkan berusaha pasti ada.. Itu yang Baba selalu sebut.. Untung Adam ada Ummi+Baba yang begitu ambil berat tentang agama.. Insyallah..Adam akan shayang dan jaga Ummi+Baba baek-baek bila besar nanti.. Ameeeennn.. ************************************************* Time on the way balek Kemaman..singgah makan kat Kerteh Baba+Ummi order nasi minyak..syedappp woooooo!!! Adam melopong ajer laaaa...isk..isk.. Aksi golek-golek sambil maen ngan patung Acik Nor punyerrr.. Gumbira rasanya hati Adam ^_^ Petang tadi pulak.. Baba bawa Adam jalan-jalan kat Kerteh.. Kali nie baru betuiii.. Jalan-Jalan Cari Makan.. At McD.. Heeeeheee.. Ummi yang mengidam sangat nak makan PROSPERITY BURGER.. 'PROSPERITY BURGER'? Apa ker bendanya tueee? OOOwwhh...ruper-rupaan burger yang ada dalam iklan TV tu haaa.. Baru Adam ingat..masa dalam pewutt Ummi dulu Adam penah rasa burger syedappp nie.. Hmmmm..nampak macammmm....Nyummeeeyyyy Slurrrrppp...skali meleleh air liur daaa... TAPI.. Ummi cakap Adam tak boleh makan.. PEDASSSS.. Alamak..tak dapat can la nak rasa the real one kali niee...sob..sob.. Dan TAPI lagiiii.. Ummi ngan baek hatinya bagi Adam makan TWISTER FRIES... Nyummmmeeyyy.. Yang ini pun syedapppp jugeeee... Sambil-sambil makan..sambil-sambil posing Ummi tersenyum simpul amek gambar.. Jangan tak tau..Ummi Adam ni pemalu orangnya..ngeheehhe Balek dari Kerteh.. Baba ajak Ummi soping barang dapur pulak.. Setiap kali kuar soping.. Mesti ada bahagian Adam gak.. Ummi belikan Adam botol susu bawuuuu.. Cantekk.. Comellll.. Pasnie Adam akan lebih syukerr minum susu..^_^ Dua botol sekaligus Ummi beli botol Fiffy Premium BPA Free + Anti-colic Satu untuk isi susu..satu lagi untuk isi air masak.. Adam adalah antu air masak. Kadang2 Adam minumair masak lebih banyak dari susu... Seb baek Adam dah makan makanan pejal yang lain... Kalu tak kurus tak cukup nutrien la gayanya.. Yang paling Adam gemar sekarang ialah telur masak separuh..beshhhh sangat laaaa.. Tiap-tiap pagi.. Lepas mandi,mesti mintak telur masak separuh dari Ummi.. Sebiji setiap pagi.. Ummi cakap Adam dah maken berisi berbanding bulan lepass.. Hmmm..moke dah booolattt..ngeheeee.. ***Dari kul 8 mlm tadi sampai jam 1230..Adam sudah habesh kan 14 oz susu.Sungguh memberangsangkan!!! Okiesss la kawan-kawan.. Kita jumpa next entry yappp!!! Selamat Malam.. Sweet Dreammmm..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Friday, December 25, 2009

Cadar Toto Ekin..beli..jangan tak beli..

Bismillahirrahmanirrahim.. Salam.. Kali nie Ummi nak try berniaga plak.. alih hobby.. sebagai permulaan dan percubaannya, Ummi nak try niaga cadar:Cadar Toto Ekin 1. Cadar Toto Ekin -saiz Queen -1 bedsheet:getah di setiap bucu -1 Toto/Comforter -4 sarung bantal -1 sarung bantal peluk *Dijual dengan harga RM 70/set *Penghantaran percuma sebagai promosi!!! *Cepat!Cepat!Dapatkannya sekarang!!! For display only (contoh yang diguna) Cantik dan material yang selesa Buat masa ini, saya hanya ada 2 corak (gambar di atas) sebagai stok semasa Jika anda berminat sila hubungi Ummu Adam di talian 012-9837734 #Jika bisnes ini mendapat sambutan,Ummu Adam akan meluaskan lagi bisnes dengan menjual tudung bawal dan juga kain pasang. "Berniaga untuk rezeki yang halal,Barakah Yang berpanjangan"

Tuesday, December 22, 2009

Sharing:Perkembangan Awal Emosi (bayi 0-15 bulan)

this entry is not relate to our story directly.. just want to share to all mommy & daddy out there.. in order to realize our baby improvement.. mentally,physically and physicologyly.. so, please enjoy this info k!!! Emosi asas (positif dan negatif) berkembang secara ‘gradual’ terutama dalam tempoh enam bulan pertama dan selalunya ditonjolkan menerusi memek muka dan ‘eye contact’: - gembira/seronok - senyum, pipi terangkat, mata berbentuk bulan sabit. Contoh - bila diagah. - terkejut - angkat kening, mulut terbuka luas, bulatkan mata. Contoh - berhenti menangis bila dengar bunyi muzik atau suara jeritan - minat - merenung, mengerutkan kening dan bibir. Contoh - merenung wajah ibu, melihat persekitaran - marah - mengerut dan memasamkan muka, kening turun naik, mata tajam. Contoh ‘mengamuk’ bila mengantuk atau lapar, bila objek ‘dirampas’ daripada tangan. - Sedih - muka masam dan layu, dagu tertolak ke hadapan. Contoh - ditinggalkan ibu - Geli- berkerut kening, jelir lidah. Contoh - ‘menolak’ jenis makanan tertentu, menangis bila buang air. Bayi antara 3 - 8 minggu sudah boleh tersenyum- perkembangan awal emosi positif Bayi 12- 20 minggu - senyum pada wajah dan suara dikenali; senyum bila merasakan persekitaran ‘dikuasai’, mula ketawa. - Enam bulan pertama bayi masih belum mempunyai rasa sayang/ kasih pada sesuatu/seseorang. - Perasaan kasih mula terbentuk ketika usia antara 7 hingga 9 bulan - melalui hubungan ikatan kasih sayang, sentuhan, belaian dengan orang yang paling hampir seperti ibu dan ayah, menunjukkan rasa tidak senang/takut dengan kehadiran ‘orang asing’.

Saturday, December 19, 2009

Renung Renung kan...

Sekadar Renungan : Sayyed Umar Al-Khattab Salam alaik, Pada Awwal Muharram 24 Hijri, Sayyed Umar Al-Khattab telah ditikam semasa solat di Masjid oleh Abu Lo'lo', seorang Majusi dari Iran. Kecederaannya amat serius sehingga darah mengalir tidak henti. Sayyed Umar meninggal pada hari yang sama dan telah ditanam bersebelahan Sayyed Abu Bakar Al-Siddiq. Ia adalah hari yang sedih bagi Umat Islam setelah 10 tahun beliau memerintah. Sayyed Umar diangkat sebagai khalifah oleh Sayyed Abu Bakar dengan persetujuan dikalangan sahabat. Apabila Sayyed Umar tidak mahu menerima perlantikannya, Sayyed Abu Bakar terpaksa gertak, " Kau berani membantah Khalifah Rasulullah. Bawa pedang pada aku.". Barulah beliau terima lantikan. Nyata penduduk Madinah takut padanya. Hari-hari yang berikutnya, kebanyakannya penduduk Madinah bersembunyi di dalam rumah kerana takutkan Umar. Namun ketakutan mereka berubah menjadi aman dan nyaman setelah beberapa hari berikutnya, bulan dan tahun. Malahan menjadi zaman paling aman dan paling sejahtera untuk Umat Islam. Sebelum Islamnya, Sayyed Umar dikenali sebagai orang yang sangat bengis dan ditakuti oleh semua lapisan di Makkah. Setelah Islamnya, Sayyed Umar adalah di antara orang paling tawaddu' dan rendah diri. Beliau berkata, " Aku adalah orang yang bengis tapi menjadi lembut hati dengan berkat asuhan Nabi Muhammad dan Sayyed Abu Bakar". Namun beliau tetap mendidik hatinya berterusan sehingga ke akhir hayat. Di waktu beliau nazak, anaknya memangku kepala. Sayyed Umar berkata, " Biarkan kepala ku ditanah. Biarkan kepalaku ditanah. Aku takut pada hukuman Allah.". Walhal beliau telah dijamin syurga. Sayyed Umar, semasa hidupnya adalah Khalifah dari Rom sehingga ke Parsi dan sedang maju berkembang besar segenap arah. Namun pemakaiannya tidak pernah berubah sejak menjadi Khalifah. Beliau hanya memakai pakaian dari kain yang kasar dan bertampal-tampal tempat yang koyak sehingga berbelas tampalan. Setiap tahun, Sayyed Umar hanya mengambil 2 pasang pakaian baru dari Baitul Mal. Sehelai untuk dipakai, dan sehelai lagi dibasuh untuk dipakai esok. Begitulah berterusan memakai yang sama sehinggalah ke tahun hadapan. Jika koyak tampal lagi. Puas sahabat-sahabat dan ahlul bait memujuknya untuk memakai pakaian lebih baik, namun Sayyed Umar enggan. Dia memperingatkan mereka bahawa Rasulullah dan Sayyed Abu Bakar juga hidup dalam zuhud dan miskin semasa memerintah. Semasa hidup Sayyed Umar, dia dan ahli keluarganya tidak pernah menjamah lebih dari 2 hidangan. Roti cicah minyak zaitun atau roti cicah mentega. Jika beliau ingin makan daging, beliau akan tangguhkan sehingga setahun. Di zaman itu, orang miskinpun tidak larat nak makan makanan seperti Sayyed Umar. Apabila menemui delegasi kenamaan dari luar dan dalam, mereka diberi makanan yang sesuai tetapi Sayyed Umar tetap dengan makanan 2 hidangnya. Beberapa tahun sebelum beliau meninggal, Sayyed Umar berpuasa sepanjang tahun kecuali hari haram berpuasa. Sayyed Umar melakukan Haji setiap tahun semasa pemerintahannya. Beliau tidak akan berlindung dari matahari di dalam keadaan paling panas sekalipun. Jika perlu berihat, beliau akan ikat sekeping kulit kambing pada pokok sebagai pelindung dan tidur di atas tanah. Kadang-kadang, orang akan melihatnya memikul kantung air besar dan berat yang dibuat dari kulit kambing. Apabila ditanya, " Aku menghukum nafsu ku apabila ia inginkan sesuatu yang lebih ". Setiap malam, Sayyed Umar akan berjalan-jalan seorang diri di merata tempat di Madinah. Beliau meninjau keadaan masyarakat dan mendengar perbualan-perbualan yang langsung dari rakyat. Beliau sentiasa mencari-cari yang perlukan bantuan. Siang hari, beliau biasa melawat pasar-pasar dan menegur sesiapa yang beli daging, " Ingat pada orang miskin. Kurangkan makan daging. Ingat pada orang miskin. " Jika beliau berceramah di masjid, yang juga dihadiri wanita, beliau akan mengistihar, " Jika aku terpesong dari jalan Rasulullah dan Sayyed Abu Bakar, tegorlah aku. ". Respon yang paling beliau suka dan menyebabkan senyuman berpuashati ialah, " Ya Umar, kalau engkau terpesong, aku akan penggal kepala engkau. ". Beliau telahpun dijamin syurga oleh Rasulullah tapi tetap takut melakukan kesilapan dan sangat suka ditegor. Satu kali seorang wanita tua menegur beliau, " Sedangkan Rasulullah kata mas kahwin dan apa saja kepunyaan wanita tidak boleh diambil sewenang-wenangnya oleh kaum lelaki, kau jangan pandai-pandai, Ya Umar. " Sayyed Umar respon, " Telah terbukti bahawa wanita ini dan tuan-tuan yang hadir adalah lebih bijak dari saya." Sempena Awwal Muharram ini, kita berniatlah untuk berhijrah sikap. Untuk berhijrah sikap, ubatnya ialah usaha kearah bertaqwa kepada Allah . Sayyed Umar telah membuktikan kepada kita semua, beliau telah behijrah. Jika bengis, berubahlah untuk menjadi sopan dan santun Jika gopoh, berubahlah untuk menjadi penyabar. Jika angkuh, berubahlah menjadi rendah diri Jika malas, berubahlah untuk menjadi rajin Jika lokek, berkongsilah dengan orang lain Jika ada hasad, ubahnya menjadi ghibtah Jika kurang pandai, tuntutlah ilmu sehingga pandai dan seterusnya tukarlah apasaja sikap negatif kepada positif. Semoga sahabat semua mendapat barakah dalam hidup, kefahaman dalam ilmu, dan dikurnia kebijaksanaan memilih akhlak yang terbaik sehingga akhir hayat. Kullu Am Antum Bikhair. Selamat beramal...

Thursday, December 17, 2009

The best thing happened in my life is on date of 14th

Yayyy!!!Finally, i've got it!!!Congrates to myself..... Agak-agak u all la kan, apa yang Ummi dah dapat tueee???? Jeng...jeng..Jeng.. ************ Ianya adalah sesuatu yang agak penting... Agak leceh untuk mendapatkannya... Sesetengah orang begitu teruja bila mendapatkannya.. Ianya suatu keperluan di kala ini... *********** Jawapannya ialah...Driving License!!!! Hohohoho..apa yang paling besh sekali adalah..Ummi LULUS driving test pada 14th..genap umur Adam 10 months. Berkat agaknya..hihihi.. Act,Ummi dah buat LESEN MEMANDU after habes pantang dulu lagi..but i'd only one month to practice at those time. Dah ler memang tak da pengalaman bawa keta manual. tau bawa Auto car jer.. Ngan gigihnya Ummi pegi belajar keta. Pantang pun tak sampai habes 40 hari. Cepat-cepat gi amek lesen. TAwakal jer masa tu walaupun takut ada effect lain..maklumla badan baru pas bersalin..sana sini kena jaga. Tapi syedih sgt2 time test Ummi FAIL!!!uwaaaaa... After berbulan-bulan tertangguh..dan selama itu lah juge Ummi drive keta ulang alik gi skool tanpa LESEN..(seb baik tak kantoi ngan JPJ,lalu depan POLIS buat muke innocent ajer..) then Ummi decide settle kan lesen masa skool holiday nie.. By hook or by crook, kena LULUS sebelum bukak sekolah.. Baba pulak balik anta Ummi kat kampung. Tak kesahla berapa lama pun, janji LULUS!!!Tanggal 14th Dec 2009, Ummi LULUS akhirnya..Alhamdulillah To Baba: Thanks coz sanggup tunggu Ummi LULUS. Pas nie, VIOS Baba tue Ummi yang punyer!!! Gila stereng????hahahha To Adam: Ummi dah dapat lesen sayang. Sama ngan date Adam dilahirkan..the second best thing after you were born.14th!!!! Nanti Ummi bleh bawa Adam jenjalan time Baba BZ keje yer. ########## Hush.. Diam tak diam... Pejam celik..pejam celik... My hero Adam dah cecah umur 10 bulan 2 hari.. Meniti hari..sentiasa di sisinya.. Ummi berjaya ikuti setiap perkembangan Adam.. Dari tapak kaki sebesar dua jari.. Sekarang sudah maju merangkak dan memanjat.. Sebulan dua lagi bakal berjalan dan berlari.. Tak sabar rasanya menanti saat itu.. Mulut semakin becok, Cepat belajar apa yang diajar, Sudah pandai lambai tangan, Keletahnya sungguh mencuit hati sesiapa saja yang memandang.. You are my PRIDE, you are my SOUL, You are fruit of Ummi & Baba's LOVE.. Gambar yang tak berapa rajen tuk di edit. I'm not feel to good today..like getting fever ajer.. See u all next entry.. Adios amigossssss

Tuesday, December 8, 2009

Dia dan ragamnya yang mencuit hati semua!!!!

Salam semua.. Hati Ummi begitu tercuit dek ragam dan keletah si manja. Makin hari semakin nakal dan manja. Sudah pandai menarik perhatian semua orang di sekelilingnya. Tawa dan gelaknya menceriakan suasana. Tok Mek dan Tok Ayah asyik tergelak sepanjang masa. Melayan keletah cucu tersayang. Suka tersenyum. Sangat ramah dengan sesiapa sahaja. Sungguh indah tatkala memandang wajah riang si manja. Ingin sentiasa berada di sampingnya. Ingin sentiasa Ummi kongsikan saat dan detik indah ini. Betapa Ummi bertuah memiliki Si Comel Adam.