Hitam Putih Kehidupanku

Hitam Putih Kehidupanku

AdikBijak.com

AdikBijak.com
Pendidikan Awal Si Manja anda bermula di sini!

Tuesday, August 5, 2014

Syawal 2014...Ummi buat come back...

Assalamualaikum...

Berhabuk suda ruang membebel ku ini..lama dowh tak singgah.

Tetiba harini terasa rajin nak patuk keyboard pc ni. Pdhal dah bosan yg amat. Sbb workload kurengggg...tunggu la next week bila projek dah start, jgnkan nk bukak internet, nak verangan pon dh x sempat kot!


Anyway, ni entry saje2 sempena syawal 2014..

Selamat Hari RAya semua!!!!

Mohon ampun dan maaf jika sepanjang perkenalan ini ade yg mengguris hati kalian. Kiranya ada terkasar bahasa harap dimaafkan.

Ahli keluarga ummi dah bertambah sebenarnya.tu si kecik comei, Hayfa Nur Zahra namanya.

Ini keluarga belah suami. ada ipar duai yg tak blk beraya. tak cukup korum lagik ni!

Dah besar my pweety pwincess sorang ni.Dah 3 tahun umurnya.Tengokla gaya bergambar, dah mcm model gitew. Anak sapa la ni ye!!!


Ok lah sayang-sayang semua. Check out dolu la ye. Tak bleh lama2 ni.
Almaklumla ofis hour.

Till we meet again.

Assalamualaikum....

Saturday, March 9, 2013

Dugaan/musibah itu satu ujian,juga penghapus dosa.

Dah jam 12.15 am..

Tapi mata masih belum mau lelap.

Terfikir sejenak,akan ujian yg menimpa..

Kedua-dua anakku menghidap asthma.sakit yg kita semua tahu tidak punya ubat dan penawar utk menhilangkannya.jika ade pon ubat-ubatan moden/tradisional hanyalah sekadar penahan,bukan penawar. Hanya masa yg mampu mengubati bergantung kepada tahap kekuatan badan seseorang.

Hati seorang ibu ni sentiasa bimbang,risau.paling tak tahan bila lihat keadaan anak diserang asthma
Batuk yg teruk dan berpanjangan, selsema, sukar bernafas.dan sesekali air mata menitis melihat anak terpaksa menelan pelbagai jenis ubatan
Kesian si kecilku....
Sebulan sekali pasti kena serangan asthma..derita sungguh!

Namun siapa yg boleh menentang takdir dan ketetapan Allah.Dia yg memberi,maka kita harus terimanya dgn penuh keredhaan.Dia Yang Maha Mengetahui disebalik apa yg diktakdirkan.

Sesekali terlintas,mengapa aku diuji begini????

Jawapannya sgt mudah. Inilah ujian buat diriku,kerana Allah sayang padaku.
Dia ingin menguji sejauh mana keikhlasan dan kesabaran diriku dalam menempuhi ujian ini.ujian ini tidak sebesar mana jika dibandingkan dgn orang lain,punya anak yg cacat,sakit kronik dan mcm2 lg.namun, aku tetap berfikir. Ujian Allah ini byk mengubah dan mengajar diriku ttg erti sebuah pengorbanan ibu,keikhlasan serta kesabaran. Kesusahan dan kesukaran membesarkan anak2 asthma menjadikan aku lebih bersyukur atas rezeki serta nikmat lain kurniaanNya.

Ataupun,ada satu lagi sebab mengapa aku diuji begini. Iaitu kifarah di atas dosa2ku.

Dosa???

Ye,mana mungkin manusia yg punya iman senipis bawang ini tidak melakukan dosa?kerna aku tidak sempurna.setiap manusia itu pasti melakukan kesilapan.tinggal lg utk kita menyedari dan memperbetulkan atau tidak.
Ujian ini byk membantu aku memperbetulkan diriku...imanku dan akhlak ku.menjadikan aku insan yg sentiasa bergantung harap padaNya.

Setiap yg Allah swt tetapkan itu pasti ada manisnya disebalik kepahitan yg dirasai.bersyukurlah atas apa jua nikmat yg kita ade sekarang.Pandanglah orang lain yg lebih susah dan naif daripada kita supaya kite sentiasa sedar akan keberuntungan apa yg kita miliki sekarang.

Semoga Allah sentiasa melindungi putera dan puteriku.


Get well soon my baby.



Saturday, February 9, 2013

Arah tujuan kita


Assalamualaikum,

tergerak hati untuk menulis sesuatu yang berunsurkan dakwah hari ini.

Kepada sesiapa yang membaca dan terbaca entry ummi kali ni, just lapangkan dada anda.Entry ini tidak bertujuan mahu menyindir mana-mana pihak mahupun sesiapa. Ini adalah entry dari hati ummi. setiap umat Islam itukan seorang dai'e. Kita wajib tunaikan hak kita ini dengan cara kita sendiri.


Ini adalah keratan dari sebahagian bacaan kita dalam solat. Doa Iftitah.

Jika dihayati dengan sebaiknya, ini adalah ikrar kita kepada Allah..arah dan tujuan kita yang sebenarnya.
Lima waktu sehari...setiap hari kita baca ikrar ini.

Namun adakah kita benar-benar menghayati apa yg kita bacakan..apa yg kita katakan dihadapan Allah?
Membawa ikrar ini bersama-sama dalam menjalanai kehidupan seharian kita?atau hayalah sekadar bacaan di dalam solat semata?

Betapa malunya dan hinanya diri kita sekiranya kita hanya menyebut ikrar ini di dalam solat, sedangkan dlm kehidupan seharian kita, langsung tidak kita melakukan seperti apa yg kita janjikan di hadapan Allah.
Cuba ketuk pintu hati kita ini, kepada siapa kita mahu menipu?Kepada siapa kita mahu menyembunyikan hakikat sebenarnya?Sedangkan kita semua tahu Allah itu Maha Mendengar, Maha Mengetahui meskipun apa yang terdetik dan terlintas di dalam hati kita.

Allahuakbar!!!

Marilah kita memperbetulkan semula niat dan arah tuju hidup kita. Ummi juga begitu, sedang berusaha membawa hidup ini pada landasan yang sebenarnya.

Hidupku dan matiku kerana Allah.

Ya, itulah yang sepatutnya menjadi pegangan kita.

Bukan wang ringgit, harta benda, kemewahan dunia semata. Ya, memang tidak dinafikan, semua itu juga penting buat kita meneruskan hidup di dunia ini. Namun, jangan kita jadikan ia sebagai suatu matlamat yang memandu kita. Sebaliknya letakkan agama dihadapan sebagai panduan dalam kita menmcapai matlamat dunia. Jangan sesekali meletakkan agama di belakang. Sanggup ketepikan agama, sanggup pejamkan mata demi hanya mengejar kemewahan dan keseronokan dunia. Walhal kebenaran berada di depan mata.

Ummi nak bawa satu pendapat/kata-kata yang Ummi peroleh dari seorang sahabat..

" Belum tentu kebiasaan yang dilakukan oleh ramai orang itu adalah sesuatu yang baik buat agama kita. Beranilah menentang arus dunia jika ianya bertentangan dengan agama."

 Bawalah agama itu bersama-sama dengan kita sepanjang masa. Jangan dipisahkan antara dunia dan akhirat. Kerana dunia inilah jambatan bagi kita untuk menuju akhirat.
Kita janganlah berfikiran begini 'Alah, aku bukan orang warak, bukan orang belajar agama'..

Jangan jadikan itu alasan yang menahan kita dari menjalani hidup selari dengan agama. Ilmu yang banyak tidak menjamin akhirat yang cemerlang sekiranya kita tidak mengamalkannya.

" Ilmu tanpa amal, bagai pohon yang tak berbuah"

Bawa ini bersama kita sentiasa. Ilmu yang sedikit pon jika diamalkan, pasti dipandang Allah.

Astaghfirullahal A'zim...

Semoga entry ini mampu membawa sesuatu kebaikan buat kita semua. Ummi menulis entry ini juga dengan niat lillahi Ta'ala.Dia yang memberikan hidayah, dan bila-bila masa juga Dia boleh menarik kembali hidayah itu. Berdoalah semoga kita sentiasa berada dalam hidayahNya. Ameen.








Thursday, February 7, 2013

He is almost 4 years...Adam Khalish

Assalamualaikum,

Lama tidak bercerita tentang anak teruna ummi sorang ni. Next week, 14th Feb 2013 he will turns to 4 years old. Big boy already!

**big boy ke?kalo tidur tu nak kena berpeluk dgn ummi dulu baru leh lena kan... :)

Cepat masa berlalu. Peja celik, pejam celik anak-anak dah besar.

Since one month ago, Adam dah mula ke school.i mean kindergarden school. Saja hantar dia ke sekolah awal, nak expose dia dengan dunia luar. Supaya dia pandai membawa diri dan bersosial.

Dia ni jenis yang suka duduk dalam rumah je. Tak gemar sangat keluar main2 nga kawan2 kat area rumah tu. Tak tau kenapa. Tapi tu la attitude dia yang dapat Ummi tengok.Dia lebih suka main dalam rumah. Menonton cartoon at Disney Jr channel. Then, suka layan youtube. Video yg dia suka tgk adlh yg related to lorry, truck and bulldozer, Saya obses dgn 3 jenis kenderaan tu. Mainan pon sama, asek mintak beli lorry, truck bulldozer. balik-balik itula kejanya. Bermacam-macam koleksi dia ade.
Jenuh nak layan, sampaikan ummi dan baba terpaksa stop belikan dia mainan. ahahhaa

Dah nak masuk usia 4 tahun ni, Ummi dan baba dah mula ajar dia solat. At least kena solat satu waktu sehari. Biasanya waktu Maghrib or Isyak la.itu la waktu yg ade je pon nak ajar dia on weekdays. Alhamdulillah, perbuatan dan bacaan Al-Fatihah dalam solat yg asas tu dia dah boleh buat. Walaupon ade pelat2..tp dia boleh baca sampai habis. Alhamdulillah..bukan senang nk train dia dr awal. Siap kena rotan dengan Baba lagi. Kesian memang kesian.Even dia masih kecik, tapi kami rasa inilah masa yg sesuai tuk kami mulakan. Better we start before we late!

**Semoga kamu menjadi anak kami yg soleh wahai Adam Khalish. inilah doa Ummi setiap masa. Ameen.

Dari segi education pulak, dia ni jenis yg cepat pick up. Especially if the material is in English. Dia sgt senang faham+ingat+belajar bila sesuatu yang dilihat atau didengari dalam bahasa Inggeris. ummi pon tak tahu dari mana datangnya minat dia tu. Tapi itulah hakikatnya.
Apa saja yang keluar dari mulut dia mesti dalam bahasa Inggeris.

Walau ape pon , ummi sgt bersyukurla. ada jugak kepandaian pada dia. Cikgu kat sekolah pon terpaksa speaking dengan dia sbb bila cikgu tanya dia dalam bahasa melayu,dia diam je. Tapi bila cikgu tanya dalam bahasa Inggeris, baru dia bagi respon. huhuuuu..confius pulak mak ni haaa...

budak comel Ummi
he is an apple of my heart.
Always
 
 
Biar apa pon yang terjadi, doa Ummi sentiasa bersama kamu. Ke mana pon jua kamu pergi, ketahuilah kamulah yag Ummi sayangi. 





Monday, January 7, 2013

Bebelanku di petang hari...



Assalamualaikum all,
 Bersiaran secara langsung from our home sweet home.

Tak keja ke che mas kiter??

Memang ai tak keja harini.dari semalam lg.menjaga diri sendiri yg sakit sakit org ada 'isi'
Plus lg penat sbb dah dua kali weekend x xcukup rehat.last week sbb sibuk kemas rumah  slps rumah dinaiki air.minggu pulak sbb kena keja jumaat sabtu direct.huhhh..penat sgt badan ni rasa.

Semalam pulak,anak2 kena attack asthma
Phewww..mcm2 yg jd dlm satu masa.tak apa lah,rezeki Allah nk bg kan.kite terima je dgn hati yg redha.Pasti ade kebaikan disebalik yg berlaku.Itu janji Yang Maha Pencipta.

Esok dah boleh masuk kerja.Anak2 dh semakin baik.active as usual.tenang sket hati nk pergi keja tgk anak2 sihat.

Kerja melambak kat ofis.awal2 tahun ni kerjanya menyetelkan project yg x close lg.rumit bila ade project yg sangkut2 ni.lambat close nga mcm2 karenah client.

Cukupla membebel tuk harini ye..nanti sambung lg.solat Asar then masuk dapur.teringin sgt nk makan gulai kari terung campur bendi...bestnya makan nga ikan kering..fuhhhh..

Jumpa lg deh lenkali...

Saturday, December 15, 2012

Kini saya kembali....

Assalamualaikum semua..

I'm coming back!!!

After 1 year and 3 months...fuhh lama tak menjengah ruangan ini...

Kehidupan sangatlah dilanda kesibukan...menguruskan rumahtangga, anak-anak yg sedang membesar bagaikan juara...dan yg paling membuatkan my time so limited is my work. Yes, i am a working mother right now. One year already..i am no more full time housewife yg punya kelapangan wpon dalam kesibukan.

But, i'm trying to make my blog become 'live' again..i missed to 'membebel' here so much...i really mean it!

So, in last 1 year and 3 months time...what had happened?

banyak yg terjadi..banyak yg berubah..

i tried harder to adapt myself into new life as a mother, a wife and also as an employee. it was about two years i had not working. So, at first month working i am a little bit blurred. Tak tau apa nak buat. Rasa macam fresh graduate plak. Give up pon ada. Tapi demi anak2, parents tetap kugagahkan dan kuteruskan jua. Alhamdulillah...10/12/12 hari tu genap setahun la saya di company itu. Owhhh..lupa nak kabo (maksudnya beritau,ni loghat org tengganu oke!)..saya masih lg dlm bidang yg sama dgn dulu, consultancy of O&G company as piping engineer. Kat company ni, keja still lagi buat design but at the same time kena manage project jugak. Tak sama dgn company dulu (JGC JB), keja saya hanya operate 3D software tuk buat 3D modelling for piping. Bab-bab design ni tak berapa bijok mane la.

Bila kat company baru ni, kena buat semua la..start from quotation, kick-off meeting (kalo dulu mana pernah meeting nga client ni sume..), buat design, prepare GA, ISO, print out and send to client..pendek kata from keja manager sampai ke document controller la kena buat kan.Tapi, yg bagusnya saya boleh belajar banyak benda kat sini. Alhamdulillah.

Oraitla..kalo nak recall balik sume cerita yg  berusia setahun lebih tuk, memang tak habesla kan..so let the old stories go..


Lagi 15 hari, tahun baru 2013 akn menjelma..hope ruangan ini akan terisi dgn seribu kisah n cerita utk dikogsikan bersama..

till we meet again soon...

bubeyyy...

jazakallahukhairan..

Wednesday, August 24, 2011

Lagi beberapa hari nak masuk 3 bulan usia Qiesya

Assalamualaikum

Pejam celik,pejam celik lagi 5 hari usia Qiesya akan masuk 3 bulan.how time flies so fast!
Rasa macam baru semalam kuar dari labour room.momen melahirkan pon maseh blom terpadam dari ingatan.rasa sakit juga masih terasa ketika melahirkan kamu sayang.

Malam tadi Qiesya tidur jam 4 pagi.Dah 2 malam tido lewat.Mungkin simptom nak beralih bulan agaknya.Baba dan Ummi bergilir-gilir menjaganya.Yang kesiannya Baba lah kan,pagi nk keja pulak.Ummi x pe,duk umah,ade peluang boleh lelap walo sekejap.

Hampir 3 bulan bersama kamu,x banyak karenah yg pelik-pelik dari kamu.cuma satu itulah,Qiesya suka tido lewat,kadang-kadang sampai ke subuh baru nak tido.tapi,ape nak dikata kasih ibu x memandang penat lelah melayan karenah dan keletah anak-anak,mau Qiesya ataupon Along.kamu berdua adalah obsesi Ummi+Baba yg no 1!

Till now,Qiesya dah boleh mengiring.Ringan tubuh dia.Sebulan dua lagi bolehlah meniarap agaknya.
 




Qiesya pon dah pandai main,siap kuar suara lagi.suara halus kamu itu buat Ummi sgt terhibur.
*Ummi cuba tuk upload video kat sini,tapi ade error pulak.laterla ai upload video yer


sejak ade anak 2 org nih,masa sgt terhad.nak handle 2 org anak yg masih kecil n perlukan perhatian sgt mencabar,kejap adik nak susu,kejap along nak nasi.itu n ini...dari pagi sampai ke malam terasa sekejap sgt masa berlalu.

hari ni Ummi lapang sket sbb tak masak.barang basah dlm freeze dah habis.malam ni makan lauk tunjuk jer la gayanya.oke,mau melayan tuan puteri yg baru bgn tido,bangun lambat gara-gara tak tido malam tadi.huhuhu


Kelahiran my adorable pwincess,Qiesya Nur Hanan bt Mohd Shapiza

Assalamualaikum...

Setelah berbulan-bulan lamanya menyepi dari mencoret di ruangan maya ini.Rindu sangat-sangat nka bercerita itu dan ini.namun apakan daya,masa serta ruang tidak mengizinkan.

Now 1 am already,tp still bersengkang mata gara-gara my little pwincess yg xmo tido lg.my pwincess ni memang begini,in one week mesti ade sehari atau dua hari yg dia buat onar x mo tido.habit nih sejak dr masa dlm pantang haritu lagi.later ai citer kisah gugu gaga yer...


Okey,back to the story....

28hb Mei 2011
2 minggu b4 ai dah dihantar blk kampung oleh my hubby.So,pagi 28hb tu ai ade appointment nga Dr Zanariah (Dr O&G yg same time beranakkn Adam dulu).Macam biasalah,dok check ape yg patut.ape yg mengejutkn adalh jalan dah bukak 2cm.dok tanya xder rase pape ke?ai ckp la xder.nk beranak pon steady jer lg.lucu btol :)

Finally dok suh datang lg esok n induce tros.sedikit terkejot mak.mana tak nyer tgh sehat2 x sakit ape,nk kena beranak tetiba kan.dok explained,ai dah ade history on my 1st gave birth jalan lambat bukak,so better induce jugak la dis time.lagi pon,expected due lagi 2 hari jer.nothing different if tunggu coz usia kandungan dah cukup.after diskus nga my hubby,dia pon stuju.tambah pula,cuti dia terhad.better semua selesai masa dia ade.ai pon setuju je la.actually masa tuh ai cam blur2 sket la,shocked mungkin.

Sebelom blk umah,kami ke HSZ II,melawat wife coursemate kami masa kt UTM dulu,Pejo.isteri n anak dia kena tahan wad sbb anak dia kuning.dah seminggu di wad.kesian sgt tgk baby dia.wife dia terkejot bila ai cakap esok nak kena beranak.ye la kan,tgh sehat2..siap bleh jenjalan lagi,tiba2 jer nak beranak.katanya untung mudah bersalin nk compare nga dia,2 hari menanggung sakit akibat jalan tak bukak even dah bg dos induce berkali-kali.boleh bayangkan lah,sakit yg ditanggung.Nauzubillah..and lastly,dok decided caeser jer sbb dah takder jln lain.dalam hati ai ni,bersyukur sgt2 sbb boleh dikira senang jugak la bersalin,sakit x lame.jalan memasing x sama kan,senang kt sini,susah kt tempat lain.

29hb Mei 2011
Seawal jam 830 pg kami dah kuar rumah menuju ke Hospital Pakar Perdana.Adam kami tinggalkan nga Tok Mek dia.terpaksa curi-curi kuar takut dia nk ngikut.Sampai di hospital,teros ke labour room spt yg diarahkn.masuk bilik buat CTG dan amik ubat buang air seme.after that,dok bagi pil induce.within 2 hours,contraction mula terasa.then pindah actual labour room.bila masuk jer labour room,perasaan takut mula dtg.mcm2 yg ade dlm kepala.but luckily ade my hubby yg calm me down.wpon ini adlh 2nd time nk give birth,tp perasaan takut n risau tu tetap ade.the feeling was the same as the 1st time.

jam 100 pm,contraction mulai kuat terasa.huh,sakit dowh...
pastu,dok dgt check bukaan jalan.dah 5cm.dok cakap nk pecahkan air ketuban.ai dah mula cuak time tuh.org cakap if pecahkan air ketuban,sakit dia lain macam sket.tapi masa tuh x dapat nak pikir pape,juz redha dan berdoa jer dalam ahati agar semuanya dipermudahkan.

jam  5 pm,dah nak bersalin dah!sakit yang maha hebat.bersalin kali ni menitis air mata sbb terlalu sakit.time Adam dulu tak rasa sesakit ini.dekat setengah jam bertarung nyawa,akhirnya tepat jam 530 pm,labour room Pakar Perdana menjadi saksi..lahirlah puteri yang dinanti2kan siang n malam selama 9 bulan 9 hari(x cukup sehari hokay,expected due on 30hb,esoknya)...Alhamdulillah,lega dan hilang segala kesakitan bila dok tunjuk baby.sekali lagi air mata menitis.kali ni bkn sbb sakit tp tangisan syukur..Alhamdulillahhh...

inilah dia my pweety princess
beberapa minute selepas dilahirkan


dan puteri kami ini dinamakan dengan nama yang cukup unik,dan baik maksudnya
iaitu
Qiesya Nur Hanan
yang bermaksud
"Hidup dalam keadaan yg baik Cahaya Keberkatan" 

doa Ummi agar puteri kami ini akan membesar sbg insan yg berguna pada agama,berjasa pd org tuanya,elok akhlaknya,tinggi ilmunya dan berkat hidupnya di dunia n akhirat.
ameen