Hitam Putih Kehidupanku

Hitam Putih Kehidupanku

AdikBijak.com

AdikBijak.com
Pendidikan Awal Si Manja anda bermula di sini!

Saturday, March 9, 2013

Dugaan/musibah itu satu ujian,juga penghapus dosa.

Dah jam 12.15 am..

Tapi mata masih belum mau lelap.

Terfikir sejenak,akan ujian yg menimpa..

Kedua-dua anakku menghidap asthma.sakit yg kita semua tahu tidak punya ubat dan penawar utk menhilangkannya.jika ade pon ubat-ubatan moden/tradisional hanyalah sekadar penahan,bukan penawar. Hanya masa yg mampu mengubati bergantung kepada tahap kekuatan badan seseorang.

Hati seorang ibu ni sentiasa bimbang,risau.paling tak tahan bila lihat keadaan anak diserang asthma
Batuk yg teruk dan berpanjangan, selsema, sukar bernafas.dan sesekali air mata menitis melihat anak terpaksa menelan pelbagai jenis ubatan
Kesian si kecilku....
Sebulan sekali pasti kena serangan asthma..derita sungguh!

Namun siapa yg boleh menentang takdir dan ketetapan Allah.Dia yg memberi,maka kita harus terimanya dgn penuh keredhaan.Dia Yang Maha Mengetahui disebalik apa yg diktakdirkan.

Sesekali terlintas,mengapa aku diuji begini????

Jawapannya sgt mudah. Inilah ujian buat diriku,kerana Allah sayang padaku.
Dia ingin menguji sejauh mana keikhlasan dan kesabaran diriku dalam menempuhi ujian ini.ujian ini tidak sebesar mana jika dibandingkan dgn orang lain,punya anak yg cacat,sakit kronik dan mcm2 lg.namun, aku tetap berfikir. Ujian Allah ini byk mengubah dan mengajar diriku ttg erti sebuah pengorbanan ibu,keikhlasan serta kesabaran. Kesusahan dan kesukaran membesarkan anak2 asthma menjadikan aku lebih bersyukur atas rezeki serta nikmat lain kurniaanNya.

Ataupun,ada satu lagi sebab mengapa aku diuji begini. Iaitu kifarah di atas dosa2ku.

Dosa???

Ye,mana mungkin manusia yg punya iman senipis bawang ini tidak melakukan dosa?kerna aku tidak sempurna.setiap manusia itu pasti melakukan kesilapan.tinggal lg utk kita menyedari dan memperbetulkan atau tidak.
Ujian ini byk membantu aku memperbetulkan diriku...imanku dan akhlak ku.menjadikan aku insan yg sentiasa bergantung harap padaNya.

Setiap yg Allah swt tetapkan itu pasti ada manisnya disebalik kepahitan yg dirasai.bersyukurlah atas apa jua nikmat yg kita ade sekarang.Pandanglah orang lain yg lebih susah dan naif daripada kita supaya kite sentiasa sedar akan keberuntungan apa yg kita miliki sekarang.

Semoga Allah sentiasa melindungi putera dan puteriku.


Get well soon my baby.