Hitam Putih Kehidupanku

Hitam Putih Kehidupanku

AdikBijak.com

AdikBijak.com
Pendidikan Awal Si Manja anda bermula di sini!

Wednesday, October 27, 2010

Betapa besarnya nikmat kesihatan yang Allah beri

*Hari yang mendung beserta hujan renyai-renyai*


Malam tadi,Ummi x dapat tido nyenyak.Satu badan sakit-sakit,sengal.Sendi lutut dan pergelangan kaki rasa cam dicucuk-cucuk tajamnya.Lenguh.Rasa cam nak menggelupur pon ada.Sepanjang malam tuh rasa cam panjang sangat.Celik-celik gelap-gelita,still tgh malam.Tak tau berapa kali terjaga malam tadi.


Ummi syak kes makan yang bukan-bukan petang semalam.Macam-macam Ummi bedal petang tuh.Ye la,tekak rasa payau jerk,terasa nak makan itu ini.Pergi lah kedai dan beli jeruk mangga (buatan org kampung) dan aiskrim asam masin.Apalagi,tgh2 x sedap mulut tuh,jumpa plak asam segala macam mmg makan semakan-makannya.


Then,bila malam tuh perut rasa penuh semacam.Dah mula rasa x sedap.Sendawa apa semua x boleh.Lutut pon dah mula lembik.Tak taulah,since mengandung lagi ni pantang tak sedap perut mesti melarat sampai lembik.Ni dah kali ke-2 jadi macam ni.Perut jadi sensitip kalo makan yang bukan-bukan.


Bangun subuh tadi,memang lutut lembik dan gelap mata.Seb baik tak rebah.Time solat pulak  rasa cam nak muntah segala.Ya Allah,azab nya rasa.Ni baru sket kan Allah bagi ujian sakit.Betapa besarnya nikmat kesihatan tuh.


Memandangkan Baba kursus lagi hari ni,jadinya gagahkan jugak diri bangun dan teman Adam tgk TV.Dia mmg x boleh tgk TV sorang2,mesti nak kena ada orang teman jugak,wpon orang tuh dah terbongkang tido.Dalam terketar-ketar lutut tuh,sempat jugak masak bubur nasi tuk Adam.Pas mandikan dan bagi dia makan,Ummi tros terlelap kat sofa.Alhamdulillah,dah rasa sedikit ringan badan nih.


Syukur sangat-sangat.PAsni,taubat dah x makan lagi benda yang bukan-bukan.Azab btol bila kena sakit macam nih.
*Tulah,degil lagik.Baba dah banyak kali pesan tapi x mo dengar.huhuhuhuhu*





Tuesday, October 26, 2010

Pediasure dah naik rege plok dowh =((

Ni nak citer pasal susu formula anak yang sudah naik harga,
Melambung-lambung naiknya

Pediasure Complete


Dulu harganya RM58.20 setin 900g,


But now dah dah tukar packaging baru,ditambah nga formula 3sure..


Harga dah naik kepada,

RM69.90!

Banyak tol lah haiii bezanya,

RM11.70

calculation:
RM69.90x4 tin per month

+-RM280.00

hohohohohohoh..

Tapi tak mengapalah,demi nak pastikan tumbesaran Adam nga sempurna Ummi+Baba x kesah lah walopon mahal mcm mana kan.Lagipon ini adalah Keperluan dan bukannye utk  'ngengada' @ 'suka-suka'
berhabes pon tidak ngape-ngape lah sayang yer.


Asalkan Abang Long sentiasa tersenyum riang ria macam ni,kami pon x kesah walo habes harta.Kerana Abang Long dan adik2 lah harta pinjaman yang Allah kurniakan buat Ummi+Baba,
harta yang sangat tidak ternilai =)))))



Friday, October 22, 2010

Final update before come out wif result.Please check ya!

Mesti sudah ramai yang tunggu kan bila la Ummu Adam nih nak buat final update.
Heeee,sowie bebanyak ya kawan2 di atas kelewatan ini.
Banyak sangat benda yang dibuat lately, and now i feel free to settle all this.

Jom tengok moke anak-anak yang comel n melucukan,

17 peserta lelaki,






dan 28 peserta gurl











Kepada semua ibu-ibu sekalian,tulun check for the last time ok.
Ummi takut tersilap lagik.
If everything is ok,then we will continue to find the winner later.k.

check,jangan tak check pulak yea!












Alhamdulillah,dah rasa sedikit ok

Salam semua teman2ku,


Saya sudah kembali!


Alhamdulillah,sudah kembali rasa sihat hari ni.Sudah ade hati mau start ber'blogging' semula.


So,checklist pertama adalah menunaikan janji Ummi kepada semua contestant.Akan Ummi update the latest sebelom memilih pemenangnya.


Tungguuuuuuuu...

Sunday, October 10, 2010

Pemberitahuan-Sila bace yea to all my contestants!

Salam,

Pertama sekali Ummi nak mohon maaf kepada peserta contest Ummi [yang join after date 7 okt].Atas halangan kesihatan Ummi tak dapat nak terjah ke blog anda semua setakat hari ini.Badan rase sangat2 kurang sihat sehari dua ni.Mungkin pembawakan budak agaknya.

Insyallah,apabila keadaan kembali pulih Ummi akan terjah blog kawan2 yea dan umumkan pemenangnya.
KAt sini Ummi nak ucapkan terima kasih kepada semua kerana sudi join contest sulung Ummi yang tak seberapa ini.

Doakan Ummi cepat sehat dan kembali aktif berblogging seperti biasa.ok.
Ta-ta

*______________*

Saturday, October 9, 2010

Funny Pose On Raya Contest

'Sticky Mode'


Salam sayang to all frens,


Alhamdulillah,
Dengan sukacitanya,saya bersama Incik Suami+Adam
ingin melancarkan 
our first contest

"Funny Pose On Raya Contest"

Syarat-syarat penyertaan:

1.Mestilah menjadi follower kepada blog ini dan add di bloglist anda
2.Copy dan letakkan banner contest di sidebar blog anda,jangan lupa utk link back kan banner ke entry ini
3.Contest terbuka kepada semua bayi yang berumur antara 1 bulan hingga 6 tahun
4.Hanya satu gambar yang dibenarkan untuk dipertaruhkan,kemudian nyatakan sekali Nama anak,Tarikh lahir serta email anda
5.Buat satu entry tentang contest ini dan tinggalkan link entry anda diruangan comment entry ini supaya mudah untuk disemak setiap penyertaan
6.Contest bermula pada 19 Sept dan berakhir pada 9 Oct 2010 [ada pembetulan tarikh,mula pada 19 Sept]
7.Hadiah adalah disponsor oleh Mr Shapiza iaitu My Incik Suami,selaku juri utama bagi contest ini.
8.Juri akan memilih 2 peserta kategori lelaki+2 peserta kategori perempuan untuk ditabalkan sebagai pemenang.

Mailah ramai-ramai pakat meriahkan contest ku ini!
Hadiah adalah disponsor oleh Incik Hubby sepenuhnya,semestinya hadiah menarik menanti anda!

Thursday, October 7, 2010

"comei lotte contest by jaijina"

Salam,

Petang ni nak join contest yang dianjurkan oleh
Jaijina

"comei lotte contest by jaijina"


sesape yang berminat nak join jugak sila klik link ini

Nama anak:Adam Khalish bin Mohd Shapiza
Umur:1 tahun 8 bulan
Nama Ibu:MAsrina ALim

Ok,gambar ni Ummi rasekan sgt comei lotte sebab Adam btol2 tgh pandang kamera time ni.Posing maut gitew!heee..ni adalah momen main air kat pantai,dan Adam st hepi bila dapat main air.Itu yang moke manis jer,ala-ala comei lotte lah bak kata jaijina.
Cair hati keibuan ni bila tengok moke dia yang tersenyum manis macam tuh.

So,kat sini Ummi nak tag beberapa orang kawan utk same2 join contest ini:










Update terbaru utk hari ini.Sila semak k!

Salam,

Salam,

Ini adalah update kali kedua utk hari ini.
Sudi-sudikan tengok yea.

Kategori Boy









Kategori girl







Sila semak penyertaan anda sekali lagi yea,to make sure semua ada.
ok.





I'm so impressed!

Salam,

Ni adalah aksi Adam kat Alamanda semalam.


Gaya dia main tuh macam main permainan laluan berhalang.Ummi kagum tengok dia berlari dari satu terowong ke terowong yang lain.Dah makin bijak sekarang my big boy!
Suka sangat tengok perkembangan dia dari hari ke hari.Apa lagi,Ummi duk nga dia 24 jam.Never missed his milestone.Itu yang sgt bermakna sebenarnya.

Cumanya lagi,Ummi tengah gigih berusaha nak bantu proses percakapan dia.Bercakap nga dia selalu,tell him what is can do and what is can not do.
Buat masa sekarang,Ummi tau ape yang dia cube nak sampaikan melalui body language+sebutan yang kurang jelas tuh.Dia dah tau dan faham banyak benda,cuma x boleh nak tafsirkan melalui kata-kata.It's ok lah kot,let he learn by his own way.Nak pakse sgt pon x boleh jugak kan.Milestone bb ni x sama,btol tak?
Insyallah,suatu hari nanti dia akan boleh bercakap jugak.Jadi teman Ummi berceloteh,ye sayang.




Update peserta contest Ummu_Adam sehingga 7 okt

Salam,

Memandangkan tinggal sehari saje lagi tarikh tutup contest Ummi,
so dengan jayanya Ummi telah berjaya terjah kesemua contestants.Jumlah peserta x lah begitu ramai,tapi oklah sebagai permulaan.Next time boleh cuba buat lagi.

Ok,so for now ini adalah wajah-wajah yang sngat mencuit hati anak-anak kita

Kategori Boy







Kategori girl





Sila semak penyertaan anda sekali lagi yea,to make sure semua ada.
ok.






Awak memang terbukti seorang anak engineer!


Memang sah dan terbuktilah,
bahawasanya
Adam memang seorang anak engineer.
Tengoklah aksi dan gelagat dia bila bermain



Sejak dulu lagi dia sgt minat pada benda-benda teknikal.Kalo dapat tengok tayar keta mainan berpusing,mesti sampai tertonggeng-tonggeng dia tengok.Seolah-olah tengah berfikir,
"Macam mana benda ni boleh berpusing yea??"

Sekarang pulak,sangat minat nga electrical appliances.Yang paling mengejutkan,dia pandai cucukkan palam ke plug.Tapi,itu sgt bahaya.Takut terkena renjatan elektrik.Memang tak leh biar dah dia skarang nih,harus sentiasa dipantau.

Jejak kaki ke Putrajaya for the first time.I'm so excited!

Salam,


Bersiaran di malam hari,di kala mata ku belom mengantuk lagi.


Hari ini dalam sejarah,pertama kalinya Ummi+Adam jejak kan kaki kat bumi Putrajaya ni.*Canggung jer kan bunyik nye?*Nak buat macam mana,saya bukan orang tempatan Kuala Lumpur dan tidak pernah punya apa-apa urusan di sini.Itulah hakikatnya.


For the first time being here,ofkos lah eksaited rasanya.Tapi,sayangnya tak dapat nak tengok keseluruhan bandar pusat pentadbiran negara ni sebab sampai sana pon dah malam.Bertolak dari hotel pon dah kol 6 petang,campur tolak nga salah jalan lagi.So,tak dapet lah mak nak captured pemandangan nan indah kat sana.


Sesampai jer kat sana,terus menuju ke Alamanda.Nak isi perut dulu.*lapar*
Singgah makan kat Noodles Station






Sangat sedap dia punya Dried noodles Tom Yam.Lahap jerk makan.Time makan tuh,kena bergilir-gilirlah nga Incik Suami tengok2kan Adam.Syiok jer dia main kat playground sebelah tuh.Ajak makan pon tak mo.Ralit btol dia bila dapat main,tambah pulak jumpa kawan2.tak ingat hape lagi dah..








Inilah dunia kecil dia,full of imagination and happiness.

Senang sgt dapat kawan,he is frenly boy.Duk sekejap jer tros dapat kawan.

Kat Alamanda tadi,sempatlah merayap kuar masuk kedai,tengok ape yang patut.heeee
PAstuh masuk Reject Shop,cari baju-bajan Adam.Sempatlah rembat beberapa helai baju dan suar panjang utk dia.Bajet tuk pakai masa raya haji nanti.
*aiwahhhh,bahang raya pose pon blom hilang lagik,dah pikir pasal raya haji dah.wahahahahha..kira in advance la kan.boleh gitew?*

Then,masuk kedai Toys City.Beli sikit mainan tuk Adam lagik.
*everything is for u lah my dear.u'r our priority now*
Kali ni beli mainan utk tingkatkan kemahiran menyusun.LAtih otak dan minda dia utk lebih fokus+kreatif.
*gambar-gambar seme nanti ai hapdate kedian yerk*

Dah puas merayap-rayap kat Alamanda [tapi x habis pusing pon,mane yg sempat kaki melangkah ajer],dalam kol 9.30 mlm kami balik.Jam 11 lebih baru sampai hotel akibat 'makan buah langsat' yang begitu banyak.Al-maklum sajelah,tak mahir sgt nga jalan kat cni.Guna GPS pon boleh sesat gak.Sian btol kat Incik Suami.*stresssss*

Syok jer tgk Adam dan Baba tergolek atas katil.Tapi,mata ni blom lagi mengantuk.Nak buat apo ni?







Wednesday, October 6, 2010

Hari-hariku di Kuala Lumpur

Salam..


Masih lagi bersiaran dari bandaraya Kuala Lumpur@Istana Hotel.


PAgi-pagi hari macam ni terperap kat dalam bilik sajork.Malas nak merayau-rayau berdua nga Adam.Nak kena dukung beban sekampit bersas ni,maunya patah lengan Ummi.Tau-tau jer lah dia tuh bukan boleh bagi jalan sendiri,nanti dia menonong jerk jalan ke tempat lain.


Jadi aktiviti jalan2 hanya boleh dilakukan waktu petang lepas Incik Suami habis kursus.


Hari pertama kat sini,Incik Suami bawa jenjalan kat Berjaya Time Square.Naik monorail dari stesen RAja Chulan.Mujurlah stesen monorail depan hotel jerk,senang sket nak bergerak ke mana-mana.Nak drive di tengah-tengah bandar KL ni hanya buang masa,nga jalan sesaknya.Nak cari parking satu hal lagik.So,better guna kemudahan awam lagi cepat dan selamat.


KAt Berjaya Time Square,sempatlah soping barang sket.Baju Ummi,baju Baba.Nak cari something for Adam,tapi xda yang menarik.Kedai toys pon xda@kami yang x jumpa carik pon tak tau lah.4 jam jugaklah duk merayau kat dalam tuh.


Semalam pulak,my BF Aisyah datang dari Gombak.dah lama x jumpa dia,2 tahun lebih.Tak puas sembang.Macam-macamlah isu yang kitorang sembangkan.Pastuh Aisyah bawa gi jenjalan kat Pavillion dan Lot 10.Penat tol semalam coz kena dukung Adam selama 2 jam.Dia jalan pon sekejap-sekejap jer.Saje tak nak lepas dia jalan sdiri,nanti x pasal2 nak kena main kejar-kejar pulak nga si lincah tu.


Sempat ambik beberapa keping gambar sajork petang semalam..



Moke nangis nak turun main air kat belakang tuh


Ni masa kat dalam kedai germs.Sebuk duk main kalkulator tuan kedai.


Beria jer duk tekan kalkulator.




Hari plannya nak jenjalan ke Putrajaya lak.Harap-harap menjadi lah rancangan kami.Nak tengok Tasik Putrajaya yang cantik banget tu.Then nak gi ALamanda,cari toy tuk Adam sbg ole-ole dari KL.