Hitam Putih Kehidupanku

Hitam Putih Kehidupanku

AdikBijak.com

AdikBijak.com
Pendidikan Awal Si Manja anda bermula di sini!

Thursday, September 30, 2010

Teruskan menyertai,tinggal 9 hari lagi.

Salam,

Perhatian kepada semua,
teruskanlah menghantar penyertaan anda bagi 
"Funny Pose on Raya Contest"

Tinggal sembilan hari saje lagi sebelum tarikh tutup.
Leka!Lekas!
Jangan ketinggalan.

Kepada mereka yang sudah menyertainya,terima kasih saya ucapkan kerana sudi memeriahkan contest pertama saya ini.
Kepada yang saya belum terjah lagi,sabar yea.
Saya akan terjah semuanya nanti,coz for now ruang utk ber BW sgtlah terhad.
Tambah pulak berokben yg x berapa cantik ni.
Alahai TM,bila lah nak aktifkan Streamyx ni.
Tak sabar-sabar lagi nak ber'blog' nga jayanye.
Nak post cerita baru pon terbantut,coz tetiba x bleh nak upload gambo plak.
Uitttt,sgtlah leceh.Tak tau pe masalahnya nga blogger ni.

Oklah,till see u all again.
Bubye.

Monday, September 27, 2010

Update kisah 'Our Open House' Sabtu lalu!

Salam semua?
Rindu bangat pada belog ku ini,rindu juga mau membaca kisah2 terbaru kawan-kawan.Namun apa kan daya masa sgt terbatas dek kesibukan di rumah ni.Ini pon baru dapat ruang utk menepek cerita terbaru.*Sangat bz ini orang*


Okeh,now nak citer psl openhouse@kenduri kesyukuran yang kami buat Sabtu lepas.Huh,sangat penat ok bila handle majlis makan-makan macam ni.Tak menang tangan,nak layan tetamu lagi,nak tengok lauk lagi kut-kut kena tambah,nak melayan si anak teruna yang aktif bagai lipas kudung lagi.Hohohhooooo..penat siut!!!Seb baik my MIL datang membantu,sikit sebanyak dapat gaklah meringankan kerja.Tenkiu Mak :))


Kalo nak buat majlis macam ni lagi kena tambah 3 pasang tangan dan 3 pasang kaki lagi lah baru boleh melayan tetamu dgn first class.Baru seronok kan.


Untuk majlis makan-makan tu,ai masak soto sebagai menu utama dan juga nasi dagang yang hanya mampu ditempah.*tidak cukup kaki dan tangan*
This is my first time bikin soto,yerlah soto ni makanan belah selatan so jarang-jarang dijumpai di sebelah pantai timur ni.Saje jer nak buat sedikit kelainan sambil mengembangkan lagi bakat memasak yang suam-suam air ni.heeee
Dan sebagai pemanis ai buat Puding agar-agar jagung dan karamel gula hangus manakala air sirap sebagai pembasah tekak.
Dan utk kanak-kanak pula kami sediakan buah tangan berupa snek+jeli.


Kunjungan tetamu yang amat ramai adalah diluar jangkaan ai+Incik Suami.Secara kasarnya jumlah tetamu yang datang dalam 200 orang kot.Walopon kami hanya bajet dalam +/- 100 orang jer yang hadir.Sangat terkejut bila orang berpusu-pusu datang memenuhi rumah kami.


MAjlis mula jam 2 petang,dimulakan dengan solat hajat dan tahlil yang dilakukan oleh jemputan dari Sekolah Tahfiz Bukit Takal.Dan selepas tu,bermulalah majlis makan-makan.
Seawal jam 3.30 petang semua soto ku sudah habis!Laku btol!
Satu periuk besar,3 ekor ayam licin!Kesian kat tetamu yang terkemudian,x pat lah nak merasa soto.huhuhuhuhu..*terkilan gaklah rasanya*


Sangat meriah our first open house.Puas hati,sangat2 puas hati.Seronok dapat jumpa dan kenal ramai  kawan ofis Incik Suami dan juga jiran tetangga.Kawan-kawan se 'kapal' masa kat UTM dulu pon ade gak yang datang..Kak Aisyah&Suami,Ajib dan Fazriq.


Terima kasih semua kerana sudi datang memeriahkan lagi majlis kami.Insyallah tahun depan jangan segan-segan datang lagi yer!
*jika diberi keizinan oleh Allah,nak buat kenduri doa selamat ulangtahun ke-2 my big boy plak next year.His first ulangtahun tak bersambut coz Baba tgh sibuk shutdown,so hopefully next year Baba free lah tanggal 14 Februari nanti*


Tapi sesuatu yang amat kami kesali semasa majlis berlangsung.Satu keping gamba pon x sempat nak ambik sebagai kenang-kenangan.Kamera pon x sempat nak pegang coz terlalu sibuk time tuh.Sedih sangat,kalo tak dapatlah tepek kat sini sekeping dua.huhuhuhuhu





Thursday, September 23, 2010

U & Me Rayer Together2 Contest

Salam,

Ummi nak join contest 

U & Me Rayer Together2

by 


Jika anda berminat ak join same,sila klik link ini

Gambar yang Ummi nak pertaruhkan utk contest ini adalah,



Ini adalah gambar di pagi raya pertama,ketika sesi bersalam-salaman.Adam jugak tak ketinggalan salam+cium tangan Ummi [ciri-ciri anak soleh ni,ahaksssss..ameeen],
yerlah banyak buat salah kat Ummi kan.Selalu gaduh2 dan merajuk ngan Ummi.heee :)))
Very da sweet moment!
 This yer juz
U & ME Rayer Together2
but,
hopefully next year nyer raya lagi meriah becoz turn Baba laks tuk cuti beraya.


*Bangun pagi-pagi siram pokok munge,pokok munge melor tanam tepi pagar..la-la-la"

Salam,


Sangat rajin anak lelaki Ummi ni :))
Tulun Ummi siram pokok munge cantik kat tepi pagar [pokok munge raya yang tgh nazak,habis daun digigit belalang.Tak tau nak wat camaner lagi dah.Kena beli racun perosak lah kalo macam ni]
Tapi Adam tetap rajin siram,walopon pokok munge tu tgh nyawa-nyawa ikan.
Tengoklah aksi si kenit ai yang rajin amat sangat ni


Rajin kan anak teruna ai ni???
Ade sape2 yang berminat nak jadikan menantu???
tehheeeeee


Siram elok-elok yer sayang.Bagus anak Ummi ni,mencontohi kerajinan Baba yang suka tulun Ummi siram poko munge di laman.
*Bapa borek anak rintik*
yer tak??


Teman sebelah umah datang melawat,Firdaus nama nyer.


Berlakulah dialog antara mereka
Firdaus:wah,rajin nyer awak siram pokok munge
Adam:saya bosanlah duk dlm umah terperap jer.cantik tak munge Ummi saya?
Firdaus:hmmm..cantik.Munge2 Ummi saya pon cantik jugak tau.
[gayanyer cam ayam dan itik bercakap,satu ape pon x paham..]


Dah puas siram munge+bersembang,dia pon buatlah aksi lucu nak kasik Ummi tergelak sampai pecah perut.
Penghibur hati Ummi selalu


Wednesday, September 22, 2010

::Permainan baru diye,menguji+bina minda kreatif::

Salam all,


"yeayyyyy,ndai Adammmm" sambil clap his hand happily.


MAcam tulah dia bila berjaya buat sesuatu.PAndai dah bagi pujian utk diri sendiri.Gud boy!
Baba ada belikan satu jenis permainan baru tuk Adam last two weeks.That time kami bawa Cik Ngah nga Tok Mek jenjalan kat Mesra Mall.Then,masuk kat kedai Toy R Us.Banyak sgt pilihan barang mainan kat situ,pelbagai pilihan utk pelbagai umur kanak-kanak dari bayi sampailah umur 6-7 tahun kot.


Dah lama terpikir nak carikan benda alah ni utk Adam,
Ape ker nama mainan ni erk?Ummi pon x pasti.
Tapi apa yang pastinya ia mampu uji kekereatifan minda berfikir dan tingkatkan daya fokus anak-anak




Tengoklah,penuh minat dia main benda alah tu.Tak rugi Baba beli.
Memang dia sgt suka alat baru ni,x sama nga mainan sebelom ni main skejap jer pastu dah x main dah.tapi berlainan nga alat baru ni,tiap-tiap hari dia main.
Suka tengok dia main,sgt fokus utk alihkan manik-manik tu pada laluan yang berliku.
boleh nampak dia semakin kreatif.
Good-Goody-Goodest


Sayang ku yang semakin membesar bagaikan juara.
Besar nanti jadi anak soleh utk Ummi+BAba yer sayang.


Senyuman inilah yang membuatkan Ummi tabah meskipon dilanda seribu dugaan+masalah.
Kaulah yang membuat Ummi setabah+senekad ini.
Segala-galanya utk mu sayang.
Takkan sekali-kali Ummi jadikan Adam mangsa atas desakan duniawi.
Biarlah engaku membesar dalam kesederhanaan tapi cukup kasih sayang dari ibu dan ayah mu.




Tuesday, September 21, 2010

Seharian ukur jalan,ronda2 Mak Chili beraya di rumah ofismate Baba :))

Salam semua..


Fuhh,kefenatan+kecapek-an yang melampau akibat sakan beraya sana-sini ukur jalan Kampung Mak Chili ^__^


Keluar rumah jam 10 pagi,pergi soping barang nak buat open house@kenduri kesyukuran  weekend ni.then after that tros stat ngukur jalan beraya, dekat kul 7 petang baru jejak tangga umah semula.Sepanjang hari beraya,sempatlah ziarah 4 buah umah kawan-kawan Baba.Sesampai jer kat umah,terus melepek kat sofa.Kepala pon dah naik pusing.Tapi,Adam tetap aktif macam biasa.Memang x kenal erti letih+penat lah ini boy.


Seronok raya kali nih,terasa kemeriahannya walopon pada hakikatnya raya dah sampai hari ke-12.Bak kata orang,raya sebulan.heee


LAgi pon time musim raya macam ni lah nak kenal tangga umah kawan-kawan,eratkan silaturrahim.Sangat seronok dapat jumpa kawan-kawan Baba yang ramah-tamah semuanya,tak kurang juga isteri depa yang sangat2 baik hati.Bersembang cam lama dah kenal,serasi walopon  sesetengah drpd mereka hari ni baru bertemu mata.Sangat frenly!


Sebahagian drpd kawan-kawan Baba ni adalah anak buah Baba [even diorang lagi berumur dr BAba,malahan ada yang umurnya setaraf nga bapak2 kite] tapi sangat kamceng.Takde beza walopon Baba adalah bos diorang,nampak same jer.Tak sangka Baba pandai bawa diri di kalangan orang yang berbeza umur dari dia.Talented!


Rumah diorang,Ma Sya Allah semua cantik-cantik dan besar belaka.Macam-macam design.Semua umah banglo sebiji.Kaya btol!Namun pon begitu,diorang nih low profil.Tak nyombong diri.Itu adalah satu sikap yang sgt baik+patut dicontohi kita sebagai anak muda,belajar dari yang tua.ye la,diorang kan dah makan garam dulu drpd kita,banyak pengalaman.


Dan yang paling Ummi banggakan,ade sorang kawan Baba ni still young tapi dah boleh buat umah sendiri tanpa sebarang pinjaman luar,guna duit saving sendiri.Sangat kagum!
Orangnya simple saje,pakai keta pon biasa-biasa.Sangat berwawasan!


Makan pulak,macam-macam yang diorang hidangkan..mee goreng lah,buah lah.MAcam-macam ada wa cakap lu!Penuh perut ni,kenyangnya masih lagi terasa sampai skang.
Dan bila dapat jenjalan macam ni,Adam lah orang yang paling hepi,macam baru terlepas gayanyer.Nak-nak lagi jumpa kawan,memang dia main sampai x hengat,sampai x nak balik pon.Dan part yang paling besh lagi,dapat manyak duit yaye yang pak cik mak cik bagi.NAmbah lagi rezeki Adam!


Okieslah,mau solat Isyak jap sebelom masuk tido.MAlam maseh muda,tapi mata dah kuyu layu.


[sori yea,entry malam nih xda gambo psl x snap picture pon masa beraya tadi.Malu laks nak ambik gambo kat umah orang,hee]


Bubye





Sunday, September 19, 2010

Baby Raya Baby Bergaya Contest

Salam,

Saya dgn bangga nya ingin menyertai contest yang dianjurkan oleh seorang kawan,
iaitu Kak Wardah
Sebagai memberi sokongan padu kepada 

Baby Raya Baby Bergaya Contest
@


Contest ini ditaja oleh


Ummi nak pertaruhkan gambo Adam time raya hari tu.Tak taulah bergaya ke tak,tapi yang pastinya Baby Beraya la..heeee
Take a look yer kak wardah




Nama:Adam Khalish
Tarikh Lahir:14 Feb 2009
Umur:1 tahun 7 bulan
Email:shadamina@gmail.com





Babai Berokben,Welcome to TM Stremyx!

Salam,


Alkisahnya di pagi 10 Syawal...


Geram btol nga berokben ni,blom sampai setengah bulan dah dapat msg 


"You have reached your volume quota. Once you are directed to the portal, your speed will be reduced. Buy more data volume to enjoy uncapped speeds."


[kasik bold+highlight kaler merah,pasal aku tgh hangin satu badan neh!]


Sakit hati btol!Pada hal nyer bukan duk guna 24 jam non stop pon.Sekali-sekala jer pon guna dan tiap kali online pon x sampai 3-4 jam.Paling lama online pon 2 jam.Apa kes tetiba dah reach volume quota? Ni dah jadi kes tipu ni.Tak boleh jadi dah kalu asek macam ni jer.Dah ler line nyer pon sengut-sengut jerk,skejap ok skejap x ok.Nak ber'blogging' pon x senang hati wei!


{mesti ramai gak yang kat luar sana tuh alami naseb dan masalah yang sama cam saya kan?grrrrrrr...}


So, sblom hati ni lebih sakit+mulut membebel macam-macam better now i switch to more stable network.Rugi wooo kalo duk bayar tiap-tiap bulan but then x leh nak guna sepuas hati.Lebih baik sedekah duit tuh kat orang lain dari duk bayar free kat pembekal berokben yang hanya pandai kelentong semata-mata.Banyak cantikkkkkkk!!!!


Jadi,dengan berbesar hatinya Incik Suami telah bersetuju mau terminate ini berokben,dan pasang Stremyx kat umah ni.*Lompat-Lompat kegembiraan*
Tenkiu to my Abang becoz sgt memahami isteri mu ini.mmmmuahhhhhhhssssss
Bolehlah Abang pon tumpang sekaki tuk bace paper online+tgk video kartun Bleach kat U-Tube tu iyea,heeee
Pasni bolehlah ber'blogging'+ber'muka buku' sampai terkuar biji mata,kuikuikui.
And the bestest is i can search more recipe yang sedap-sedap,utk sapa lagi kan..utk Abang tersayang jugaksss..heee


[Pagi ni,nak pegi TM submit application form.MayB in one week baru bleh guna kot.Nanti dapat satu lagi notebook PERCUMA from TM.waahhhh,heaven giler kalo macam ni.Ummi satu,Baba satu..Adam?tengok ajerlah Ummi+Baba dia ber online.wakakakaka..]


Ummi,Adam pon nak jugak notebook.Nak tekan-tekan,nak main-main.
huhuhuhuhuhuuhuuuuu







Friday, September 17, 2010

Terngiang-ngiang suara anak buah nyanyi lagu Burung Pipit,winduuu..*tsk..tsk..tsk*

Salam semua,


ade yang tak tido lagi ker?buat per malam2 macam ni?


Niat di hati nak tido dah ni.Nak tengok citer seram,'40 hari bangkitnya pocong' kat ASTRO Prima tapi takut la plak.Dah ler duk sorang2 malam ni,malam karang nak kena bangun sahur plak.Baik jgn tengok siang2,karang ade yang x bangun sahur+ponteng pose 6 esok.heeeee :P
Lagi parah :((


Tak boleh nak lelap,pesal ntah tetiba teringat kat anak buah jauh nun kat N9.Winduuu kat dia.Windu nak dengar celoteh dia yang macem2 tu.
Terngiang-ngiang,terdengar-dengar dia nyanyi lagu "Burung Pipit"
Tak semena-mena saya pon nyanyi jugak lagu tu sorang-sorang.Ni dah parah tahap maxima dah ni.


Balik kampung hari tu,satu umah hafal lirik lagu "Burung Pipit" tu,dialah yang ajar kitorang.Dari Tok Ayah sampailah ke adik dia yang umur 2 tahun duk nyanyi lagu yang sama.Gegak gempita umah Tok Ayah.Happening habes!Mujur lah Adam tuh blom pandai bercakap lagi,kalo x nga Adam skali la dduk syok nyanyi lagu "Burung Pipit".Saya siap record then set as ringing tone lagi suara dia nyanyi.Comel sangat :))


Kakak Syafiqah.
Sangat cerdik dan petah bila bercakap.Suka sgt bila diajak bersembang.
Tak kering gusi bila sembang nga dia
Hitam si tampok manggis,makin dipandang makin manis.
heee


Cucu kesayangan Tok Ayah,manje btol nga Tok Ayah dia.Kalu dah jumpe Tok Ayah,tak ada ma+abah dia pon xper.Yang paling touching skali bila nak berpisah nga Tok Ayah mesti dia nanes bagai nak rak tak nak balik N9.Terpakselah pujuk dan janji macam2 nga dia baru nak naik keta.Dia jadi macam tuh sebab masa kecik-kecik dulu membesar ngan Tok Ayah+Tok Mek kat kampung coz mama dia sambung stadi [J-Qaf].Sampai lah umur dia setahun setengah baru duk skali nga mama dia.
Kakak Piqah yang comel.Dia selalu cakap 'kakak sayang adik Adam,mmmuahsss'
sweet kan??

Lagu Burung Pipit

Saya ada burung pipit,
Satu hari jatuh sakit,
Saya fikir nyamuk gigit,
Gigit mata burung pipit.

Lagu ni sangat comel bila budak-budak nyanyikan.Ala-ala riang ria nga gaya yang cute.
Uhuk uhuk uhuk,rindu kat kakak!!!
Harap dapt jumpa lagi next school holiday.Tak sabar rasa nyer la haiiii

















Open House@Kutip Duit Raya

Salam,

Selamat pagi semua!

Semalam kami bertiga ke umah kawan baba,dia buat open house.Tenkiu to Pak Cik Din Kayo nga isteri,Kak tiey atas jemputan.

Kami antara yang terawal sampai,heee.Bukan pe,datang awal orang blom ramai lagi yang sampai.Senang sket nak control my super duper lasak boy sorang ni haaa.Orang lain tengah sibuk makan,dia plak sibuk duk jaga tong air sirap.Pandai plak tu duk nak tekan injap tong air nak buh air dalam gelas sendiri.
Macam-macam lah ragam dia..

Macam-macam menu yang tuan umah sediakan.Mee kari,sate,nasi dagang.Bahagian pencuci mulut plak ada agar-agar,puding n macam-macam lagi.
Sangat besh!
Isi perut sampai x hengat la semalam.Pergi perut kosong,balik umah perut penuh kekenyangan.heeee,rezeki jangan ditolak.ye dak?


Sempat berposing sebelom kuar umah.
Gedikss nyer la hai..
heee

Aktif ke sana ke mari,
memang tak takut orang langsung,frenly jek memanjang

minum air sampai dua gelas tuh,
siap pakai sudu bagai.
kelakar tol la anak Ummi


Sebuk duk jaga tong air


Penat berlari,pause kejap minum air kasi hilang kering tekak


mamam sate syedapppp


On enjin balik semula

futnot:nak masak ape erk berbuka nanti?mee kuah?pon ok jugak..ermmmm..menjejes air liur pose-pose cenggini bila teringat mee kuah..jeli-juzzzzzzzzz








Thursday, September 16, 2010

Masih lagi dalam mood raya~ *____*

Salam,


Rasanya masih belom terlambat utk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri utk semua teman-teman alam maya ku yang tersayang.


Amacam raya u all?Meriah tak?


Mesti semua still lagi in raya mood kan?Pastu rasa malas-malas ayam nak masuk opis after cuti panjang,betol tak?


Tak per,tak per..x kesahlah walopon ada yang dah kena naik kerja seawal 2 Syawal,raya tetap raya.Harus manfaatkan hari yang mulia ni,kan setahun hanya sekali ia datang.


Saya pon dah kembali to our home sweet home,dah tiga hari dah balik sini.Tapi hari ni baru terbuka pintu hatiku utk berceloteh kat sini.ceeewahhhhh,ayat power giler sehhhhh..hahahhahaaa


Raya tahun ni tetap meriah walopon Incik Suami tiada di pagi raya.baba x de,tapi Adam ade.Kehadiran anak tercinta pujaan hati pengarang jantung ku sorang ni pon dah cukup buat hari raya ku meriah.
[pujuk hati sendiri..x mungkin sama jika tiada suami tercinta lebih-lebih lagi di hari yang bermakna mcm ni.kalo Abang ada,mesti lagi meriah..uhukuhuk]


Sangat-sangat havoc umah kat kampung dengan kepulangan adik-beradik dan anak2 sedara.Bukan senang dpt peluang dapat duduk sekali nga semua adik-beradik serta kaum keluarga yang lain,time raya ni jer lah peluang dapat peluang bersembang dan bergelak ketawa bersama.The priceless moment to be remembered!





My handsome boy wif his second Baju Melayu.
Kacak!

Adam wif his cousin,Kakak Syafiqah [anak gadis yg suka berceloteh,buat semua orang x kering gusi]


Famili Mak Long Adam

Ister-isteri yang beraya tanpa suami.
[Pak Long Adam balik N9 lepas semayang raya,kena koje juge]


Famili ku yang sgt bahagia
[yang pempuan jer suka bergedik-gedik depan kamera,yang lelaki malu katanya nak bergambo.
ade ke patut?]


adam dapat banyak duit raya tahun ni.Cecah ratusan jugakla.
Inilah yang dikatakan rezeki anak kecil,btol2 murah rezeki.




Salam raya ngan Tok Mek


Salam raya nga Ummi



huh,berair mata nak menghabiskan upload gambar raya yang teramat banyak  ni.Rasanya cukuplah gambar yang ada ni,malas yang maha amat mau upload lagi.Mata pon dah kelat ni,ngantuk.Penat sepetang pergi open house hari ni.Lagi pon nak kena kena bangun sahur,memulakan operasi ganti pose sekaligus pose 6.


Selamat malam semua!


Thursday, September 2, 2010

Lip-Lap-Lip-Lap Anak Mami *______________*

*mode yang sgt hepppiiii*

^_______________________^

wah,lebarnye senyum!ade pape kew???
heeee..


sekadar gambar hiasan

Petang tadi,pergi Wah Chan kat Kuantan.
Tertarik nga iklan kat TV.
beli satu percuma satu!

propaganda semata-mata rupanya,bukan semua item buy one free one.Juz item yg one set jer dapat percuma.Tapi,still gak ade item yg 50% discount.
Pastu,bagi emas 916 lak dapat beli nga harga rendah.
Kalau harga pasaran emas 916 adalah RM144/gram,tapi kat Wah Chan ni customer dapat beli ngan harga yang sgt rendah ,iaitu RM127/gram.
Murahkan???

So,ape lagi...
Ummi teros menunaikan hajat la kan.Memang sudah pasang niat nak tambah koleksi barang kemas.Tapi,beli ni bukan ngan duit Incik Suami taw,tapi Ummi beli ngan duit kutu.
Hasil dana bulanan yang diberi oleh Incik Suami.Menabung sket2,lame2 jadi bukit.ye takk?
[ai ni mmg suka beli barang kemas.bukan ape,dari duit duk habes nga sopeng yg bukan2 lebih baik beli emas.Emas tu kan satu bentuk pelaburan jugak.Lagipon,emas ni regenya sentiasa naik.Esok2 kalo nak guna duit,boleh dijual.LAku!yelah,kita ni bukannya akan sentiasa senang.Entah esok lusa bakalan susah menimpa.So,sediakan payung sblom hujan.Itu yang terbaek]

Jadi,kepada sesiapa yg berminat dan berniat nak beli barang kemas,bolehlah berkunjung ke mana2 kedai Wah Chan di tempat anda sekarang.Memang sgt untung.Bukan senang nak beli emas nga harga serendah RM127/gram sekarang neh!



Contest Memek Muka Si Manja

Nak join contest yang dianjurkan oleh 
Ibu Aqil

Kalo ade yang berminat nak join jugak,
klik link ni yer
............


Ummi pertaruhkan gambar ni utk contest kali ni

Nama:Adam Khalish bin Mohd Shapiza
Umur:1 tahun 6 bulan




Mee kuah,resepi Kelantan mari

Salam,

Semalam masak mee kuah,resepi khas dari Kelantan.
Rasanya kat sebelah pantai barat xde kot makanan ni.
Mee kuah ni ala-ala mee rebus la.
Sangat simple nak menyediakannya.Kalo taruk banyak lauk lagi bes.
Masak semalam,Ummi taruk apa yang ade kt dlm freezer..
daging segar,ayam,telur nga fish cake.
Kalo ade udang,lagi meletop lah rasanya.
Fulamak,sangat sedaplah ckp nga u all!!

Incik suami siap tapau bawak gi opis walopon dah semangkuk besar makan masa berbuka tu.
Tak puas katanya.

Nak tengok apa rupanya Mee Kuah Special ni?
Ni dia

Ini adalah kuah nyer



Bahan-bahan:
[2 0rg makan]
4 ulas bawang putih diketuk
daging  dan ayam diptong kecil2
sebiji telur
[kalo nak letak lauk lain pon boleh,like udang or sotong]
sedikit lada hitam ditumbuk [secukup rasa la yer]
gula
garam
sebiji lada merah
sebiji tomato dipotong empat
sayur sawi
2 mangkuk air


Cara masak:
Tumis bawang putih,bila sudah kekuningan masukkan air.Bila sudah mendidih bolehlah dimasukkan serbuk lada hitam dan juga daging.Masak hingga empuk kemudian masukkan ayam dan telur.
Biarkan ayam dan telur masak,kemudian masukkan tomato dan lada merah.letak sedikit garam dan gula dan serbuk perasa [pastikan rasa kuah anda itu lebih kepada manis sikit yer,tp jgnlah manis sgt..secukup rasa jer taw!]
Akhir sekali,masukkan sayur sawi.

Cara hidangan:
Taruk kuah dalam mangkuk,taruk mee,letak sedikit kicap dan sos cili[sesedap rasa lidah u all la nak taruk banyak mane k].
Nak sedap lagi tambah lada jeruk dan sedikit lada sulah.
Memang kompem hirup kuah sampai kering la.
Sedap.
Percayalah kerana ianya adalah BENAR!
[bukan saya masuk bakul angkat sdiri yer..tapi mmg resepi ni sedap]

Boleh anda mencuba tutk juadah berbuka petang nanti yer..