Hitam Putih Kehidupanku

Hitam Putih Kehidupanku

AdikBijak.com

AdikBijak.com
Pendidikan Awal Si Manja anda bermula di sini!

Monday, August 30, 2010

Dapat AWARD BW dari Sarah-Najwan!

Hye..
Sangat gumbira kerana dapat satu lagi award dari

Terima kasih kepada tuan empunya blog yer.


Jom jawab beberapa soklan utk melengkapkan syaratnyer

1. Apa yang sedang bermain di fikiran sekarang?
Dah nak raya lerrr..

2. Apakah nama samaran anda?
Mas/Ina

3. Berikan 3 orang yang anda sayang:
Incik Suami,Adam,Mak

4. Panggilan untuk si dia:
Abang/Baba

5. Hadiah yang diimpikan oleh orang yang teristimewa
Kesetiaan,Cinta,Kepercayaan

6. Blog yang anda suka visit
Blog yang saya follow

7. Taggedkan kepada:
Dina
Ju
Lin


Sejak ada anak ni,mulut ku ini asek berbunyik saje.Adam jangan itu,adam jangan ini..macam bertih jagung dah jadiknyer :((

Salam..


Korang ada masalah yang sama x?


Semenjak ada anak,lebih-lebih lagi sejak Adam dah pandai macam-macam ni mulut si ibu ni asek bercakap saje.Ntah ape yang saya bebel kan pon saya x tau.kekadang tu,siap nga high pitch lagi.Tak kira dah pitching lari ke tak,main hentam saja!


Dan skrip yang paling kerap disebut tiap-tiap hari,


"Adam,jgn main tu..pot-pet-pot-pet.."
"Adam jgnlah macam ni..bla-bla-bla.."
"Adam,Ummi x suke la macam ni..pot-pet-pot-pet.."


Hari-hari duk ulang skrip yang same,x bosan ker?
Kalo lah jiran dengar,alahai malunyer aku..agaknye dia mesti heran,anak kecik lagi tapi asek lah duk bercakap mak cik sorang nih.
yerla,beria duk membebel bukan Adam tuh paham pon kan.Tapi macam dah jadi satu habit lah plak.Mesti nak bercakap jugak walopon dah tau Adam x paham.Rasa cam ringan jer mulut ni nak berceloteh itu ini.
Agaknya mcm nilah bila dah jadi mak-mak ni kan?Mulut laju jer bercakap,memang x heran dah pakai lesen ape.
[ker saya jer yang mcm tuh?korang macam mana erk?]


Tak kisahlah kan kalo dah jadi habit pon.Asalkan x bercakap benda-benda yg x elok sudahlah depan anak-anak,nanti mempengaruhi kelakuan dan pemikiran dia pulak.-ve..


Nak tau ape reaksi Adam kalo saya larang dia buat sesuatu?
---Tengok ni---

Duk buat muka macam ni,Ummi yang tengah berapi nak marah pon boleh gelak tergolek- golek tau!



Resepi~Chocolate Muffin

Salam to all,


Selamat kembali bekerja kepada working Momma & selamat menjalani hari-hari biasa bagi housewife macam saye.
[musti working Momma ade yang Monday Blues nak pigi keja pagi ni kan?liat-liat ayam nak masuk keja,ye tak?xpe,caiyyokkkk2..demi mencari rezeki utk anak-anak!]


Pagi ni saya nak kongsi satu lagi resepi,Chocolate Muffin.Macam biasa lah,saya cilok resepi neh dari myresepi.com.


Sangat mudah dan cepat nak sediakan muffin ni,rasanya pon sedap.Incik Suami sangat suka sampai request suh buat lagi.Kawan-kawan opis dia pon suka.Siap nak tempah lagi tuh!Biaq btuiiiii????hahahahhaaa..
[depa melawak je kut agaknye..hati,tolong jgn perasan lebey-lebey ok!]


Dahler tu melalut..jom kita ke dapur..!


Bahan-bahan:
2 biji telur (M-size)
2 sudu kecil madu
6 biji coklat@6 ketul coklat bar
80 g unsalted butter-dicairkan 
15 g serbuk koko**
2/3 baking powder**
60 g gula ising**
65 g tepung**


**bahan tersebut diayak terlebih dahulu


Cara-cara membuatnya:
1.Pukul madu dan telur sehingg berbuih/kembang
2.kemudian masukkan bahan yang telah diayak.Gaul hingga sebati
3.Masukkan butter yang telah dicairkan dan kacau
4.Masukkan adunan ke dalam paper cup hingga 1/2 penuh.Kemudian isikan coklat cair.
Setelah itu,masukkan adunan sekali lagi hingga 2/3 penuh.
5.Bakar pada suhu 170 celcius selama 20 minit.


Dan hasilnyer..

very da marbeles+delicious muffin

Hiaskan ngan sedikit badam jika anda suke.
tengok tu,lelehan coklat btol2 buat saye kecur air liur.
Cuba lah!

Sunday, August 29, 2010

AVENT~Teman setia Adam kini berwajah baru!

Salam,

Kawan setia Adam,cik Avent kini sudah bertukar rupa..


Kini


++++++


+++

Tip dah ditukar kpd jenis baru,
for baby age 2 yrs.
Tit jenis ni keras,so Adam dah x bleh geget lagi dah.Kalo tit yang biase tu,kejap jer tukar dah koyak balik.Tak larat dah Ummi nak hangkut kat kedai lagi.Dahler mahai..RM10 satu.Botak kepala Baba kalo tiap-tiap minggu nak kena tukar tit baru sayang oiiii!
Bila dah tukar yang neh,ayang gegetlah mcm mano pon,kompem x kan koyak punyo..
hahahhahahaha



Satu lagi kelebihan botol baru ni,penutup dia jenis yang permenant,x perlu dibuang bila nak guna,juz bukak jer mcm penutup air.Senang jenis mcm ni,x mudah hilang.Kalo yang lama tu,asek hilang jer penutupnyer.Dah ler Adam ni dah mula pandai sembunyik2
 barang,memang selalu hilang la.
Senang+Mudah


Appearence nyer pon menarek+tertarek
Comel

futnot:Avent neh mmg terbukti bagus utk Baby.Adam sejak lahir sampai sekarang,Alhamdulillah x pernah kembung.Sebab tu lah sampai sekarang rasa selesa nga Avent wpon regenya sedikit mahal,tapi berbaloi demi yg terbaek utk yang tersayang!

::Sepupu Sepapat Adam::

Salam,


Selamat petang semua.Mommies sekalian dah mikir ke nak masak per buat juadah berbuka nanti?Mesti masak juadah yang lebih dari biasa kan,maklumlah hari ni kan PH.Bagi working mommies,hujung minggu mcm nilah nak masak yang best2 utk anak+suami ye tak?


Saya lak x masak yang grand-grand sgt harini,pasal badan pon masih terasa penat lagi travel balik kampung.Kol 1.30 am malam tadi sampai.Tido pon tak lena sangat.Bangun pagi-pagi dah nak kena setel umah,dua hari tinggal pon dah berhabuk semacam jerk.Kat dalam peti ais ade ape jerk,ayam+udang+sayur-mayur+ulam.Ingat nak masak ayam paprik+sayur campur.Petang-petang sket baru masuk dapur.Nak buat BW kat blog kawan-kawan jap. [2 hari tak bukak blog,macam2 citer yang menunggu neh]


Ok,back to the title..hari ni Ummi nak perkenalkan sepupu sepapat Adam yang sgt comelss semuanya.Balik kampung haritu,semua ada.[semua balik tuk melawat jenazah nenek saudara buat kali terakhir]Riuh rendah jadinya bila ada bebudak ni seme.Meh kiter tengok satu-satu sepupu sepapat Adam yang cheeky+cergas.Mereka seme ni anak sepupu Ummi,maknanya hubungan mereka nga Adam dah jadi 2 pupu.Bunyik cam dah jauh kan hubgn mereka?Tapi,sebenarnya rapat coz Ummi nga sepupu sgt rapat,mcm adik beradik sendiri.


Tengah main tulis-tulis atas pasir.
Cukup genggg..
GBS Adam

Tiga serangkai neh adik-beradik.
Abang Ngah,Abang Chiq,Baby Aliff
Ade lagi sorang ekceli,Abang Long.Mana ntah peginya time ni..
Comelss kan bebudak ni?

Tengoklah tu,kamcing bukan main lagi budak dua orang neh.
Kecik-kecik dah psg geng..ohhh...lalalalala..

Baby Aliff@Alifullah
Sangat lembut bila bercakap.Suka sgt dpt usik dia..ekekekekke


Abang Chiq@Amirullah
Yang ni,sgt petah bercakap.Bila orang tanya,mesti ade-ade je jawapan dia.
suka layan dia bercakap,byk idea!

Ha,yang ni namanya Faris Zafran@Ayesh
Umur baru 2 tahun,tapi mulutnya Ma Sya Allah,byk btol.
Sgt2 aktif,asek berlari jerk keja dia.Bila nga Adam,dia akn panggil Adam adik..kelako btol!



Suker nyeerrr dia bila dapat geng!


Budak-budak ni seme sgt rapat nga kami becoz derang takde atok,dah meninggal 4 tahun lalu.jadi,derang sgt manja ngan ayah Ummi,tumpang kasih sayang.Lagipon itulah satu2nya atok sedara mereka yang ade kat dunia ni.Share-share kasih sayang,apa salahnya kan?Tak rugi sesen pon :P





Perginya di Bulan Ramadhan~Alangkah bertuahnya arwah

Salam,


Selamat pagi Ahad,19 Ramadhan 1431M..


Dah dua hari x bukak blog,sedikit berhabuk.Banyak citer-citer terbaru kat bloglist yang belom di'terjah',ambik sedikit masa nak buat blogwalking.


Tepat jam 6 ptg,16 Ramadhan 1431M..
Satu-satunya nenek saudara Ummi yang ada [yang lain sudah dijemput Illahi],telah menyahut panggilan Illahi.Arwah memang dah sakit lama,hampir 10 tahun.Ingatkan sempatlah jumpa arwah raya nanti,kerana arwah masih lagi boleh bangun dan bercakap sebelom ni.
Takdir Allah,siapa yang tahu.


Arwah pergi juga,pada bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini.Memang arwah pernah duk sebut2,katanya Ramadhan tahun ni dia takkan dapat puasa dan berterawih penuh.Jadinya,pada tahun lepas arwah memang dah siap-siap tunaikan terawih 30 hari full!Rupa-rupanya ini Ramadhan terakhirnya.Sebelum arwah pejamkan mata,dia juga ada bertanya tentang adik arwah sedangkan adik arwah sudah lama meninggal dunia.Memang arwah sudah menunjukkan tanda-tanda yang pelik sebelum kematiannya.


Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan aman di sana.Arwah sangat bertuah kerana dijemput Allah swt dalam bulan yang penuh pengampunan ini.


Al-Fatihah buat arwah.

Wednesday, August 25, 2010

Sendirian melayan perasaan~

Salam...


hai sayang-sayang sekelian alam..Dah kenyang berbuka?Mesti dah bersiap-siap nak terawih pulak kan?


haihh,miss to read Quran and miss to perform Terawih.Rasa kerugian yang amat sangat.Tapi nak buat macam mana,dah nyer pempuan haruslah ada waktu 'rehat' yang Allah dah bagi kat kita kan?


Memalam cenggini,umah sunyi sepi.Dengar sore kat TV jer duk ngong-ngeng ngong-ngeng terpasang.Incik Suami dah pigi kerja.Adam pulak dah selamat belayar di alam mimpi.Siang tadi dia tak tido,duk melompat+tergedix-gedix+berlari-lari sana sini main nga Baba dia sampai lupa waktu nak tido.Haih lah anak.


Macam tulah dia bila Baba ada,dari yang mata kuyu ngantuk pon boleh celik seluas bakul.Asek nak main jer.Pantang Baba hilang kat mata,terus tercari-cari sambil mulut sebuk duk tanya Ummi 'aba-aba..aba-aba?'
Memang anak BAba lah katakan.Tapi,kalo nak tido mesti cari Ummi dulu.Sayang gak dia kat Ummi yer :X


Ingatkan malam nih nak sambung buat kuih.Tapi,perasaan malas plak bersarang.Barang nak buat kuih semua dah ada.Harapnya stok tu cukuplah tuk buat kuih raya sampai next week before say gud bye to 'baiti jannati'.


Dah kedengaran Azan Isyak kat surau tuh.Seronoknyer kalo dapat berterawih+baca Quran macam malam-malam yang lepas. *sob*sob*sob*


Oklah kawan-kawan seme,nak masuk dapur isi perut jap.Belom makan nasi lagi dari siang tadi.Walopon x pose,tapi sama gak cam orang pos.Perut ni dah terbiase agaknya malam baru terima nasi.


Jumpa kat entry lain yer.


Selamat Berterawih!









Berita Hangat+Gumbira buat staf-staf GOMEN!

Salam,


Buat ape petang-petang cenggini?Dah siap masak tuk berbuka?Saya x masak harini,Incik Suami ade program berbuka kat surau.TAmbah pulak saya tengah BENDERA MERAH,so terasa tersangatlah malas nak isi perut sendiri.MAkan ape yang ade je.


Wowwww..
Berita yang menggumbirakan buat semua staf kerajaan+pesara!
Derang dapat duwet rayo tahun ni.RM500 tu!Boleh cover separuh bajet raya woooo..
Rezeki orang GOMEN.Bagi orang yang x GOMEN plak terpaksalah pulun nak cukupkan bajet raya,ye x?


DAn bagi yang separa-GOMEN like my husben lak,terpaksa lah korbankan waktu off-day utk buat OT demi nak tambahkan income.


Tapi x mengapalah,rezeki masing-masing kan.Mungkin rezeki mereka kat situ,rezeki kita pulak kat tempat lain.Allah dah bagi kesihatan tubuh badan pon,dah cukup besar nikmatnya.
Syukur!!


To Mak Long:Wah,raya sakan lah yer tahun ni.Poket tebal!wuhuuuuuu..
Bolehlah kasik Adam duit raya manyak-manyak yer.Kalo boleh tuk mak dia sekali eyhhhh..heeee

Tuesday, August 24, 2010

Resepi Biskut Cornflakes PArmesan~Crunchy

Salam,

Malam ni,saya nak share resepi biskut raya yang ke-4
iaitu

Biskut Cornflakes Parmesan


Biskut ini sangat sedap,
ade rasa crunchy+lemak 

MAri saya tunjukkan bahan-bahan & cara-cara membuatnya

BAhan-bahan:
400gm mentega
200gm gula
1 biji telur
200gm tepung gandum
150gm tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
150 gm keju parmesan
1/2 sudu teh baking powder
150gm cornflakes [lebih banyak lagi sedap]

CAra-cara:
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang
2.MAsukkan telur dan esen vanilla.KAcau hingga mesra
3. Kemudian masukkan tepung gandum+tepung jagung_baking powder yang telah diayak
4.Masukkan conflakes yang dikisar kasar dan akhir sekali keju parmesan.Gaul sehingga menjadi doh.
5.MAsukkan ke dalam cawan kertas dan bakar pada suhu 150 degree celcius selama 18 minit.

Cube,jangan x cube,
Gerenti x nyesal punye!
Selamat Maju Jaya

Bendera Merah

Akhirnya, BENDERA MERAH setelah D&C bulan lepas.
Ingatkan dapatlah berpuasa penuh tawon ni.Namun,x kesampaian gaklah impianku.
NAmpak gayanya,kena usaha gigih dihujung Ramadhan utk langsaikan misi ku yang satu itu.
HArapnya niat baik lagi suci murni ku itu diperkenankan+dipermudahkan Allah Ta'ala.

Kena pikirkan aktiviti bermanfaat selama period nii.
Ermmm,apa yer???
Kawan-kawan ada idea or cadangan tak?

Baba kasik green Light~TAmbah baju raya Adam

Salam,


Selamat berbuke.Makan ape berbuka tadi?Saya makan sempoi-sempoi aje.Sorang jer lagipun.


Wewittttttt..
Dapat sopeng lagi pagi tadi.Dengan baik hatinya Incik Suami tercenta kasik green light utk tambah baju raya Adam.Rasanya 3 pasang tu tak cukup,faham-faham je lah budak kecik kan blom setengah hari baju dah nak kena berganti.Lagi lah time-time raya nanti,ngan biskut+makanan+air sah-sah comot.Nak pulak budak cam Adam ni ha,pantang tengok makanan semua nak,pastu nak makan sendiri.Bukan makan pon,main jer lebih.


Jadinya,pagi-pagi lagi saya ngan cargas nye bergegas ke bandar berdua ngan Adam.Kalau dah tengahari nanti,susah plak nak cari parking.Dah lah ai ni memang x berapa nak terer parking,so kuar pagi-pagi dapatlah parking yang luas dan dekat depan pintu Centre Point.
[kalo buleh,nak parking tros dalam kedai..muahahahahhahahaaaa]


Mak aihhh,bukan bersilat lagi dah tapi segala taekwando-wushu lah bila kuar berdua ngan dia.Semua benda dia nak sambar.Nak berlari bebas sana-sini.Mana dapat dek.Sudahnya saya dukung je dia,selesai masalah.


Sekarang neh,tengah sales bukan main kat pasaraya.Memang menganggu-gugat iman di dada.Eceeeehhhhwaaaahhhh..
Kat The Store ada sales,kat Butik Anakku pon ada sales gak.Sangat-sangat berbaloi kalo sopeng time sales ni.Buleh cut cost.
Kat Butik Anakku,2 pasang baju (kemeja+slack) dapat ngan harga RM90.Biasanya kalau brand Anakku,sepasang jer pon dah dekat seratus lebih.Semua baju tuh sangat comel+sesuai tuk bergaya di pagi raya.
MAsuk The Store pulak,lagi banyak sales.Macam-macam brand ada..KIKILALA-KIKO-DISNEY.
Hohohohohohohoho..rambang mata mak nyah!


Ni diye hasil rembatan kat Centre Point siang tadi..

Sepasang T-shirt+Slack,Sepasang Overall,sehelai Kemeja

2 pasang baju tidur yang sgt comel+cute

Beg Anakku,PERCUMA!!
I like it.


Dan ini pulak,DVD khas for my baby
Biar dia cepat boleh cakap
Daripada duk tgk TV memanjang,lebih baik sekali-sekala tgk benda yang berfaedah.
Ada juge manfaat nya.



Hurmmm,rasanya part baju raya dah siap sepenuhnya.Tinggal lagi part kuih-muih.Tengah gigih buat kuih raya neh.Coz tinggal seminggu lebih jer lagi tuk siapkan kuih raya sebelom BAba balik anto Ummi+Adam kat kampung.
[sedehnya bila ngenangkan pagi raya tanpa BAba tawon ni. *sob*sob*sob* Raya ke-4 baru Baba stat cuti n boleh raya sakan.moleylah ADam kutip suwit rayo manyak-manyak tawon ni,wehoooooo!!]





Sopeng Raya~Berbelanja dengan penuh berhemah


Salam Ramadhan ke -14!



Uhhhh,cepatnya masa berlalu.Sehari lagi akan masuk separuh Ramadhan.Rasa macam semalam jer baru stat pose kan?
Alhamdulillah,sehingga saat ini masih lagi diberi kesempatan oleh Allah swt utk berpose+beribadah semampunya.
[walopon Terawih dah 3 hari out of track.Nak buet macam mano,dah ade anak ni lain sket keadaannya.Nak tidolah,nak mainlah.Nak ngek ngek lah.Buat apa yang termampu sajelah.Seb baik setakat ni mengaji masih lagi keep on track.Hopefuly,misi berjaya! :D]

Bahang raya dah semakin terasa,lagi 16 hari.Tak lama dah tuh.Lagu raya pon dah berkumandang kat mane-mane skang ni.Semua pon dah mula sebuk buat persiapan raya,terutama sekali bagi ibu-ibu.PAsaraya dah penuh sesak nga lautan orang ramai,sopeng baju-bajan raya anak-anak.

LAst two days,balik kampung Incik Suami kat Kuala Terengganu lawat mertua.Sambil-sambil tu anto sekali baju raya tuk dijahit.Mujur mertua tukang jahit,senang lah sket.Tempahan boleh diambik bila-bila masa.Malam raya pon boleh!ahahahahhaha..

Dah kebetolan kat sana,ajaklah Incik Suami gi Pasar PAyang.NAk cari sampin dan kopiah Adam for raya,sekali ngan kain pelikat Incik Suami.BAju-bajan lain dah siap beli kat Kuantan hari tu.Dan baju Melayu plak Tok MA  diye yang sponsor.Tok Mek Kelantan plak sponsor cincin raye tuk Adam.
[nenek-nenek ni sayang bangat ngan cucu derang ni!]
Wauuuu,complete suit lah Adam raye tawon ni!Bahagian diye nye dah ada semua.

Sesampai je kat PAsang PAyang,parking FULL!PAdahal awal lagi time tu,around 10.30 am.Gila babas ramai orang!Penuh!Berasak-asak!Ramai sgt org luar (saye agak2lah,psl gaye derang ckp guna bahse standard) yang turun sopeng kat situ.DAhsyat erk,raye punya pasal sanggup tu dtg dari jauh semata-mata nk beli barang murah.Memang syurga membeli belah lah kan?
Tapi,syiokk arr sopeng kat PAsar Payang tu.BAnyak pilihan+harga yg sgt murah!Rambang mata saya ni hah tengok baju cantik-cantik.Tudung merelip-relip.Seb baik pose,so nafsu tu takat level 1 jek,maseh lagi boleh ditahan.wakakakakaka
[berbelanja ngan BERHEMAH.ikut KEPERLUAN dan bukan KEINGINAN.itu pesan Incik Suami tercenta.]



Okeh,mari tengok baju-bajan raye Adam



Baju-bajan ni seme beli kat Kuantan Parade last month.
Kebetolan ada sale ,tros rembat for raya.
50% sales!
Puppy Winks for our Encem Boy!

Sampin+kopiah ni angkat kat PAsar PAyang.So reasonable!
Sampin for RM15,Kopiah for RM5




KAsut raya pon ade jugak.
KIKILALA.
Beli masa kat GIANT KT.sangat cute for si Comel ku!




Tu diye,RAYA!RAYA!RAYA!


hahahahahaa..



SETTLE!



No more sopeng k!



Pesanan penaja:-

Berbelanjalah ngan penuh berhemah.Beli apa yang perlu sahaja.

Jangan dilayankan nafsu ber'sopeng sakan'
ok!

p/s:To incik suami tersayang,tenkiu for dana bulanan+advance duit raya tu!Ummi akan gunakan sebaik mungkin.Tak sopeng kut!heeee..nak menabung tuk masa depan.

Thursday, August 19, 2010

Resepi Biskut Nestum

Salam,


Selamat pagi sayang-sayang semua!!!


Pagi-pagi ni,nak share satu lagi koleksi resepi biskut raya,iaitu biskut Nestum.Ade teman karib,Anty Dina minta resepi ni.Alang-alang tu,share kat belog je la tros boleh share nga semua.2 in 1 action!


Bahan-bahan:


180 gm mentega
80 gm gula ising
Sebiji telur putih
200 gm tepung
120 gm tepung jagung
30 gm nestum-utk dicampur ke dalam campuran bahan
30 gm nestum-utk hiasan
100 ml coklat putih
Sedikit susu cair-utk memasak coklat putih


Cara-cara:


1.Pukul mentega dan gula ising sehingga kembang
2. Masukkan putih telur,tepung,tepung jagung dan nestum.Gaulkan sehingga sebati dan menjadi doh.
3.Bentuk adunan bulat dan bakar selama 15 minit pada 160 degree celsius
4.Sambil itu,masakkan coklat cair bersama susu cair dan sesudu besar mentega dengan api yang perlahan.Kemudian sejukkan.
5.Biskut yang sudah masak disejukkan dan kemudian dicelup ke dalam coklat putih dan digolekkan di atas nestum.


Dan inilah hasilnya
Biskut Nestum

Nampak cam sedap kan?
Kalu nak tau sedap ke tak,bolehlah cube resepi ini yer!


Wednesday, August 18, 2010

Resepi Ayam Percik Versi Kelantan

Salam,

Hai semua!
Masak ape juadah berbuka petang ni?
Jom, saya kongsi satu resepi yang kompem menjilat jari nga kawan semua,
iaitu

Ayam Percik Versi Kelantan


Bahan-bahan 

Seekor ayam bersaiz kecil
4-5 tangkai cili kering
5-6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 hiris halia
3 batang serai
Sedikit kunyit
Santan pekat (sebiji kelapa)
Gula
Garam
Serbuk perasa
**semua bahan di atas di blender lumat

Cara-cara:
Ayam hendaklah direbus dengan bawang putih bersama halia sehingga masak.Letak sedikit garam supaya isi ayam ada rasa masin.

Bahan yang diblender di masak bersama santan.MAsukkan semangkuk (saiz sederhana) air.Kacau sehingga kuah menjadi pekat.Tambahkan garam,gula dan perasa mengikut selera anda.

Kemudian ayam dibakar sehingga garing.Setelah itu,lumurkan kuah percik ke atas ayam dan dibakar sehingga kuah menjadi kering.Ulangi sekali lagi supaya kuah percik melekat pada ayam.

Siap untuk dimakan.


Selamat Mencuba!









Tuesday, August 17, 2010

Satu lagi kemajuan dicapai~Sebutan yg semakin jelas!

Salam,


*wink*wink*
Ahhhhh..hatiku berbunga-bunga riang.Tersenyum lebar bila dengar butiran kata dari bibir si comelku.


Adam dah boleh cakap ngan jelas dan difahami!


Ada beberapa perkataan yang dia dah boleh sebut ngan jelas dan dapat ditangkap oleh telinga saya dan Incik Suami.
Salah satunya ialah, "mak-kam"
MAksudnya makan.Bila dia nak makan ,dia akan sebut perkataan "mak-kam"


Yang keduanya pulak, "mmmbaaaatttt" dan "ayieeeeeee.."
Maksudnya "ambaaattt"=kejar,"ayieee"=lari.Ni sebutan dlm bahasa Kelantan-Tganu,hambat=kejar
Bila dia nak ajak Baba dia main,dia akan sebut "mmmbaaattt".Maknanya dia suruh BAba kejar dia,main kejar-kejar lah kununnye.then bila Baba kejar dia akan jerit kuat-kuat, "ayieee" sambil lari nga lajunya.


Dan sebutan yang paling buat hati saya berbunga-bunga riang+melayang-layang di awanan,
iaitu "andainye Adammmm"=pandainya Adam
Bila dia berjaya buat sesuatu like simpan barang or buka pintu,dia akan cakap "ndainye Adam" sambil clap his hand.Sangat comel bila dia buat aksi macam tu,so SWEET!


Eiiiiiii,sonoknya bila anak dah stat boleh bercakap ni.Tak sabar nak ajar dia macam-macam.Tapi AWAS,depan dia dah tak boleh cakap yang bukan-bukan.Sat lagi dia tiru satu macam,parah jadinya!
PAs ni,Ummi xda lah cakap sorang-sorang cam sekarang lagi dah.ade teman nak layan borak time Baba pigi keja.Sekarang ni pon,dia dah faham banyak perkara ape yang saya cakap+larang+suruh.


Petang tadi pigi PARAM,adalah bukak satu gerai jual air Vitagen@air sedap.Bila dia nampak je air kat atas meja tu,tros jerit kuat-kuat "ndapppp errrrr..."
Gelak semua org yang tgk gelagat dia tuh.Nak tak nak,kena beli lah jugak.Lagipon murah sikit harga kat situ dari harga kat pasaraya,tros angkat dua pek.Adam ni memang antu air Vitagen+Calci Yum.Dalam freezer mmg ada stock lah utk dia.
Bila dah bayar tu,cepat-cepat dia say "bai-bai-bai" siap ngan flying kiss lagi kat akak yang jual tu.Wadussss,bijaknye anak Ummi ni! 






Muka kepoh



Duduk atas mini chair.
Ala-ala kat skool gitu.

**Susahnya nk taip entry ni.Ada budak manje+bucuk duk ngendeng-ngendeng atas riba.kunun nk tido,tapi mulut bising bebel ape ntah+muka tersengih-sengih.Padahal bukan nak tido pon,saje je nak mentel-mentel ngan Ummi dia ni haaa..

Misi tidak berjaya.Bila jumpa diye geng,x menjadi terawih Ummi

Salam,


Al-kisahnya si anak teruna hero Malaya saya sorang ni...


Terawih Malam ke-3,
Ngan penuh tawakalnya saya dan Incik Suami bawa dia ke masjid,mau berterawih berjemaah.
Yela,ingin juge merasa suasana Terawih kat masjid.Sekali hanya setahun.Pahala pon berlipat ganda.


Memang Baba dia selalu bawa dia pigi masjid time solat 5 waktu.Memang dia sangat ok.Tapi,bila sampai je kat masjid malam tu tros dia lost control.Ummi dah x bleh handle lagi dah.MAunya tak,ramai sgt bebudak kecik kat situ.Dia eksaited tros stat gear 3.MAklumlah,dah dapat geng+tak takut orang.HAbis dia pigi salam ngan makcik-makcik dalam masjid.
*Tang ni mmg boleh puji anak Ummi sorang ni


Saya sempat solat Isyak+Terawih dua rakaat je,yang selebihnya x pat ikut coz Adam dah sampai saf depan.Takut gaklah ganggu orang solat.Nanti x pasal-pasal niat yg suci murni ku ini di balas dosa plak kan.Yang herannya,bebudak lain elok cantik je duk kat belakang ade,sebelah mak diorang pon ada.Dia sorang je yang tersengih-sengih tak takut orang langsung sampai ke saf depan.Memang sgt aktif ini budak la haiiii!


Sudahnya,saya tros angkat punggung bawa dia masuk dalam keta.PAsang CD zikir,tros diam!
Khusyuk wa tawadhu'.


Memang nasib badan lah,xda rezeki nak berjemaah kat masjid.Buat kat rumah aje lah nampaknye tahun ni.Ingatkan nak train dia biasakan diri ngan masjid,rupe2nya dia dah ter'over' biasa lah pulak.
Tak ngape-ngape la yayang ye,ikut Baba gi masjid time solat Zuhur n Asar je la yer.Rasenya itu pun dah mencukupi kot bagi dia sebagai permulaan.
Mungkin bila dah besar sket,ok la agaknya.


..........Anakku cayanggggg.......

Futnot:Diari Ramadhan
Hari ni,saye dah berjaya mengaji sampai Juzuk ke-10.