Hitam Putih Kehidupanku

Hitam Putih Kehidupanku

AdikBijak.com

AdikBijak.com
Pendidikan Awal Si Manja anda bermula di sini!

Friday, July 23, 2010

Contest Aksi Si Manja di Playground



Tut..Tut..Tut..
Contest lagi!Contest lagi!



Saya pertaruhkan gambar ini


Nama:Adam Khalish bin Mohd Shapiza
Umur:1 tahun 5 bulan

First time naik gelongsor.Jika tak, sebelum ini takut+gayat nak main.
Bila dah berani,tak nak turun-turun plak.Nak main jer.
Tengoklah muka dia tu,eksaited kemain agi.

Thursday, July 22, 2010

Season 4-Cute Funny Eating BAby

Sudah lama tak join contest.Kali ni nak joinlah.
Bukan pe,saja nak memeriahkan suasana aje lah.
Jadi nak try masuk contest yang dianjurkan oleh 



&


iaitu 


Saya pertaruhkan gambar ini

^^^^


Nama:Adam Khalish bin Mohd Shapiza
Umur:1 year 5 months

Masa ni Adam tengah makan snek.Dia amik dan bukak sendiri.
Siap dua bungkus lagi tu.
Beria dia makan sambil buat bunyi 
'Nyammmmm..Nyammmm...'
+__+

dan yang paling menarik contest ini ialah..
hadiahnya

" GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM" 
-due pada 15 August 2010 @ 2pm-


Penaja utama contest ini adalah


Anje a.k.a Mama Balqis

Jom pakat ramai-ramai meriahkan contest ini!

Macam mana lah Ummi nak berehat,kalo macam inilah gayanya :((



Siapa pulak yang buat hal kali ni???
Heeee..takda siapa-siapa pon yg carik pasal ngan saya sebenarnya.


Cuma cam biasalah,ada anak kecil..seorang ibu itu tak kenal erti rehat lagi dah.Pesan amanat BAba terpaksalah Ummi ingkar.So sowiee BAba erk..
Tengoklah apa anak teruna kita dah buat...




Mula-mula,dia makan elok jer sesambil tgk Indahnya Iman@106

______________________

 Bila Ummi tengok dah jadi macam ni..
huhuhuhuhu




HAbeslah snek Ummi dia penyek-penyekkan.
Dia capai sendiri kat atas meja ni..
Mentang-mentanglah dah lebih tinggi dari meja,semua benda dia capai.

Bukan ini sahaja yg dia dah buat..ada lagi 2 kes lain..
Adam dah tumpahkan dan teraburkan bekas lada hitam Ummi.Elok-elok tu pulak,dia pi makan lada hitam tu.
Aiyyyaaa..sedapp ke cayang oiiii!!!Tak sempat nak snap gambo tadi.Bila nampak jer dia makan lada hitam tuh,Ummi teros terkejar amik penyapu+penyodok..
Dan lagi satu kes,sepahkan buah anggur.Mula-mula elok jer dia makan,pastu dilenyek-lenyekkan kt atas lantai.Penuh ruang depan TV dikerjakannya.Uhuk..uhukkkkk


HAri ni saja,dah 4-5 kali mop lantai.Tuh blom masuk ngan tumpahkan susu segala.
Inilah cabarannya jadi ibu beranak kecilkan.Sabau ajo lah haiiiii..
Tapi xpolah hai,apo pon yang Adam buet..Ummi x marah dan Ummi tetap sayang kat bucuk mashem Ummi sorang ni haaa..



Moke yang buat Ummi x tahan nak gomol-gomol iye..
Eiiiii..gewaaaammm ahhhhh


Aseklah berkepit ngan botol susu iye tuh.AL-maklumlah dah jadi minuman peberet iye skang ni.
Berbaloi-baloi Ummi kasik minum Pediasure.Walopon mahal,asalkan Adam suker..tak kesahlah.


Pipi iye dah tembam.Berat pon dah naik sekilo lebih.
Cubit sket.Eiiiiii...



Nyammm..Nyammmm..Nyammmm 
Botol syusyu besar kemain lagi,11 oz.Yang 9 oz dah tak cukup lagi dah.


p/s:Ini bukan mengadu domba yer..saje berceloteh di petang hari.Apa pon,tanggungjawab ini digalas dgn seikhlas mungkin.Jangan salah faham yer semua..Peaceeeeeeee!!!!




Tetiba umah jadi sunyi sepi..pandang kiri kanan..eh,mana anak aku ni???Bila panggil,x menyahut pon.Nebes mak nyahhh...
Rupa-rupanya dah tergolek kat depan TV..dah krohhhhhhh..krohhhhhhhhh..
Tido rupanya anak Ummi ni...Penat agaknya kan...Melasak sehari suntuk.Bolehlah Ummi mandi dan solat ngan amannya.Takda orang nak tarik sejadah Ummi lagi..ehhhheeeeee

Notis berpindah..i like to move it..move it *____________*



Tajuk cam apa jer kan???eheeee..
Dalam hati yang gundah gulana (mikirkan bleeding yg tak stop lagi),gembiranya tetap ada.
Phewiiittttt..mau pindah to OUR HOME SWEET HOME!!!!
Sangat-sangatlah happy kerana sudah ada syurga impian.Tak perlu menyewa lagi ;))

Insyallah.tomorrow morning will settle all the furniture..dah sewa lori.Nak buat clearence.
Malam tadi dah pegi basuh rumah,dan try pasangkan langsir.As i guess,langsir tu tak muat ngan sliding door.Silap kami juga,pegi amik ukuran tingginya saje,lebarnya x amik.Bila sampai kat Kamdar,baru terpikir tentang tu.So,main bedal jer la.Beli dua bidang jer,sepatutnya tiga..baru cantik bila pasang..ada ropol-ropolnya.huhuhuhu.
Then,tang tang tu jugak kol my lovely mother in-law mintak tolong carikkan tambahan kain.
(Bab-bab jahit-menjahit ni,mmg jimat kos..untung ada mak mertua tukang jahit ni.ihikkkksss)
***Kamdar tengah sale sekarang ni.Kain langsir yang regenya RM32.90 dapat potongan 50%.wohooo..sangat bes.So,sesape yg berniat mau tukar langsir baru raya tahun ni,sila bergegas ke Kamdar yer.Rugi tau kalo tak pegi!!


Inilah keadaan langsir yg tersilap ukuran tu.Kena tambah lagi sekeping.
Baru nampak penuh n cantik.

Bercakap tentang rumah,it was one of this year punya planning.Pikir punya pikir,kena beli rumah jugak tahun ni,sampai bila nak menyewakan.Daripada duk bayar sewa 3-4 ratus sbulan,lebih baik bayar rumah sendiri.

Tengah duk cari-cari,jumpala iklan kat mudah.my.Harga yang sgt murah jika nak dibandingkan nga rumah yg kami jumpa sblom tu.Rumah secondhand.Tuan rumah urgent nak jual coz nak pindah Sarawak.Urusan jual-beli pon settle tanpa masalah,in one month dah boleh duduk.Kiranya,raya tahun ni amatlah bermakna becoz beraya di rumah sendiri.Suke sangaaaattt.

Condition rumah sangat baik,semua dah ada.Grill,kabinet dapur,lampu hiasan,tiles siap smua.Jadi kerja-kerja renovation hari tu tak banyak sgtlah..juz tambah joint wiring,kipas dan lampu hiasan.BAk kata orang,masuk umah cuci kaki jerla. UNTUNG ;))

Dalam planning,umah ni sbg aset.Kami mungkin akan berpindah-randah lagi after this memandangkan keja husben yang tak fix kat satu-satu tempat.MAyB after4-5 years,pindah tempat lain pulak.JAdi umah ni akan disewa jika kami pindah kelak.

Tentang deco pulak..xda lah beria sangat.Juz simple jer.Perabot sume guna yang dah ada jer,mungkin tambah TV display kabinet jer.Yang lain pakai yg dah ada.Kalo boleh mmg nak wat deco yg besh-besh la kan,tp ukur baju di badan sendiri la kan.Buat yg penting dulu.
(poket dah pokai weiii..gara-gara nak wat kuar 10% masa proses jual-beli aritu.Tapi xpe,dah dapat umah sdiri.Pokai utk sesuatu yg berguna x mengapalah,jgn tuk benda x berfaedah sudah ler yer..)

MAlam tadi sempat snap beberapa gambo...tengoklah yer


LAmpu hiasan yg baru siap dipasang.
Cantik tak???
YAng ni,ai pilih sendiri tau.teheeee


Ruang makan
***CAt tu adalah hasil tangan kami.heybatttt x???


Ruang dapur.Kabinet yg dah siap ada.
Kalo ada top kabinet lagi cantik+kemas kan??
***Abang,sila take note this iyer..heeee


Hari ini dan semalam adalah mode berehat.Tak buat apa-apa koje pon.Abang dah pesan suh rehat jer.Tak yah masak ke,kemas umah ke..risaukan kandungan ni.BAsuh umah malam tadi pon,dia sorang jer yg buat.Saya datang tengok n layan Adam jer.Sian tengok abang,balik dari keja kol 8 mlm tros pigi basuh umah baru.Moke penat jer.Tapi still lagi tersenyum manjakan isteri dia ni.Abang tersangatlah baik.The best man in my heart.Sejak mengenali dia,dari mula becinta sampailah dah beranak satu ni..tak penah hati ni dikecewakan.Dia sebelum n selepas kawen,adalah orang yg sama.HArap-harap dia tetap dia sampailah ke hari tua kami.








Wednesday, July 21, 2010

Sudah hari ke-13..tiada tanda-tanda mau stop!!!

Gedebak gedabuk hati saya right now..
Dah masuk hari ke-13,namun bleeding nih tiada tanda-tanda mau berhenti.Sangat-sangat risaukan janinku..
Walaupun dah makan ubat hormon dan asid folic..but the condition still the same..bleeding.
Risau kalau-kalau keadaan ni bagi effect to my pregnancy..

Last two days,lagi sekali saya jumpa doktor.Scan lagi.But kali ni,memang tak nampak jelas,MayB alat ultrasound tu punya masalah.Syukur sebab heartbeat masih ada..
Berkenaan bleeding,doktor cakap ianya berlaku dalam pelbagai reason lah.Dalam sesetengah kes,hanya bleeding yang normal,maknanya x beri kesan pada kandungan.Tapi bagi sesetengah kes yang lain,ianya mungkin salah satu tanda keguguran,di mana tumbesaran janin tidak normal dan akhirnya heartbeat stop.
HUh..sepertinya mau gugur jantung dengar explaination doktor tuh.Hampir-hampir menitis air mata that time,tapi sempat cover la.huhuhuhu.
Doktor pesan pergi scan lagi seminggu dan tengok pembesaran janin.And one more thing,berehat secukupnya.

Hati ini sangat-sangat tidak tenang.Tak sanggup rasanya if keguguran.
Walo macam mana sekalipon,saya dan suami tetap redha apa sahaja yang bakal terjadi.Soal nyawa ni adalah urusan Allah ta'ala.Kita x punya hak untuk menghalang ketentuanNYA.
Jika benar janin ini adalah milik kami,maka Allah ta'ala selamatkanlah dia dari sebarang ketidaksempurnaan,
Dan jika ianya bukan milik kami,biarlah Dia yang tentukanNYA..
Bersedia terima apa jua takdir dan kehendak Ilahi.



p/s:jika ada sesiapa kat luar cna,yang ada pengalaman spt ni..please kongsi nga saya yer.Tersangat2 perlukan nasihat or pandangan dari semua..tenkiu

Sunday, July 18, 2010

Beria melalak..boleh pulak bercakap ;))

Selalu buat kelakar lah anak Ummi ni.Ada ke patut,beria dia menangis tadi psl kepala nya terhantuk kat meja.Tengah-tengah menangis tuh,dia cakap "dahhhh.."
Teros stop nangis dan gelak-gelak.MAin-main ker ape budak ni?

Sekarang ni,pantang sakit..tak kiralah sakit kat mane,kepala ker,kaki ker..tapi hulur tangan kat Ummi suh tiup.
PAstu cakap "dahhhhh.."
Maknanya dah hilang lah sakit dia tu..

Eiiiii..buat Ummi geram jer ngan dia..cerdik bukan main lagi.ADamlah tempat Ummi nak gaduh,nak manje2,teman Ummi sembang-sembang bila BAba g kerja,juga assistant time Ummi masak+kemas umah..
Adamlah segalanya..mmmmmmuahhhhhhhhssss




Engkaulah puja-----an hatiku

Fitrah kejadian manusia,manusia bernaluri baik...

Mesti kita semua penah dengar kenyataan ini,


"Fitrah kejadian manusia,semua manusia dijadikan dengan naluri baik"


Kenyataan ini memang benar,dan saya menulis ni bukan mau menafikannya..tetapi sebaliknya.


Sejak ada anak ni,semua benda yang dilakukannya,saya perhatikan..
Jikalau kita perhatikan anak-anak kecil ni,bila dia menangis atau meragam..dan kita dengarkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran or zikir,mesti dia senyap kan???Maknanya,memang roh mereka ni perlukan unsur-unsur yang baik untuk membesar.


Perkara yang sama jugak berlaku pada Adam.Rancangan feveret dia adalah Indahnya Iman@Oasis.Tiap-tiap waktu solat,biasanya saya akan tukar channel 106.Bila dengar je alunan zikir,terus dia tercongok depan TV sampailah habis rancangan tu.Memang dia akan fokus..lihat dan dengar.Kebiasaannya,kalau tengok rancangan kartun,5 min pertamanya fokus,pastu ntah ke mana-mana dia pergi.Nampak sangat bezanya kan???


Sama jugak kesnya kalau dalam kereta.Specially bila travel jauh,like balik kampung.Mula-mula tuh dia eksaited lah tengok lori seme.Bila dah lama sket mula lah nak mengganas kebosanan.Terus pasangkan dia CD zikir..senyap tros,tak jadi nak melasak lagi dah.DAh tuh,siap angguk kepala lagi,meratib same..
***Anak-anak anda sume pon,mesti macam tu jugak kan???


Dari situlah,saya dapat detect..pendekatan yang kita sebagai ibu bapa gunakan.Refer  balik pada fitrah kejadian,semua manusia baik ketika dilahirkan.Yang menentukan corak hidup anak tu nanti adalah kita sebagai pelukisnya.Jika baik lakaran kita,maka cantiklah corak yang terbentuk.


Namun,doa dan usaha perlu diseiringkan,kerana Allah SWT telah tentukan semuanya..tapi sebagai ibubapa,kita semestinya mahu menjadikan anak kita sebagai zuriat yang soleh solehah.Jadi,kita lah yang perlu pilih jalan terbaik buat permata hati tercinta.

Orang ada nuffnang..dia pon sebok lah jugak nak add nuffnang Pp

Wakakakakkaka..
^___^ Gelak untuk diri sendiri


Blog saya ni dah ada ads Nuffnang.Cewaaaahhh,macam apa jer kan???Orang taruk Nuffnang,kita pon seboklah jugak nak ada Nuffnang.Kihkihkih..
Dengan bersemangat nya malam tadi,buat seme ni.Saje-saje jer nak taruk benda baru kat page ni,juz for fun k!
***Orang lain dah berkepuk-kepuk dapat duit hasil Nuffnang ni,saya baru la terhegeh-hegeh nak add yer..hihihiihi


Tak mengharap apa-apa pon dari Ads ni.Setakat blogger macam saya ni ha..membebel pon ntah apa-apa.Jangan haraplah nak dapat terima check from Nuffnang..traffic pon tak ada lah sesesak mana kat blog saya ni pon,huhuhuhuuhu..memang mak x kesah la kan..


TAk kesah lah pasal traffic ke,duit ke..apa yang penting,saya ber'blogging' hanya untuk suka-suka,sekadar berkongsi cerita dengan kawan-kawan.Not more than that.







Impian dan harapan kami seterusnya..

Hidup ini mestilah ada planning atau rancangan untuk jangkamasa panjang.Planning penting supaya kita nampak apa matlamat hidup kita,bagaimana kita mahu mencapai matlamat,bagaimana kita mahu menguruskan sebarang masalah yang datang serta bila kita target utk capai matlamat tersebut..


Dan saya percaya hampir semua daripada kita punya planning tersendiri..
Tak kiralah family planning ker atau finance planning ker..yang penting ada 'PLANNING'..


Bercakap tentang planning ni,hampir semua planning saya bersama suami mencapai sasaran,100% berjaya.
Alhamdulillah..Allah permudahkan segalanya..
Selepas berhenti kerja setahun yang lepas,kami semak balik dan kemas kini planning kami tahun yang sebelumnya.Banyaklah perubahan yang terpaksa kami buat..almaklumlah,bila saya dah berenti keja,kewangan hanya bergantung pada suami aje lah.So,kena buat byk pengubahsuaian.
***Hidup ni kena banyak pilih jalan..supaya perjalanan kita lebih mudah dan cepat sampai ke destinasi.


Macam-macamlah yang kami planning..antaranya family planning.Alhamdulillah,hajat dan impian kami utk dapatkan adik bagi Adam dimakbulkan Allah.Kalau diikutkan tarikh lahir bakal adik Adam ni Mac 2011..btol2 bila usia Adam dah masuk 2 tahun.Insyallah...


Dan impian yang keduanya,impian punya rumah sendiri.Syukur,semua urusan dari jual beli hingga ke renovation telah hampir selesai.Insyallah,jika tiada aral melintang,we will move to Our Home Sweet Home by next week.Barang-barang pon dah angkut sebahagian.Tinggal lagi perabot,akan diangkut ngan lori.Memang x sabar nak duduk rumah sendiri.Walopon hanya sederhana,tapi itulah tempat yang bakal menyaksikan suka dan duka hidup kami sekeluarga.
***nanti bila dah siap hias cantik-cantik,saya uploadkan gambo umah kami yer..


Dalam masa yang sama,masih ada juga impian yang belum tertunai, iaitu pekerjaan.Dah lama mencari2 kerja yang sesuai,tapi belum ketemu ni!!!!hahahahhhaha..
Ntah bila masanya nak dpt kerja baru..mungkin kah ada peluang utk bekerja semula..atau akan terus menjadi surirumah.Hurmmm..dua-dua pon tak mengape.Kalo ada rezeki,kerja..kalo xda pon,i'm happy wif my life now..


Dan impian yang paling besar dalam hidup kami sekarang adalah mahu menunaikan Rukun Islam yang ke-5.Ingin sekali jejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.Inilah yang akan jadi matlamat utama kami sekarang.Dan jika diizinkan Allah,nak pergi sekali ngan orang tua kami.Kena usaha kuat,penuhkan Tabung Haji.
Moga-moga,seusia hidup di dunia ini,dapatlah ke cna.
***Sayu..


Walo apa pun,saya sentiasa ingat akan ayat ini;
'Manusia merancang..Allah jua merancang.Tetapi rancangan Allah itu adalah yang terbaik'


Apa jua yang Allah tetapkan itu adalah yang paling baik buat kami,samada baik atau buruk..terima dgn hati yang redha.

Saturday, July 17, 2010

Adam a.k.a Abang Long~17 months++

Dah seminggu kami duk perhatikan Adam ni..suka sgt sebut perkataan ni..
'Dapppp errrrrr...'


Pantang tengok makanan..mesti sebut 'dapppp errrrrr...'
Tak kira lah tgk kat TV ke, kat supermarket ke..Yang tak tahan tu,time kat dalam suoermarket,dia akan sebut ngan kuatnya..sampai orang sekeliling tergelak tengok dia.Femes satu Tunas Manja tuh dia jerit 'dapppp errrrrr..'
Pastu,buat mulut yammmm..yammmm..yammmmmm..
Anak ummi...anak ummi..(anak baba juge..heeee)
Tak tahu lah dia belajar dari mana semua ni.Agaknya dia tiru saya kut.Time nak ajak dia makan,saya akan sebut 'sedap ni...aummmm'..buat-buat gaya makan ngan lazat nyer.
Semua benda dia perhatikan apa yang kita buat..


Sehari dua ni jugak,dia dah pandai beza antara bas dan lori.Sblom ni,bas dan lori sama jer,semua panggil 'Oyieeee..'..
Cume sehari dua ni jer,dia dah boleh bezakan yang mana satu bas..yang mana satu lori.
Kalau naik jer keta,sampai ke sudahlah berdiri..tak nak duduk.Tengok lori dan bas..dalam keta tu bisinglah ngan suara dia..
'Oyieeeeee....Bahhhhhhh....Oyieeeeee....Bahhhhhhh...'
Senyap tak senyap,bila dah penat dan zzzzzzzzzz..tido,barulah diam.


Hari ni pulak,dah pandai nyanyi..tengah duk main,tetiba dengar dia membebel berlagu.Ala-ala nyanyi gitu.
Pastu kaki tergedik-gedik..joget lah pulak..aiyyyyyyooooo, Adam Khalish,macam-macam lah kamu ni sayang oiii!!!


Antara lain perkembangan Adam a.k.a Abang Long;
-pandai salam~pas solat,dia akan datang dan salam+cium tangan kami.Amik sejadah dan simpan.Pastu tepuk tangan sambil sebut 'ndaiiiii'..maksudnya pandai lah tu
-Cium Al-Quran~pas Ummi or Baba bace Quran dan dengar jer perkataan 'Sodaqallahaul a'zim',terus datang dan cium Quran.
-tiru gaya~like jangan lupa lirik..dia akn tiru gaya org cakap "saya kunci lirik ini!!!!"..first time tengok,terus tiru.(mmg x bleh ajar tgk lagi dah lenkali..sume nak tiru)
-susun dan simpan barang~this one i like so much..pas minum susu or air,dia akan susun botol tu betul2..bagus!!!


Dan banyak lagilah perkembangan terbaru Adam a.k.a Abang Long ni..
Memang x habis lah nak citer pasal anak sorang ni.Macam-macam karenah,macam-macam gaya..hidup ni rasa terisi jer ada dia.Terhibur...kalo ada masalah pon,boleh lupa bila tengok gelagat n senyumannya..
***INDAH

Friday, July 16, 2010

Pregnant..tapi pada masa yang sama period.

Pregnant..tapi pada masa yang sama period.


Inilah masalah yang saya alami pregnant kali ni.Mula-mula tu,terkejut yang amat sangat.Tanya kawan,tanya mak,tanya kakak.Jawapan lain-lain..Abang pon sama,risau gak (sape tak sayang bini oiii..tambah pulak baby kat perut tu..risaunya double!!!)


Mesti kawan-kawan kat luar sana pun ada yang alami situasi macam ni kan?


Tapi kebimbangan tuh beransur-ansur hilang lepas dah jumpa gynae hari tu.Dia cakap,perkara normal bagi sesetangah wanita yang disahkan mengandung,tapi period di awal kandungan.Katanya lagi,situasi ni berlaku disebabkan hormon yang masih belum stabil di awal-awal kehamilan.
(Oooo..patutlah muka mak asek naik jerawat jer ni.Sebelum ni ada lah naik jerawat,tapi time period jer.Tapi sekarang ni,pas hilang satu..naik lagi yang lain..hormon kurang stabil rupe-rupean...)
Dan keadaan ini akan berlanjutan hingga minggu ke-12.Mungkin darah akan stop keluar.then ada balik,cam tulah dlm tempoh kandungan 12 minggu.
(macam chipsmore lak..sekejap ada,sekejap xda..hohohohooo)


Hari ni dah masuk hari ke-10,darah tu masih ada.Walopon dah makan ubat yang doktor bagi,still ada darah lagi.Tapi mcm yang doktor cakapla,sekejap ada..sekejap cam nak habes dah..tup tup ada lagi.
Keadaan macam ni agak leceh lah,terutama sekali time nak solat.Kena solat,coz darah yang keluar bukan darah haid,tapi dikelaskan sebagai darah Istihadah,ataupun dikenali sebagai darah penyakit.JAdi ekna solat cam biasa.


Kat sini saya nak kongsilah ngan semua.Jika keluar darah Istihadah,kebersihan kena dijaga.Terutama sekali time nak solat.Setiap kali nak solat,kita kena bersihkan dulu darah tersebut dan tutup (maksudnya pakai pad ker,pantiliner ker),kemudian baru berwudhu'.Perkara yang sama perlu diulangi setiap kali hendak solat.Selepas berwudhu',terus solat dan jgn tunggu lama2.(Contohnya solat maghrib,pastu nak tunggu waktu Isyak.Keadaan ini x boleh dilakukan.Kena berwudhu' semula sebelum solat).


Hope keadaan kembali normal lah sebelum bulan pose ni.Nak terawih lagi.
Macam-macam hal pulak pregnant kali ni.Masa pregnant kan Adam dulu,Alhamdulillah..dipermudahkan Allah.Agaknya sebab masa tu duk jauh-jauh ngan Abang,so Allah permudahkan segalanya.Sekarang dah dekat,Allah nak uji lah kan..nak uji saya sendiri..nak uji suami..hurmmm..pape pon saya terima lah apa jua yang Allah nak beri.Semoga semuanya selamat biar pon diuji ngan cubaan yang bermacam-macam.Ameen.


***Syok nye boleh ber'blogging'..Adam tgh ralit tengok citer King Kong.Siap menjerit2 lagi tengok dinasour dalam TV tuh..

Betul ker chemical dlm cat boleh membahayakan janin?????

Dah dua tiga hari saya duk pikir pasal nie..chemical dalam cat sangat bahaya pada janin kah???
Ada jugak surf dalam intenet tentang subjek ni,tapi tak da fakta yang detail jelaskan hubungan chemical dalam cat dan janin neh..
Semua ni jadi gara-gara tolong Abang ngecat umah last week.Mula-mula tu cam biasa jer lah,tak da pikir apa or ragu,but after my my friend told me about her experienced..lost her baby after 2 months delivered.Baby dia ada tumor,then terus meninggal.Dia citer lagi,masa 1st trisemester,dia exposed pada cat kuat sangat,kes naik umah bari jugaklah.But,she mentioned that don't know whether her baby got tumor because of that or not...mayB kebetulan saje,umur baby dia x panjang.Allahua'lam..
Dan dia pesan lagi supaya elak jer dari expose pada cat kuat sangat.

Tapi,masalahnya sekarang,kami akan pindah by next week..still lagi akan terdedah pada cat tu.Yerla,chemical dari cat tu mungkin ada lagi kan..tak hilang sepenuhnya lagi.

Hopefully,xda apa bahaya lah tentang chemical cat tu.Nak tak nak,kena pindah gak waktu terdekat nih,x bleh tunda lagi coz Ramadhan pon dah dekat.Tak larat pulak rasanya nak pindah bulan pose.
SO,sebagai jalan penyelesaiannya,nak confirm kan ngan gynae,Dr Suraya.Ask her about this..

***Kawan-kawan semua,please doakan baby in my womb nih selamat yer..sgt2 risau becoz of this.. :((

Thursday, July 15, 2010

Panjat sana..Masuk sini..Sepah Situ..Please behave urself Abang Long

Hi all..

Mud yang begitu rajin di hari ini..semangat mau update blog begitu berkobar-kobar since dah lama blog ku ini 'terkunci'.Macam-macam cerita lah nak dikongsi bersama..

Memandangkan 'tanggungjawab' kerja rumah dah beres-masak sudah,basuh jemur baju pun sudah-boleh lah ronggeng-ronggeng kan diri sendiri didepan lappy ni.**gigih

Oh sayang..please behave urself k..
Lasak dia makin menjadi-jadi.Suka manjat tempat-tempat yang tinggi..like meja makan,meja dapur,gobok baju ummi.Bahkan gobok gaju dia pon dia masuk duk kat dalam tuh.Aiyyyya..macam mana mau jadi Abang Long ni wahai Adam comelku?????
Sehari dua ni,Ummi+Baba selalu terkejut ngan aksi dia..duk diam-diam,cari-cari  dia,rupa2nya duk kt atas meja dapur..tengah kobek palstik makanan..habes lencun dapur Ummi gara-gara dia tumpahkan jug air.

Kawan2 cakap,biasalah tu kalu anak lelaki..dan waktu paling kemuncak dia btol2 melasak bila umur dah masuk 2 tahun.Setakat luka sana sini..benjol lebam tu,perkara biasa.Tapi Ummi takmo lah Adam jadi sampai mcm tuh kan..malang tak berbau.Memang kena tengok-tengokkan dia selalu la pasni.
***Please beware mommy

Masul dalam gobok baju sendiri.Sepah2kan baju



Duk atas kotak.Memang anak Ummi ni xda koje nak buet iye..



Panjat gobok baju Ummi,pastu nanes x pat turun.
Ha,tu la sape suh panjat??
Nanes lagi kuat kena usik ngan Ummi.
Hahahahhahaha



Sangat gigih berusaha,sampai menjijit kaki nak amik barang.

Namun dalam kelasakannya tu,dia dah mula faham arahan yang Ummi bagi.Like suh kejutkan Baba bangun tido,simpan balik barang,pas minum susu/air mesti dia akan susun botol susu tu baik2..dah banyak perkataan yang dia sebut dan Ummi boleh faham,(like aci-nasi,syusyu-susu,mbah-tambah,dah-sudah,impang-simpan,ammm-amin)
bijak anak Ummi neh ye.Makin hari makin pintar..Badan pon makin membesar,sehat dan kuat.(kuat minum susu right now.Botol susu pon dah tukar AVENT 11 oz)
***Buat Ummi makin sayang-sayang-sayang kat Adam a.k.a Abang Long

Alhamdulillah,semenjak pregnant ni mood dan emosi sangat baik dan terkawal.Apa pun yang Adam buat,Ummi cool saje.Takda high pitch cam dolu2 lagi.Pembawakan budak agaknya,kan???
***Bagus-Bagus-Bagus



Perasaan yang sangat indah..alami untuk ke-2 kalinya =))

Selamat pagi..

Salam..

Tajuk cam surprise habes pagi2 ni kan..heee..sesaje rajin nak corat-coret hari ni.Sementara anak teruna maseh sedap beradu,baik saya selesaikan apa yg patut.Hajat mau ber'blogging' asyik tertunda-tunda saja.Ada-ada jer hal yang melintang lalu.Nih kalo si Adam bangun neh,jgn haraplah boleh ngadap lappy sesuka hati.Sat lagi dia tolak kerusi dan panjat.

***Now my boy dah berani panjat tempat tinggi..Sudah menunjukkan sifat kelelakian yg sebenar nampaknya boy Ummi neh..Kalo dia senyap jer,kena cepat-cepat pigi tengok,mesti ada sesuatu yang dia tengah buat.Ummi kena BEWARE++++++ sentiasa lah ngan dia ni.Lasak sangat2...

Balik pada tajuk,actually Adam sudah mau dapat adik bawuuuu..yehaaaaaa..Insyallah jika diizinkan Allah,next year berpantang gugu gaga lagi sekali la saya yer..
***suke-suke-suke-suke

Alhamdulillah,planning dan doa dimakbulkan Allah..
Apa???X-cident???
No..No..No..No..xda istilah X-cident2 neh..mmg kami plan,dan rezeki Allah nak bagi.Terima ngan syukur dan gembira.Tak kiralah anak yang ke berapa,but the feeling is still the same.Teruja yang teramat sgt.Teringin nak dapatkan baby gurl.Hurmmm..besnya kalo ada anak sepasang kan..**doa lagi
Semoga dipermudahkan perjalanan the next 39 weeks..Dan bila tau jer pregnant,rezeki datang bertambah-tambah pastu.Allah Maha Kaya.Memang btol la kenyataan yg mengatakan bahawa,setiap anak itu ada rezekinya tersendiri.Anak itu pembawa rezeki..Ameeeenn.
So,ibu-ibu sekalian janganlah takut atau risau sekiranya anda pregnant 'lagi'..ok!!!!

This time,monthly check up buat kat Kuantan Specialist Hospital.Last week dah pegi for first check up.Dalam ramai-ramai gynae,sorang jer pompuan,the rest adalah lelaki,chinese lak tu.Seb baik dapat gynae pompuan lagi..namanya Dr.Suraya..very softspoken,frenly and nice person..


In my womb..6++ weeks
another 38 weeks to go

Saya ada adik..boleh main same-same..
Sonok nyeee ada kawan
+______+

Bes nyeerr main Farmville neh.Baba tenok auuu..
Pandai kan Adam main??

Okieslah cayang-cayang semua,saya mau bersarapan neh.Perut dah berbunyi-bunyi nyanyikan lagu keroncong.***Pregnant kali neh,perut asek lapar jer,mikir nak makan jer.Ramadhan pon dah dekat,harap2 kuatlah nak menempuhinya,sekuat time pregnant kan Adam dulu.Pose penuh sebulan..Kuatkan semangat!!!!

Nasi goreng+teh 'O' panas sudah terhidang..lazaaaaaaaatttt nyer..

Wednesday, July 14, 2010

Kena buat come back...ramai yg rindukan putera cinta hatiku *____*

Salam sayang...Salam rindu...

We are coming back!!!!!!

Hohohohohoho..
Setelah berbulan lamanya menyepi,kini saya kembali ber'blogging'.Mesti ramai yang tertanya2 kan,ke mana la menghilangnya si Ummu Adam???Ada juga kawan2 yg tanya kt FB,kenapa blog tak boleh bukak???

Dengan kesibukan urusan yg bermacam-macam lately,ditambah pula ngan blog buat hal (prob x boleh nak upload video),saya decide delete tros blog ni.Then niat di hati nak create new blog lah kan.But last night,try la gatal2 bukak balik blog ni,and u know what..masalah tu dah solve nga sendirinya..
Wuhuuuuuu..boleh sambung mem'bebel-bebel' di sini lagi!!!!

Dalam kepala ni,sarat ngan mcm2 cerita nak dicoretkan kat blog ni.But,satu-satu lah yer saya ngarang entry.Banyak sgt nak cerita kat semua ni..and i think all those stories are the best things happen in my life..again..
Wait for my next entry yeahhh..
See u guys..bubeyyyyyy

Ramai yang merindui wajah ini

...................

..........