Hitam Putih Kehidupanku

Hitam Putih Kehidupanku

AdikBijak.com

AdikBijak.com
Pendidikan Awal Si Manja anda bermula di sini!

Saturday, February 27, 2010

Gonjeng-Gonjeng di pagi hari Sabtu...

Allllooooo.. Selamat Pagi shemua!! Semoga Pgi anda bermula dgn penuh semangat n ceria-ceria adanya.. Wah..gaya cam morning welcoming DJ gtu..ahakssss Apa kes rajin bebenor nulis entry pagi-pagi hari nie? Act,pagi2 nie banyak jer kerja umah yang nak kena settlekan sebelum tengahari.. Basuh+jemur+lipat baju,kemas umah(dah siap!after solat subuh n baca Quran,trus cargas kemas ruang tamu n dapur before budak aktif bangun,otherwise dia akn kaco Ummi nak menyapu n kejar batang penyapu!) Sarapan pagi juz beli jer kat kedai,coz barang dapur dah habes stok,maklumlah hujung bulan kan.Kena buat list barang before gi market nie!Mahu penuh satu troli nak kena borong. Lunch pon tak payah masak.Aipp..bukan i malas tau,tapi setakat nak makan mulut sorang jer,xperlu masak yg pelik2 sgt..kekadang tue telur goreng taruk bawang putih+lada hitam pon sodap gak.Abang makan kat opis jer,makanan disediakan sepanjang plant shutdown..x boleh kuar sesuka hati.
Memandangkan xda stok barang basah,jadi malam nie Abang ajak makan luar,sambil2 tu gi market nak beli stok susu Adam.Since dah masuk setahun nie,Ummi dah tukar susu dia,bagi Anmum pulak.Dah habes satu pek 650g,dan nampaknya dia serasi aje ngan susu tu.So,buleh dapatkan stok banyak sketla kali ni.
Pagi-pagi lagi dah buat kelako budak tecik ni,buang tabiat la pulak nak tido dalam car seat..aiiiyyya,macam-macam!
okies la.. Nak stat operasi basuh baju nie..anak truna i dah bangun tue.. Gonjeng-gonjeng jap!

Tuesday, February 23, 2010

Alhamdulillah..Syukran Jaziilan Ya Allah,Rezeki ADAM..

Entry cam gempak kan..? Nak tau pasai pa? Heeee..Adam dpt hadiah saguhati 'Contest Pretty Zaza Baby Cute Faces'!!! Saguhati pun kira ok la kan.. Rezeki jugak tue.. Hurmmm..kira hadiah bedey dia la nie.. Shuker..shuker sesangat.. Tak kesah la hadiah apa pon yg Anty Zaza kasik nanti.. Tapi tetap jadi hadiah yg best for His First Birthday's Present.. Yahuuuuuuu...!!! Mekaseh to penganjur,Pretty Zaza.. Lenkali wat contest lagik yer.. Adam pasti join.. Heeee..

Friday, February 19, 2010

Fresh Faces of One Year Old Adam Khalish

Hoooreeeyyyy.. (Emosi gumbira rasanya hati,coklat cair dinikmati..Choki Choki..errrrgghhh..terover la pulak!Over excited!!!!) Haaa..nak tau knp Ummi hepi sangat today? Mari cni rapat-rapat..dekat-dekat.. Nak story same semua nie (kasik GEMPAK,wpun takda apa sgt pon..ngheeee) Hurmmm,Ingat lagi tak Contest Pretty Zaza Cute Baby Face?? This morning,Ummi bukak blog.. Cari punya cari.. Tadaaaa.. Ada pun entry terbaru dari Aunty Zaza.. 'NGETOP Top 10 Contest Pretty Zaza Cute Baby Face' Terus Ummi klik.. Yeayyy,moke heroku ada di situ.. Alhamdulillah,kira ok la tu kan dah sampai Top 10 from 200 contestant.. Dah selected sampai stage nie pon dah kira bagus.. Pasai sema contestant cumey2 belaka.. Dan jika ada rezeki dapat Top 3 lagi la bagus kan..kan..kan..? (Harap-harap ada rezeki moke Adam yer..) Jika x dapat pon tidak la mengapa-ngapa.. Coz Ummi tgk ada beberapa contestant lain yg agak menarik pose mereka.. Agak compete jugakla kan.. Berserah pada rezeki sepenuhnya.. Ok lah,kat entry kali nie Ummi tepekkan gambau2 terbaru Our Birthday Boy.. From Ummi's Collection, ....Presenting... My Little Cuddly and Cute Boy...

Saturday, February 13, 2010

Pesanan Ummi+Baba untuk Adam Khalish

Yeayyyy..yeayyyy... Today is Adam's birtday.. One more precious moment to be remembered in my life.. Happy burfday to u.. Happy burfday to u.. happy burfday to Adam.. Happy burfday to u.. You are my Love, You are my Apple of Eye, You are my Soul, You are my Everything in my life, Without you my life become incomplete, WIthout you my life become lack of smile and laugh, Becoz you make my life full of happiness.. Your cute face give me a thousand of calmness in my heart, Every sickness in my mind will fly away when you are at my side, Every minute and second thinking of you, Like somebody fall in Love, It's very beautiful feeling when you are in my arm, I will love forever. Tidak mampu digambarkan dengan kata-kata, Betapa kasihnya Ummi+Baba kepada kamu sayang, Kelahiranmu yang sangat-sangat dinantikan oleh kami, Seribu kesyukuran tatkala suara halusmu yang pertama kami dengari, Hanya Allah Ta'ala sahaja yang tahu perasaan kami tika itu, Baba lah insan yang paling bahagia di saat itu, Kerna wajah comelmu terlebih dahulu muncul dalam mimpinya, Putera yang dinantikan, Siang dan malam mendoakan kjahteraanmu di dalam rahim Ummi, Betapa tingginya nilai kasih sayang seorang bapa. Hari demi hari berlalu, Setahun sudah usiamu wahai si kecilku, dari tapak kakimu sekecil dua jari, Kini kau sudah mampu berdiri sendiri, Berbagai karenah & keletah yang mencuit hati kau tunjukkan pada kami, Sentiasa buat kami tersenyum, Hati ini tak pernah kering dari titisan kasih, Kehadiranmu benar-benar berikan seribu rasa bahagia dlm hidup Ummi+Baba, kau pelengkap kaseh sayang yang kami taburkan di usia perkahwinan ini, Memekarkan lagi bunga-bunga cinta hiasan jiwa kami. Biar sebesar mana kepayahan yang datang untuk membesarkanmu, Biar seletih mana badan ini melayan keletahmu, Biar semengantuk mana pun mata ini menjagamu di kala dikau diserang demam panas, Itu semua bukanlah bermakna engkau menyusahkan kami, Tidak sedikit pun terlintas di hati kecil kami, Malah engkaulah permata yang menyinari hidup kami hari ini dan hari tua kami kelak, Engkulah segala-galanya, Semuanya tercurah padamu. Di hari kelahiranmu yang pertama ini, Ummi menadah tangan memohon doa pada Allah swt, Memanjatkan rasa syukur kerana mengurniakan nikmat indah ini, Kesempatan dan jua waktu usiamu untuk terus bersama kami, Kerana inilah nikmat yang tidak mampu Ummi+Baba peroleh meskipun punya harta bergunung, Melainkan hanya dengan izin-Nya, Sesungguhnya dirimu hanyalah harta pinjaman dari Nya, Namun,doa Ummi agar usiamu dipanjangkan, Agar kami dapat malaksanakan tanggungjawab ini sehingga kau dewasa, Melihatmu menjadi insan berguna. Sayang, Semoga Ummi diberi kekuatan untuk mendidik dan menjagamu, Supaya kau menjadi insan yang berakhlak mulia, Semulia akhlak Rasulullah saw, Punyai akal sebijaksana Nabi Khaidir. Sayang, Membesarlah dikau sebagai anak yang soleh, Dewasalah sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab, Kerana kau kelak adalah ketua keluarga, Yang seharusnya memimpin ahli-ahlimu ke jalan yang lurus. Sayang, Mungkin Ummi+Baba tidak mampu mamberikanmu kemewahan, Melimpahkanmu hadiah semahal mana, Memberikanmu kesenangan dunia, Tapi kami akan pastikan kau peroleh bekalan hidup yang cukup sebelum kami menutup mata, Kerana engkaulah nanti, Menjadi penyuluh kepada kegelapan kami di alam kubur, Menjadi pelapang kepada lahad yang menghimpit, Menjadi penyejuk kepada panas yang membahang, Menjadi penawar kepada bisa serangga yang menggigit. Sayang, Jika kesusahan yang kau rasai, Maka kau segeralah bersyukur pada Nya, Kerana kesusahan yang kita rasai ini tidaklah seberapa, Jika dibandingkan dengan kesusahan insan lain, Anggaplah setiap dugaan yang datang itu, Sebagai tanda kasih Allah padamu, Sebagai tanda ingatan kepadamu dari terus lalai. Sesungguhnya, Kami amat-amat menyayangimu, Hingga nafas terakhir kami.

Thursday, February 11, 2010

Entry ni khas for all frens at JB..Sila pilih yang mana berkenan yer!!

Salam.. Buat kawan2 di JB,especially at JGC,sila lah tengok2 kain n tudung yg sudah dipadankan sedondon,cantik2 n sweet2 design nya.. Tudung bawal dalam gambar ni adalah dari jenis bawal No.1 yang berkualiti. Ianya juga senang dibentuk dan kain tidak berbulu. Bunga di atas kain adalah sulam tangan sangat sweet design nya... Kain pasang pula,harga adalah bergantung kepada kualiti dan jenis kain.. PRICE:RM 55 (CORAK BUNGA MERAH)...RM 50 (CORAK COLOURFUL) PRICE:TUDUNG ,RM45..KAIN PASANG:RM 75 PRICE:TUDUNG-RM45,...KAIN PASANG-RM 55 PRICE:TUDUNG-RM 50...KAIN PASANG-RM 45 (Tudung yang nie mahal sket sbb ada beza dari segi jahitan bahagian tepi yg mana nampak lebih kemas) Okiess..diharapkan kawan2 sema berpuas hati dengan stok yang ada sekarang.. Jika ada sebarang request or order lain,juz let me now okey!!! SELAMAT MENCUCI MATA & MEMBELI BELAH YA..

Sunday, February 7, 2010

Inilah bahagia yang kucari...

Tuhan telah menentukannya.. Kita bertemu n bercinta.. Inilah ooooh takdirNya.. Bukan kerna harta.. Ini lah Citra Cahaya Cinta.. Bait-bait lagu Mak Iti nie btul2 terkesan di hatiku.. Cinta bukan kerna harta..yuppp!! Satu pernyataan yang amat2 lah bertepatan dgn prinsip hidupku. Menyingkap kisah cinta aku n husben.. Kami asal dari keluarga susah.. Kesusahan memang sebati dgn hidup kami.. Kesusahan tidak akan melemahkan hidup n jiwa kami.. Malah mengentalkan lagi semangat.. Mengutuhkan lagi cinta yang kami bina. 'Adakah Na sanggup hidup susah bersama Abang?' Itulah soalan yg diajukan husbenku ketika kami buat kptsn utk berkahwin dulu.. Pelik juga,kenapa dia x tanya mcm ni, 'Adakah Na sanggup hidup susah n senang bersama Abang?' Dan jawapannya, Mana ada org akan menolak utk hidup senang kan? Mestila semua jawab YES ajer.. But tuk hidup susah tu.. Kena la tanya,kut2 x sanggup kan? Dan aku jawab, 'Ya,Na sanggup..selagi mana Abang bertanggungjawab..' Di situ lah bermulanya.. Penyatuan kami adalah atas janji terpatri.. Dan sedayanya kami tunaikan.. Asalnya kami PJJ.. Setahun lebih jugak la.. But then aku rasa ada yg tak kena dalam hidup kami.. Hidup macam org tak kawen.. Sorang kat Selatan.. Sorang kat Pantai Timur.. Masing2 bawa haluan perahu masing2.. Tak kena kan? Tambah pulak dengan kelahiran putera kesayangan kami.. Yang amat memerlukan kasih sayang kedua ibu bapanya.. Lastly,aku tinggalkan kerja yang begitu lumayan habuannya.. Ramai yg pandang sinis dgn keputusan yang aku buat... Dan kekadang menyesakkan aku.. Walaupun sudah hampir 8 bulan aku brenti kerja.. Tapi masih ada suara2 sumbang di luar cna.. Yang terus bertanya.. Kenapa brenti kerja? Banyak faktor knp aku begitu nekad buat kptsn tue.. Bukan sehari dua aku berfikir.. Malah hampir setahun.. Untuk buat keputusan sebesar ini.. Alhamdulillah,berkat doa n petunjuk dari Allah.. Aku peroleh keyakinan n kekuatan diri.. Dan bila aku melihat sendiri kasih sayang antara bapa n anak.. Tetiba aku rasa begitu kejam utk terus pisahkan mrk.. Dengan menghantar resign letter kat majikan.. Berkali2 dia pujuk spy aku tarik balik notis brenti tu, Tapi aku tekad.. 'I'm sorry sir..i stay with my decision'.. Kenapa tak tunggu kerja lain dulu,baru brenti?Sekarang susah nak dpt kerja.. Soalan utk jawapan ni.. Ya,aku akui susah nak dpt kerja skrg.. Dan aku alaminya disaat ini.. Cuma satu.. Aku terpikirkan ttg tanggungjawab aku sbg isteri.. Yang sepatutnya berada di cc suami.. Kerana mencari rezeki bknlah tanggungjawab aku.. 'Itu tanggungjawab suami,bekerjalah selagi mana tidak abaikan tanggungjwb pd suami n kuarga',jwb husbenku.. Mungkin ada rezeki yg lebih baik di cni.. Sapa yang tahu kan? Dan juga tiada siapa yg tahu bila kita akn mati.. Bayangkan jika aku terus berjauhan dari husben.. Tanggungjwb blum tertunai sepenuhnya.. Dan masa itu juga nyawaku ditarik.. Apakah jawapan aku bila soal tanggungjwb ini dipersoalkan pada ku? Nau'zubillahi min zaaalik.. Takut n gerun sekali!!! Dunia sekarang perlukan duit,susah kalu dua2 tak kerja... Memang..tiada siapa yg pilih utk hidup susah.. Begitu juga aku,n jika ada rezeki aku juga akn bekerja semula.. Namun kesenangan juga bkn satu2nya jalan tuk bahagia kan? Rezeki itu cukup bila kita pandai menguruskannya.. Jika semuanya nak yg besar2,yang branded2 ajer,nak penuhkan kemahuan dan keinginan.. Datangla rezeki banyak mana pun.. Takkan cukup.. Percayala kerana ianya benar.. Bagi aku.. Hidup sederhana,cukup keperluan n saving.. Itu sudah Alhamdulillah.. Dan bagi sesiapa yg bersyukur,maka Allah akn menambahkan rezeki baginya.. Amin.. Mak Ayah pulak mcm mana?Diorg x marah ker brenti kerja? Mak Ayah.. Mula2 tue diorg suh pikir panjg2.. Yerla kan,mak bapak mana yg nak tgk anak dia susah.. Tapi akhirnya mrk akur jika itu yg terbaik buat aku n suami.. Mrk juga sedar bhw aku kini di bawah tanggungjwb suami.. Apa pun yg jadi,aku harus patuh pd suami selagi mana tidak salah di cc agama.. Malah mrk sering doakan kebahagiaan aku.. Aku bruntung krn dpt mak n ayah yg faham kondisi aku ktk itu.. Soal tolong mak ayah,tidak menjadi mslh bg aku n suami.. Suami menjlnkan tanggungjwb dia dgn baik.. Aku still boleh hulurkan wang buat ibu bapa aku mcm biasa.. No prob.. Hmmm..itulah jwpn yang aku berikan kpd mrk2 yg sering ajukan soklan padaku.. Walaupun kekadang stress juga kan.. Tapi itu adalah hakikat n kebenaran yg seharusnya aku akur n terima.. Kerana pada ku.. Soal tanggungjwb,tidak pernah akan berubah hingga hari kiamat pun.. Cuma terpulang pada kita bagaimana mahu melaksanakannya.. Semoga ada hikmah di sebalik apa yg aku lalui kini.. Soal rezeki,aku tidak takut jika aku masih mengganggur.. Asalkan aku terus berusaha mencari kerja.. Pasti ada rezeki buatku.. Dan yg paling penting.. Aku yakin dengan Janji-Janji Allah.. Dengan izinNya..Kun Fayakun.. Dan Alhamdulillah.. Kini aku bahagia dgn jalan yg aku pilih.. Meskipun usaha mendapatkan kerja blum membuahkan hasil.. Tapi peluang n masa yg ada kugunakan utk melaksanakan tanggungjwb sebaik mungkin.. Melihat n mengalami sendiri setiap detik indah perkembangan putera kesayangan kami.. Aku rasa cukup bertuah sekali! INILAH BAHAGIA YANG KU CARI...

Wednesday, February 3, 2010

"CUTEST BABY WITH CUTE MOM by MaMa_Aqish"

1. Add blog mama_aqish dan kesemua penaja So Lovely Collection, LuvBabyFashion, dnurboutique, dnurjusmate5 & addacutecloth di blogroll/bloglist anda & wajib menjadi Follower kesemua blog berkenaan 2. Tepekkan banner Contest @ banner penaja disidebar blog anda & pastikan ianya di link back ke blog berkenaan.(no link back will be disqualified) 3. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog & anak yang berumur dari 1 bulan sehingga 3 tahun bermula dari 3hb Februari sehingga 3hb March 5. Hanya tajuk diatas je yang diterima "CUTEST BABY WITH CUTE MOM by MaMa_Aqish" 4. Ceritakan sedikit ape yang anda tahu mengenai blog mama_aqish & kenapa anda suka terjah blog mama_aqish(pendek pun tak pe) 5. Upload hanya sekeping gambar anda bersama anak, boleh hantar 2 & 3 kali penyertaan(kalo anak ada lebih dari satu) & sila pastikan gambar jelas & senang untuk di copy paste & gambo tidak boleh di edit...sendiri snap k..sila nyatakan sekali: Nama Anak & Ibu, Umur anak & Ibu, Nama Panggilan anak & Ibu serta Umur anak...umur Ibu tak payah k.. 6. Dalam entri itu pastikan anda mention tentang penganjur & penaja & link back ke blog berkenaan(no link back will be disqualified). 7. Bila dah siap, tinggalkan komen di entri ni 8. Hadiah ditaja oleh 4 penaja k...so tentu2lah banyak hadiahnyer k... What i know about Mama Aqish's Blog? Saya selalu gak singgah kat blog Mama Aqish nie.. Macam2 ado kat blog nie..x rugi kalo singgah,memang best. Nak tau kenapa saya suka terjah blog nie? The reasons are... 1.First2 skali mestila sbb presenting blog nie bagus.Kemas n tersusun dia punya content.Memang sedap mata memandang.. 2.Banyak info2 menarek n tertarek..like parenting info terutama skali tentang pemakanan bayi coz my bb skrg dah pandai makan mcm2..and lagi,ada link tuk shopping.heee..skrg dh malas nak ukur mall cari baju bb..juz click2 jer..hahaha, dan lagi tentula banyak contest2 menarek utk disertai!!! 3.Suker baca kisah2 n pengalaman Mama Aqish nie..gain more experience n knowledge by reading,no matter what kind of writing is.. Saya pilih gambar ini for this contest.. Nama anak:Adam Khalish bin Mohd Shapiza Umur anak:11 bulan 2 minggu NamaPanggilan anak:Adam Nama ibu:Masrina binti Alim Umur ibu:26 tahun Nama Panggilan ibu:Ummi Jom join reramai.Due date on 3rd March 2010 .

PRETTY ZAZA BABY FACE CONTEST

TERMA DAN SYARAT : 1) Terbuka kepada semua pem'blog'2 yang ada 2) Add blog ni dalam blog list anda ( sesiapa yang belum jadi follower.. ) 3) Letak banner contest di sidebar blog anda dan banner mestilah di'link'kan terus pada ENTRY Ni 4) Umur anak-anak anda mestilah dari 1 hari hingga 6 tahun. 5) Letak gambar anak anda beserta nama, umur dan jantina. ( Secara otomatiknya anak anda akan dikategorikan kepada dua kategori iaitu, BABY BOY & BABY GIRL mengikut jantina mereka) 6) Setelah siap N3 anda, sila tinggalkan jejak di bahagian komen supaya saya boleh menjengah N3 anda (bagi link untuk entry tu sekali..) 7) Pemenang akan dipilih berdasarkan kecomelan masing-masing dan gaya posing yang menarik hati. 8) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Febuari 2010 tepat-tepat pada pukul 12.00 tengah malam. 9) Top 10 bagi kedua-dua kategori akan diumumkan pada 10 Febuari 2010 10) Top 5 pada 15 Febuari 2010 dan pemenang akan diumumkan pada 20 Febuari 2010. Nama:Adam Khalish bin Mohd Shapiza Jantina:Boy Umur :11 bulan 2 minggu

Tuesday, February 2, 2010

Happy Faces@Playground Contest

Syarat-syarat penyertaan: 1.Mesti menjadi follower kepada Mama Syafi & Little World Gallery. 2.Letakkan link Mama Syafi & Little World Gallery di dalam bloglist anda. 3.Letakkan banner “Happy Faces at Playground Contest” Mama Syafi & Little World Gallery beserta link di side bar blog anda. 4.Pastu, letakkan gambar kanak-kanak di playground. Pastikan hanya satu gambar sahaja yg dimasukkan. 5.Mention nama kanak-kanak, pertalian dgn kanak-kanak, umur dan tarikh lahir di bawah gambar. 6.Sila tinggalkan link contest anda di bahagian comment. Link yg ditinggalkan di shoutbox tidak akan dilayan ok. Sesiapa yang berminat nak join sama,sila klik pada banner disidebar yer.. Gambar yang dipertaruhkan tuk contest nie ialah ********** Nama:Adam Khalish bin Mohd Shapiza Hubungan:Anak Umur:11 bulan 2 minggu Tarikh lahir:14.02.2009 TARIKH TUTUP PADA 19.02.2010!!!

Monday, February 1, 2010

Entry ini hanya sbg panduan + dgn niat utk berkongsi sahaja,bukan utk menyentap mana2 pihak k!!

Sekali sekala kita tukar entry nie lebih kepada pengisian..al-maklumlah kita nie manusia yg sering alpa. Apalagi dgn tuntutan duniawi yg begitu besar pengaruhnya kpd seluruh kehidupan kita pada hari nie.. Semoga apa yg Ummi nak sharekan nie dpt membuka mata kita semua terutamanya wanita yg digelar 'Hiasan Dunia'.. Marilah kita sama2 muhasabah diri kita.. Selepas baca ini,Ummi sendiri pun Istighfar panjang.. Betapa kekadang kita lalai,sehinggakan perintah Allah yg jelas n nyata pun kita abaikan.. Marilah baca bersama2: Lelaki Duduk Rumah Wanita Kerja? Yakinilah bahawa Allah SWT maha adil dalam menentukan tanggungjawab kepada lelaki dan wanita. Sememangnya Allah SWT memerintahkan kaum Hawa untuk menutup auratnya dengan begitu luas; ia bersesuaian dengan hukum Islam yang asal iaitu kerja mencari nafqah buat keluarga adalah merupakan tanggungjawab asas kaum lelaki yang disebut oleh Allah sebagai salah satu faktor "qiwamah"nya. Malah terdapat pandangan yang menyatakan lelaki yang gagal menyempurnakan tanggungjawab ini bukan kerana uzur adalah suami yang NUSYUZ. Ini bermakna jika menurut hukum asal dalam Islam, haram hukumnya bagi lelaki yang sudah berumah tangga (tanpa sebab yang diktiraf Islam) tidak bekerja mencari nafqah, wanita tidak pula diharamkan untuk bekejra jika menjaga hukum yang ditentukan Islam. Jika wanita bekerja, pendapatan itu adalah milik mereka dan tiada sebarang tanggung jawab untuk memberi makan kepada suami kecuali atas dasar ihsan sahaja. Adakah lelaki yang sudi memakan belas ihsan isteri? sedangkan lelaki dipenuhi dengan ego yang cukup tinggi secara puratanya. Saya sebut ihsan kerana ia BUKAN TANGGUNGJAWAB ISTERI untuk memberikan suaminya yang sihat tubuh badan untuk makan dan pakaian.! Lelaki secara umumnya berbanding wanita, diberikan oleh Allah SWT lebih kemampuan fizikal, mental dan kemudahan dalam menutup aurat agar mudah ia ke hulu dan ke hilir mencari nafqah buat keluarganya. (Fatawa Az-Zarqa, hlm 290, cet Dar Al-Qalam) "Habis ustaz nak orang perempuan duk rumah je la ni?" desak seorang wanita, sambil menjeling saya dengan jelingan kurang puas hati. "jawapannya bukan semudah itu" jawab saya. "Begini, saya kata ikut hukum asal yang Allah letak memang begitu, cuba bayangkan betapa sukarnya wanita bekerja hari ini untuk melaksanakan tugasnya dalam keadaan ‘senggugut', sakit perut, mengandung dan bersalin. Sekiranya ia telah menopos pula, sukarnya tiba-tiba perlu ke sana sini seorang diri, bermesyuarat bersama lelaki berdua-duaan dan sebagainya" "Mereka sepatutnya lebih dimuliakan dengan diberi kerehatan cukup di rumah sambil membina pimpinan dan generasi soleh masa depan, iaitu anaknya dan keluarganya" Ulas saya, walaupun saya tahu, isu ini amat panjang untuk dibincang serta amat sukar untuk memuaskan hati kaum wanita moden zaman ini. Nabi SAW bersabda : لأن تصلى المرأة في بيتها خير من أن يصلى في حجرتها , ولأن تصلى في حجرتها , خير من أن تصلى في الدار , ولأن تصلى في الدار خير من أن تصلى في المسجد Ertinya : "Bagi seorang wanita untuk menunaikan solat di tempat tidurnya adalah lebih baik dari menunaikannya di biliknya, dan menunaikannya di biliknya lebih baik dari menunaikannya di rumahnya, dan menunaikannya di rumahnya lebih baik dari menunaikannya di masjid" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad, 6/371 ; Ibn Athir : Hasan 11/200 ) Hadith di atas jelas membuktikan betapa tempat yang sebaiknya bagi wanita untuk mendapatkan pahala terbesar adalah di rumahnya. Manakala, bidang institusi keluarga, pendidikan anak dan menjaga keamanan rumah tangga WAJIB TIDAK DIPANDANG REMEH, malah ia sebenarnya amat sukar, malah ia menyamai kepimpinan sebuah negara. Pandangan remeh terhadapnya adalah kesilapan utama wanita moden zaman kini hingga terlalu berhasrat menjaga syarikat dan berbakti kepada negara sedangkan ; mendidik anak-anak dengan cemerlang adalah sumbangan terhebat kaum wanita buat Negara yang tidak mampu disaingi sama sekali oleh kaum lelaki. Wanita dikira silap apabila meletakkan 'standard' dan 'silibus' kejayaan lelaki (yang ditentukan Allah tentunya) sebagai 'standard' kejayaannya juga. Sedangkan, 'silibus' dan 'standard' kejayaan wanita adalah tidak sama dengan lelaki dalam banyak hal, saya tidak nafikan ada yang sama tetapi bukan dalam hal kerjaya. Akibatnya berbondong wanita bekerja kerana menggangapnya sebagai satu KEJAYAAN dan kemuliaan baginya. Apabila kaum wanita hari ini didedahkan dengan pelbagai hadith Nabi berkenaan adab Islam yang perlu dituruti olehnya. Ramai yang merasakan ia seolah-olah mustahil dan tidak ‘up to date' sehinggakan dirasakan Nabi SAW tidak tepat dalam kata-katanya. Lebih buruk, adalah dituduhnya Nabi SAW bersikap ‘bias' atau berat kepada kaum lelaki, kerana baginda sendiri adalah lelaki. Lebih serius dari itu, yang menuduh Islam sudah ‘out dated'. La hawala wal quwwata Illa Billah. Keperluan Wanita Bekerja & Anak Lelaki Siti Khadijah juga adalah peniaga yang berjaya, tapi adakah sudah ditinjau kaedah beliau berjaya? Adakah beliau masih aktif berniaga selepas Nabi dilantik menjadi Rasul? Adakah disedari tatkala itu Islam belum disempurnakan kerana wahyu masih turun sedikit demi sedikit. Adakah Aisyah dan isteri Nabi yang lain berniaga? Adakah sahabat wanita berniaga dan meninggalkan suaminya di rumah? "ala ustaz, suasana kan dah berubah" Kata wanita tentunya. "baiklah, tapi ada beberapa displin hukum bagi wanita diluar rumah, tanggung jawab asas terhadap suami yang tidak berubah sehingga kiamat, sudah dijaga?" Tanya saya Saya tidak menafikan keperluan wanita untuk bekerja hari ini, ia adalah satu fenomena yang sudah terlewat dan hampir tidak boleh untuk dielakkan. Namun, pandangan peribadi saya menyatakan, keperluan wanita untuk bekerja timbul hari ini adalah apabila timbul masalah kekurangan kaum lelaki yang berkemampuan untuk menjalankan semua tugasan yang sepatutnya dijalankan oleh mereka di luar rumah. Walaubagaimanapun, adakah kita sedar antara punca kelemahan anak-anak lelaki dalam hal ini antaranya berpunca dari rumahnya ?. "habis anak perempuan kenapa boleh berjaya pulak, sedangkan dari rumah yang sama?" mungkin itu yang akan dibalas oleh wanita kepada saya. Pernahkah anda mempunyai anak lelaki ? Bagi yang pernah, saya kira perbezaan dalam menumpukan perhatian dan penjagaan anak lelaki sejak kecil adalah ketara berbanding kanak-kanak wanita. Hasilnya, keagresifan anak-anak lelaki memerlukan lebih didikan dan tumpuan, tanpa tumpuan sebaiknya, anak lelaki berpeluang untuk menjadi kaki buli di sekolah, malas belajar, bermain lebih dari belajar, perosak anak wanita orang lain dan akhirnya mendapat ijazah rempitan di atas jalan raya dan dadah di pusat serenti. Nauzubillah. Ia berbeza dengan anak wanita yang secara umumnya lebih mudah dibentuk ketika kecil. Kerana itu, rumah atau pendidik di rumah yang terbaik adalah seorang IBU. Pendidikan di rumah teramat penting bagi mencorakkan sikap dan sifat anak-anak di hari kemudian, terutamanya kemampuan anak lelaki. Jangan harapkan lelaki untuk bijak mendidik anak mereka di rumah, secara UMUMnya, serba serbi dan sifat naluri lelaki memang kurang mampu menjadi pendidik anak di rumah dengan berkesan. Saya sebut secara umum tanpa menafikan ada yang berjaya juga. Kelembutan & Kasih Yang Luntur Apabila wanita yang mempunyai ciri hebat tadi menggunakan tenaga fitrahnya untuk mentadbir syarikat dan luar rumah, maka sudah pasti jarang yang mampu memberikan perhatian cukup kepada anak di rumah. Suami tidak banyak boleh diharapkan dalam hal ini kerana sifat semulajadi mereka. Saya bukan ingin sentiasa memberi alasan, "sifat semulajadi" dan "fitrah"; tidak dinafikan ia boleh diubah dan dilatih, tetapi ia bakal gagal berfungsi sebagaimana yang dikehendaki walau sehebat manapun 'adjustment' dan 'latihan' yang cuba dilakukan. Malah ia mungkin boleh lebih memburukkan keadaan, seumpama memaksa kaum lelaki menjadi 'ballet dancer', dia mungkin berjaya dengan dedikasi latihan, tapi akhirnya ia menjadi 'lelaki lembut' yang bertentangan dengan kehendak Islam. Anak lelaki tidak mendapat perhatian, kasih dan tumpuan secukupnya sejak kecil. Ia akan mengakibatkan berterusannya kekurangan tenaga lelaki yang mahir dan rajin di dalam industri pekerjaan, dalam masa yang sama pula peranan wanita yang lebih mudah dibentuk sejak kecil dan rajin, pasti terkehadapan. Lalu berbondong-bondonglah kaum wanita di tawar bekerja. Di ketika itulah timbulnya isu, sukarnya wanita untuk menjaga auratnya semasa ia bekerja, ke sana ke sini, bermesyuarat di sana sini. Walhal, Allah SWT sememangnya tidak memperuntukannya untuk kaum wanita terlalu sibuk dan terbuka sedemikian. Malah juga tidak begitu tepat menurut fizikal dan mentalnya. Kemantapan mental, ketabahan sabarnya, kelembutannya pada hakikatnya adalah khas untuk anak-anaknya demi melahirkan keluarga, masyarakat dan Negara yang dipimpin oleh individu yang cukup kasih saying ibunya. Malangnya, sifat lembut, taat, sabar dan kehebatan 'pshcology' itu telah dihabiskan dan digunakan kepada kerjaya, ‘boss' dan kakitangan yang lain. Tinggallah yang 'hampas' dan sisa buat anak-anaknya dan suaminya mungkin. Kaum lelaki secara purata sememangnya agak kurang mampu untuk bersabar dengan tangisan anak dan karenah mereka. Lalu dihantarlah anak-anak ini ke pusat penjagaan kanak-kanak. Kesan jangkan panjangnya, akan lahir anak-anak lelaki yang tidak ‘menjadi' akibat dididik oleh individu yang tidak professional lagi melepas batuk di tangga. Iaitu di kebanyakan TASKA yang menghimpunkan berpuluh kanak-kanak sekaligus dengan 3-4 orang wanita muda bujang sebagai pendidiknya. Mampukah anak-anak dididik dengan berkesan dalam suasana begini.? Wanita dan Wangian Di Tempat Kerja Antara kesilapan kerap yang dilakukan oleh kaum wanita apabila sudah keluar bekerja hari ini adalah berwangian dengan pelbagai jenis ‘perfume' sewaktu keluar dari rumahnya. " Ala ustaz, takkan ustaz nak kami busuk ustaz" Tanya seorang wanita kepada saya. Busuk atau tidak itu adalah bergantung kepada sikap kebersihan seseorang. Diharuskan wanita memakai sabun ketika mandi, dan bauannya yang seidkit juga harus. Bagaimanapun, yang menjadi masalah kini adalah yang bergeluman dengan wangian, sehinggakan 30 meter jarak darinya pun sudah dapat dihidu baunya. Nabi SAW mengingatkan kaum wanita dengan sabdanya : أيما امرأة استعطرت , فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية , وكل عين رأت زانية Ertinya : "Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang (tertarik lalu) memandangkan adalah mata yang berzina" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani : Hasan Sohih) Tahukah kaum wanita bahawa lelaki normal mudah terangsang dan naik syahwatnya apabila menghidu bauan wangi si wanita? "Tapi memang itu tujuan sebahagian mereka pakai wangian" Kata seorang wanita. Jika itulah tujuannya, ia harus berdepan dengan seghala masalah dan bahaya dari kaum lelaki yang buas, ketika itu...janganlah ia marahkan lelaki tersebut. Apabila sudah bekerja juga, banyak aurat yang terbuka di sana sini dengan hujjah ‘panas', sukar nak jaga, sukar nak bergerak, permintaan boss dan syarikat, ‘untuk nampak elegan' , supaya tak nampak macam mayat berjalan dan lain-lain lagi. Akhirnya dikorbanan hukum dan akhiratnya UNTUK DUNIANYA. Amat simpati saya terhadap kaum hawa sebegini. Allahul Musta'an. Nabi SAW pernah bersabda : ما من امرأة تضع ثيابها في غير بيت زوجها إلا هتكت الستر بينها وبين ربها Ertinya : Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan tuhannya" (Riwayat Ahmad, 6/301 ; Albani : Sohih)